Thursday, April 12, 2012

Dah sebulan.

Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu

Bersenang kemudian


Genap sebulan di sini. Tapi baru tiga minggu jadi student. Ada lagi tiga puluh lima bulan! Haha..gigih nak countdown. tak lah..bulan ni ja kira. Lepas ni tak dah kot, sibuk dengan research dah. Sebulan ni berlalu dengan smooth. Banyak cabaran tapi berjaya diharungi. Setiap hari ada ja perkara-perkara baru yang belajaq. Contohnya, ada hari belajaq jalan ke library, belajaq nama-nama makanan kat cafe, belajaq nak tengok makanan halal ke tak, belajaq cara nak pi kedai...perkara kecik-kecik ja. Tapi penting untuk kelangsungan hidup di sini :)


Weekend ni Dr Isthri dengan Kak Sya nak mai Edinburgh! Yahooo! Harap-harap dapat bertemu :)
(mereka adalah pensyarah di jabatan matematik, upm)

Tuesday, April 10, 2012

When the time gets hard...

When the time is hard
There’s no way to turn
As He promise He will always be there
To bless us with His love and His mercy
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn

Friday, April 6, 2012

Nak Masak Nasi Pun Tak Senang

Panjang hujung minggu kali ni. Hari ni cuti good Friday. Isnin ni pulak Easter. Jadi, empat hari terus cuti *sigh. Flatmates semua pi bercuti..seminggu..next weekend baru depa pakat balik. Depa dah habis kelas. Nak tunggu final exam ja. Lepas tu dah summer break la pulak.

Minggu ni masuk minggu ketiga saya berhujung minggu kat sini. Tak banyak benda boleh buat dalam kampus ni. Tapi, saya selalu bangun pagi-pagi, pakai jaket, masukkan coklat dalam poket dan pi berjalan-jalan melawat kawasan. Stop tempat-tempat cantik dan ada kerusi, rehat sambil makan coklat. Bajet perantau.


Selalunya takkan duduk lama-lama. Sebab sejuk! Pernah berjalan pukul 9pagi..memang beku lah tangan. Konon-konon nak sambil-sambil ambik gambar..huh, memang tak lah. Tangan simpan dalam poket ja lah..Kebas sebab sejuk sangat!


Tadi dah beli new chocolate bar. Yang besar tu 1pound, bersamaan RM5. Kalau kat Malaysia berapa ye? Saya jarang beli..selalunya ada orang sponsor cokelat ;-)



Supervisor saya pesan, pastikan bekalan makanan mencukupi untuk cuti ni..sebab kedai dalam ni tutup. Oh, sungguh prihatin :)



Tadi kena tegur dengan staff kat sini, dia cakap kalau nak masak nasi pakai rice cooker tu, sila duduk di tepi periuk sampai masak untuk pastikan tak over boil dan menyebabkan alarm berbunyi dan bomba datang berlumba-lumba -_-".
Tapi lepas tu dia tukar arahan kepada, eh takpalah kalau awak taknak duduk sini pun cuma pastikan awak selalu datang jenguk2 keadaan rice cooker oookey ookey (dia suka sebut oookey)


Ookey Madam!

Tuesday, April 3, 2012

Salji!

Snow! Snow!

Rasa macam kanak-kanak riang tengok salji! Haha..seronok dipandang, tak seronok dirasa.
Pagi tadi time bangun subuh memang dah hujan...Angin pun kuat. Dengaq bunyi angin pun dah dapat bayang kesejukkannya. Pagi tu macam biasa lepak main Facebook dulu, nak tunggu hujan reda baru nak mandi. Sekali baca status kawan yang kat Edinburgh, Here come, it is snowing in April!   Terus la che pandang tingkap. Pergh!! begini kah snow?? Suka tengok...untuk pastikan lagi (sebab takot silap, ya la kan tak pernah tengok) berlari-lari anak ke dapur. Tingkap lebih lebar. Memang konfem lah salji datang. Sebab masa tu dah lebat sangat :)




Excited terus pm kawan-kawan kat Facebook & call Mama..haha..orang first time memang macam ni kot...kan? Sebab tak expect pun..kalau mai tu winter, ada salji mungkin tak se excited begini. Mungkin.


Tapi hari ni macam sat-sat ja salji. Tiba-tiba panas. Tiba-tiba salji lebat. Macam tu la...Sekarang ni ada salji sikit-sikit berkumpul tepi jalan. Satgi cair lah kot. Tadi time panas tu, bejalan la pi office. Sekali dekat nak sampai tu, salji turun siap angin ribut...macam nak terbalik pun ada. hehe...hey, saya nampak ada burung tu nak terbang pun payah tau. Dia tereverse ke belakang! 

Masa salji-salji tu jatuh atas jaket, boleh nampak la bentuknya...macam ais kacang tu ja...ingatkan ada bentuk cantik-cantik macam dalam TV tu T_T








Untung jugak lah saya kali ni ye..masa mai hari tu, Spring..banyak bunga-bunga kembang warna-warni. Lepas tu minggu lepas memang terik, banyak sunlight. Supervisor saya cakap, macam tu lah summer di Edinburgh. Dan hari ni SNOW pulak! 3 in 1 :)