Monday, July 10, 2017

Costa di Shell Seksyen 9 Bangi

Masa di Edinburgh dulu, saya menyewa bilik di Longstone. Rumah teres 3 tingkat, ada 4 bilik. Depan rumah kami ada bengkel kereta, kedai runcit dan kedai Fish & chips. Kalau bulan puasa keroncong perut bila bau fish & chip.


Pemandangan dari tingkap bilik. Boleh nampak bengkel kereta & yang hujung berlampu tu kedai runcit. 


Tak jauh dari rumah jugak ada Scotmid. Macam 7E konsepnya. Conveniant store tapi tak buka 24 jam. Buka awal, tutup lambat. Majoriti kedai di Edinburgh tutup dalam pukul 5pm. Scotmid lewat sikit, pukul 9 macam tu (tak ingat dah). Di Scotmid ada mesin Costa. Tapi, tak pernah beli pun. Pandang sebelah mata.

Di library Heriot-Watt pun jual Costa. Tak pernah beli jugak, sebab tak pi library pun. LOL. Kalau jalan-jalan di city, lalu depan Costa jarang sangat singgah. Sebab apa? Sebab ALA, BANYAK LAGI MASA. Rasa Costa senang didapati, banyak lagi peluang nak minum, baik cuba benda lain

Nah…sekarang dah kat Malaysia baru teringat-ingat Costa tu. Biasa lah, benda takda tu yang dikenang-kenang. Bila kawan bagitau di Shell Seksyen 9 Bangi dah ada mesin Costa tu, terus ajak suami cari. Mahal, secawan latte RM10. 



Itulah, we always take things for granted. This is just one example. Sigh. 

Wednesday, July 5, 2017

MyKid Hilang! Cara buat mykid baru

Kisahnya kami hilang MyKid Sufia petang Rabu (someone took it!). Jumaat pagi patut fly balik KL dah. Panic mode activated! Surat beranak pun tak bawak balik kampung. Memang panik takut tak dapat naik flight. Terus tanya sana-sini macam mana nak buat MyKid baru. Untuk makluman, pejabat kerajaan di Kedah tutup awal hari Khamis. Double the panic. Dan solusinya begini:


1) Permohonan MyKid baru di wisma persektuan negeri akan siap dalam masa 1 jam. Permohonan yang dibuat di cawangan biasa atau UTC, akan siap dalam 1-2 bulan. 

2) Tiada caj dikenakan untuk permohonan kad gantian kali pertama. 

3) Jika ibu yang hadir ke JPN, hanya perlu bawa IC asal ibu. (Kalau kes orang lain yang nak mohonkan, saya tak pasti prosedurnya)


Harap maklumat ni dapat bantu ibu-ibu panik yang lain.

Friday, January 22, 2016

5 Tips Tempah Baju Kahwin

Saya rasa apa yang paling dirisaukan oleh pengantin perempuan ialah baju kahwin. Nak nampak princess, tak nak nampak gemuk, nak kaler yang buat kita nampak cerah, nak sedondon dengan pasangan, taknak nampak macam baju raya etc etc

Jadi, lebih ramai yang tempah baju sendiri daripada sewa. Lagipun, sekarang ni kalau sewa pun dah ada pakej ekslusif. Maksudnya, baju baru ikut design dan ukuran kita sendiri. Di sini saya kongsikan tips untuk nak tempah baju pengantin dari pengalaman saya yang lepas. The dos and donts lah.

1) Jangan tempah terlalu awal. Contohnya 7 bulan awal. Kalau badan you jenis senang naik, avoid this. Sebab nanti dok stress-stress fikir urusan kahwin, makan coklat makan pizza makan segala, badan naik. Fitting baju, tak muat. Sedih. Makan lagi. Masalah tu. Saya rasa 3-4 months earlier is reasonable kot. Let your tailor/designer know your body concern lah. Discussion sister!

2) If possible, opt for a classic/timeless design. Sebab gambar-gambar kahwin ni nanti nak letak frame, nak letak dalam album kan. Kalau design funky-funky hipster-hipster, sepuluh tahun lagi tengok, wow what was I thinking. Sad. Tak relevan. Kalau buat design classic, bila orang tengok gambar tu, they can't actually put a time for the wedding. They'll just see the newly wed you. Lagi satu, in future kalau nak cari duit lebih boleh sewakan baju kita. Tapi kalau outdated sapa nak pakai?

3) Selalu follow up dengan your tailor/designer. Make sure they follow the agreed timeline. Bila first fitting, bila next fitting, bila final fitting, bila boleh ambil. Sebab selalunya, bukan senang kita nak pi butik. Ada orang kena ambek cuti just for the appointment. Dan pihak butik pun, ada yang tak ambek appointment lain sebab nak layan kita. Jadi, make sure semua pihak menepati masa dan janji masing-masing.

4) Maklumkan tailor/designer anda berapa tinggi kasut yang akan dipakai masa wedding. Terutama untuk baju resepsi. Kalau baju kurung nikah selalunya takda masalah sebab tak buat meleret-leret sangat pun. Lagi senang, bawak kasut contoh. Masa fitting pun bawak & pakai.

5) Jangan keterlaluan. Kalau kita tempah baju sendiri selalunya akan cost more than RM800 all in. Lebih baik buat design yang boleh dipakai untuk majlis-majlis akan datang. Yang tak keterlaluan lah designnya. . Contohnya kalau buat dress, train dia lepas majlis boleh potong. Dah boleh pakai buat attend dinner night, atau kenduri kahwin kat hotel etc. Manik pilih yang subtle ja. Elakkan manik-manik besar gemerlapan, bunga-bunga 3D, rambu ramba. Tapi, kalau memang suka pakai macam tu attend majlis, ikut suka you je.


Itu lah lima perkara yang saya belajar dari pengalaman lepas. Let me know kalau ada tips penting & menarik lain ya. Selamat kahwin!