Wednesday, November 18, 2009

HOT - Epal kurangkan lemak badan

I had read about this a few days ago. this is interesting. ( mungkin juga sekali lagi saya ketinggalan tentang fakta ini T_T ) tak pa..tetap perlu dikongsi. maybe ada orang yang need this information untuk meneruskan misi mendapatkan berat badan ideal.
kempen 3-epal sehari mampu menyusutkan berat badan sebanyak beberapa paun.Beberapa tahun lalu, penduduk di bandar Wenatchee di Washington, Amerika Syarikat, susut berat badan mereka, bukan kerana diet atau kurang makan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang menakjubkan.
Seorang wanita susut 19 paun lemak badan sepanjang 12 minggu manakala seorang lelaki susut 35 paun dalam jangka masa sama. Hebat bukan? bagaimana?

Dengan hanya memakan tiga biji epal Washington Apples sehari di samping program pemakanan dan senaman (kau ingat boleh kurus kalau tak exercise?) yang seimbang, mereka mampu melakukannya.

Program '3-Epal-Sehari' diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar, Tammi Flynn.Flynn, yang ketika itu pengarah nutrisi sebuah gim di Amerika Syarikat menemui formula unik ini.Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil daripada program diet - malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan - memakan sebiji epal sebelum waktu makan.
Hasilnya, dia mengurangkan satu setengah paun dalam hanya satu minggu.
Program '3-Epal-Sehari', satu kaedah yang mudah dan ringkas bagi mengurangkan berat badan.Ia tidak membabitkan diet, malah disuruh memakan sebiji epal sebelum sarapan, makan tengah hari dan malam.
Di samping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan anda menyaksikan secara langsung penurunan lemak badan anda. Kajian Universiti California mengesahkan peranan epal dalam penyusutan lemak badan. Disebabkan epal Washington Apples mengandungi banyak fiber, di antara empat hingga lima gram - ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak.Gula semula jadi dalam epal juga menampang keinginan memakan makanan yang tinggi kandungan gula proses.
Epal Washington Apples mengandungi karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan sedikit kandungan lemak penting.
Oleh kerana epal 'menghimpunkan' lebih banyak air di dalam perut, kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama.Anda digalakkan mengambil sebiji epal 30 minit sebelum sarapan bagi mengurangkan kelaparan.

Sumber:Columbia Marketing International (CMI) www.cmiapples.com

apple washington tu senang ja nak carik..kat giant pun ada :)
tapi, i never try this. karnivor tak makan epal!

4 comments: