Friday, January 7, 2011

Posisi Tidur Dan Perwatakan Anda

Semak posisi tidur anda dalam gambaq di bawah ni, lepas itu semak lah keperibadian anda :)


 

1. Foetus
Gaya tidur seperti ini mencerminkan orang yang diluarnya nampak kuat namun sensitif di dalam. Kebanyakannya pemalu pada orang yang baru dikenal. Gaya tidur ini adalah yang paling umum dan  dua kali lebih banyak pada wanita berbanding lelaki.


2. Log
Berbaring pada salah satu sisi badan dengan arah tangan ke bawah. Orang dengan gaya tidur seperti ini adalah orang yang senang bergaul dan easy going.


 3. Yearner
Gaya tidur dengan kedua tangan kearah depan. Orang dengan gaya tidur seperti ini cenderung terbuka, namun boleh jadi sinis dan suka curiga. Susah mengungkapkan perasaan namun jika sudah mengambil keputusan, susah untuk berubah fikiran.


 4. Soldier
Gaya tidur terlentang dengan kedua tangan di sisi. Orang dengan gaya tidur ini cenderung pendiam, tidak banyak cakap dan punya standard tinggi.


 5. Freefall
Tidur tertelungkup dengan kedua tangan disekitar bantal dengan memaling muka ke sisi. Orang dengan gaya tidur ini senang berteman dan sifat ingin tahu yang tinggi namun biasanya tidak suka di kritik.


 6. Starfish
Tidur terlentang dengan tangan di sekitar bantal. Orang dengan gaya tidur seperti ini adalah teman yang baik kerana sedia mendengar masalah orang lain dan suka menolong. Kebanyakan tidak suka jadi perhatian.



Jadi, apa cara tidur anda?



4 comments:

  1. rasanya macam no 3,4 & 6...time tidur tak igt posisi mana..hahahaha..klo igt, tak tidur la namanya kan .... heeeee

    ReplyDelete
  2. semua gaya tu gua buat dlm satu malam.. haha

    ReplyDelete