Friday, November 8, 2013

Tips Hadapi Musim Sejuk (Dan cara kurangkan sejuk)

Dijangkakan musim sejuk kali ni akan lebih buruk dari tahun 2010. Dari cerita kawan-kawan di sini, memang teruk tahun tu. Salji paras lutut, bas tak beroperasi, tak dapat pi kedai beli makanan etc. Pergerakan pun terbatas. Jalan kaki yang 20 minit jadi 2 jam. Sorang kawan saya, dah trauma sejak tu, jadi setiap kali winter dia akan balik negara dia. Tak sanggup lalui dah. 


Haa..nervous tak? jangan nervous, meh saya kongsikan tips/ apa yang perlu kita semua siap sedia untuk winter yang nampak gayanya tak lama lagi.


1) Buat persediaan untuk emergency
Simpan stok makanan (non-perishable food) cukup untuk beberapa hari. Jadi kalau tak dapat keluar rumah masa salji lebat, ada makanan untuk survival kehidupan.


2) Selimut tambahan
Semua dah ada duvet tebal-tebal. Selain duvet, saya ada fleece blanket. Walaupun nipis, tapi warm dan sedap. Layerkan dengan duvet biasa. Boleh jugak buat selimut time tengok TV atas sofa. Cara nak kekal panas, letak selimut banyak-banyak atas katil, dan masuk dalam tu. Mengekalkan haba badan anda dalam ruang yang tertutup is the key to help you kekal se-panas yang mungkin.


3) Lampu suluh & mancis
Sepanjang duduk sini belum pernah terputus bekalan elektrik lagi. Tapi kalau ribut salji nanti mana tau blackout pulak kan, jadi elok ada spare lampu suluh atau mancis. Musim sejuk ni, pukul 4 pun dah gelap. Kalau takdak lampu, memang apa pun tak boleh buat. Kalau dah ada torchlight, check batteries masih elok tak.


4) Bekalan ubatan
Ubat batuk, selsema, demam siapkan awal-awal. Sini memang susah nak jumpa doktor. Jadi ubat-ubat ni beli ja kat kedai/farmasi siap-siap sebelum sakit. Kalau dah sakit, tak kuasa nak keluar pi beli sejuk-sejuk pulak tu. Elok jugak ambek vitamin tambahan untuk imunisasi sebab nanti kiri kanan orang bersin. Saya ambek Vitamin C (sebab tak makan buah-buahan).


5) Peka dengan berita
Sentiasa aware dengan keadaan cuaca semasa. Boleh subscribe updates bagi kawasan masing-masing melalui Twitter, Facebook, selalu tengok TV dan baca surat khabar. Selalu kat twitter ada update keadaan terkini, jadi boleh bersedia. Untuk pelajar universiti, kalau cuaca terlalu buruk, akan dapat email jugak. Alert masing-masing!


6) Dehumidifier
Beli benda ni banyak-banyak. Bentuk dia macam Thirsty Hippo. Ada jugak jenis yang boleh gantung. Elok letak dalam bilik, tandas, almari. Untuk elakkan berkulat. Sebab musim sejuk sangat berair. Nanti boleh rasa cadar, baju semua lembab.


7) Elakkan paip beku
Bila suhu terlalu sejuk, paip akan membeku. Bila beku, air tak keluar. Cara elakkan, sebelum tidur pastikan semua paip terbuka sikit. Biar air menitis sikit-sikit sebab kalau sentiasa mengalir akan elakkan paip dari membeku.


8) Tutup lubang
Tutup semua lubang bawah pintu, atau tingkap dengan kain. Selalu ada gap di pintu dan tingkap kan, selalu kita buat tak kisah ja kan, lepas tu angin sejuk masuk, komplen sejuk. Tarik langsir jugak untuk memerangkap haba.


9) Layering
Pakai baju lapis-lapis. Jangan pakai 1 jaket super tebal saja. The trick is, berlapi-lapis. Pakai baju cotton dulu, supaya sedap ja kena kulit. Lepas tu layer lah dengan wool, jumper kait-kait etc. Last sekali jacket. Pakai stokin tebal untuk winter. Ada wool socks yang sedap, foot warmer pun sedap. Seluar pun boleh layerkan dengan thights.


10) Tutup kepala!
Kita kehilangan banyak haba dari bahagian atas kepala, jadi pastikan ditutup. Pakai hood atau snow hats (sangat cute lelaki pakai serkup kepala). Yang pakai tudung pun sejuk sebenarnya, tambah-tambah tudung bawal. Pakai lah hood. 



Sekian untuk perkongsian kali ni. Saya pun baru sekali pernah hadap winter. Kawan-kawan yang dah banyak pengalaman, sudi lah kiranya share dengan kami ya. Boleh tinggalkan komen. Terima kasih :) 



5 comments:

  1. Good Info Hani... mana tau ada rezeki kak ana sampai ke oversea satu hari nanti...salam ukhwah dari tanahair...

    ReplyDelete
  2. Good info!! Nk tanye la..kalau kat hedenhusen or copenhagen. Apa cenderahati yg sesuai nk beli kat family and kawan2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum pernah pi Denmark. Tak tau apa yang menarik kat sana...

      Delete
  3. nice post :) your blog is very lovely and interesting. im glad if you visit my blog, too <3 keep in touch!

    xx
    beauthi.blogspot.com

    ReplyDelete