Tuesday, May 21, 2013

Makanan Halal Di Edinburgh

Bila nak travel ke luar negara, perkara paling resah gelisah bagi kebanyakkan kita - makanan halal. Kita risau kalau tak dapat cari makanan halal dan sesuai selera kita. Maklumlah kita kat Malaysia makmur. Mewah makanan. Tengah-tengah malam pun kalau lapar boleh cari nasi kandar teh tarik. Kalau nak breakfast pun awal pagi dah boleh dapat nasi lemak ayam goreng berempah. Pergh!


Bila nak ke tempat orang, dah tentu la takkan dapat macam tu. Walaupun ke negara yang makmur dan mewah jugak. Bagi sesiapa yang plan/akan sambung belajar di Edinburgh, saya nak kongsikan kedai-kedai yang jual bahan mentah halal. Nanti tak perlu nak risau-risau dah. *peace tepi pipi*



1) Bismillah
Ni antara paling masyhur di Edinburgh. Masa Neelofa shooting Nona di Edinburgh pun dia shoot depan Bismillah ni. Kedai ni betul-betul dekat Central Mosque. Letaknya berdekatan Nicholson Street. Kedai ni owner dia Muslim, jadi boleh la kita beli ayam dan daging yang halal.





2) Maqbool
Yang ni pun masyhur jugak. Lokasi dekat dengan masjid jugak. Kedai ni besar. Selain ayam dan daging halal, ada jual nugget, sosej, salami, daging burger etc yang halal. Ada juga macam-macam rempah ratus lain. Nak masak apa pun boleh cari bahan kat sini. Ada samosa jugak (LIKE). Nak senang cari nanti, pi masjid dulu lepas tu tanya orang di sekitar :)


3) Rahman
Yang ni di area Gorgie. Untuk orang yang duduk area jauh dari Masjid. Saya tak pernah beli di sini. Pernah lalu ja. Jadi tak tau kedai ni ada jual apa. Yang pasti ada ayam dan daging halal.


4) Dundee Street
Ni bukan nama kedai. Dundee street tu nama jalan. Kat sini ada kedai halal jugak. Dulu masa saya duduk Dundee Street selalu beli kat sini. Tapi tak pernah tengok nama kedai..hehe.. Kedai kecik ja. Tapi macam-macam ada.


Setakat ni yang tu saja yang saya tau. Dah setahun kat sini tapi belum mahir selok-belok Edinburgh. Sebab hari-hari pi balik office saja (T_T). Takdak life kan...research student memang macam ni kot. Ka saya sorang ja?


Eh, satu lagi ASDA pun ada jual ayam & daging halal, sosej, daging burger, paratha, samosa halal.




Kalau kawan-kawan Edinburgh ada nak tambah atau maklumat saya salah boleh bagitau ya. Terima kasih daun keladi.

4 comments:

  1. boleh saya dapatkan email address? saya nak bertanya tentang rumah sewa dan childcare di edinburg.

    zulsidek@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Askm, boleh sy dapatkan email saudari? sy juga ingin servey dan bertanya penginapan di edinburgh. ni email sy, nadhira.nasir89@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Salam, bole tolong email akak juga? nak tanya a few things tentang edinburgh
    mohfa394@gmail.com

    ReplyDelete