Monday, February 28, 2011

Evolusi Jahitan Saya

Dah lama kata nak upload hasil karya seni tapi tak upload pun. Janji kosong ja kan? Huhu..sekarang saya upload ni..tengok dengan teliti. Pastu komen dengan berhati-hati..haha


Hasil pertama. Masa ni takdak idea, takdak templet. Kemahiran menjahit pun rasanya yang Form 3 dulu tu ja. Memang lah haru. Takyah zoom pun boleh nampak jahitan yang teruk. Tapi takpa. Kita belajar dari pengalaman. Ya tak?




Eewww..teruk teruk teruk!
Tidak berputus asa, cuba buat key chain pulak. Dengan template dari internet, terhasilah bird 

Mata tak lawa buat macam tu kan. Tapi takdak black beads untuk mata. Felt hitam pun takdak. Masa ni guna bahan-bahan dari pack yang beli dari Suha. Kecuali riben tu saya beli kat Jalan TAR.



Yang ni giraffe untuk hp Iyah. Tapi tempat hp strap tu kat badan, jadi bila gantung giraffe tu terbalik ;p Nak buat kat kepala dia, tapi kecik sangat. Tak reti. Ni paling susah lah setakat ni. Seharian buat. Sebab kecik sangat. Pastu berbintik-bintik pulak. Haih.



 Seterusnya, buat keychain pulak. Bentuk hati. This is my favourite so far. Macam mana nak taip bentuk love kat blog? Tak reti la...huhu..tolong ajaq sat T_T



 This one I tak tau lah apa. Fafa called it Angkasawan. Tyra called it Plankton..haha..apapun, tak lawa sebab tali halus kat atas tu senget lagi. Sebabnya dah terlajak jahit. Tapi malas nak bukak balik jahitan tu..hehe...Lepas tu buat bunga pulak. Semangat masa ni. Guna felt pack dari BudgetCraft pulak.




 Yang ni sat ja nak buat. Design jumpa somewhere dari Encik Google.




Lepas buat keychain dengan hp charm, cubaan buat brooch pulak..hehe..Tapi yang ni belom letak pin kat belakang lagi.



Hurmm..tu ja dulu setakat ni. Simpan yang lain untuk entry lain. Padahal dah takdak yang lain. Memandangkan masih baru dengan jahit menjahit ni, saya rasa susah lah buat benda-benda ni. Part paling tak suka, time gunting felt.Susahhh! Oh, say hi to my cikgu kelas jahit. Cik Fafa. bukan cikgu saya ja, Aini sekali.


Sebarang komen adalah di alu-alukan :-)



Kualiti gambar tak bagus. guna C3.

Friday, February 25, 2011

Kau Cairkan Hatiku

Bab cinta ja terus bukak ek..hehe..sejak pandai upload youtube kat blog ni, asyik nak upload ja. Eh, nanti I kenalkan you guys dengan blogger yang buat entry special untuk I. Hiks :-)

This one is another nice song. Suara sedap. Lirik best. Muzik best. Tak bingit telinga lah. Jadi I upload untuk you yang ada lirik sekali senang kita praktis untuk karaoke. Kan? hehe....






Sedap kan. Mesti membuai rasa korang nak bercinta kan..kui3...tapi yang kucup-kucup tu takmo tau..no no no..hehe..chill!

Kimia by Melda Ahmad.

Tuesday, February 22, 2011

Macam Mana Nak Main Twitter??

Adehh..so yesteryears la Hani Syahida ini. Main twitter pun tak tau. Padahal account dah lama ada. Tapi dibiarkan sepi...Tapi tadi, selepas stress buat assignment tak dapat-dapat, layan lah twitter jap. (sebenarnya ada mission tu yang on twitter). Nasib baik ingat lagi password. Siap refer THE TWITTER TUTORIAL lagi. bahahah...dah faham sikit kot. Jadi, follow me ya ! ;-)




Sunday, February 20, 2011

Kat Mana You Boleh Beli Baju Lawa

Hari ni saya nak kongsi dengan anda kat mana nak beli baju-baju lawa dan comel tanpa memudaratkan poket anda :):) Jom layannn...




Baju ni sweet sangat kan. The colour, the beads memang menyerlahkan ciri-ciri kewanitaanmu..hehe..I like. Lawa tak kalau saya pakai pink? ermmm....



Yang ni pun saya bekenan jugak. Mini dress. Jangan pakai yang ni saja pulak. Sexy! no no no..hehe..You can wear it with your cardigan or jacket for a trendy look. Nak senang, sarung inner ja ;-)



 This black mini dress come with gorgeous beads. Err..beads ka besaq macam tu..macam batu-batu la..lawa kaler dia..



Selain dress, ada kemeja jugak..AND lots of cardigans. Maklumlah, despite of the hot weather in Malaysia,  rata-rata orang suka pakai cardi. Jadi kat sini ada banyak variety.  You'll be spoiled with the choices.





 My favourite. Puff sleeved memang in lah sekarang ni kan. Plus labuh...sopan gitu






The excitement doesn't stop here. There's a lot more girls. 




Yang skirt ni idaman hati. Hehe..tunggu lah satu hari nanti ;-) Rasa macam nak letak semua gambar kat sini. Semua Cantik. Kang marah pulak tuan kedai...hehe..jangan lupa tau. Lawat http://www.facebook.com/misslilyshop atau http://misslilyshop.blogspot.com/

Friday, February 18, 2011

Supply kraf sudah sampai!

Excited ni sebab sekarang dah banyak stok untuk buat produk felt ni. Baru ja saya beli dari kedai-kedai online. Beli online ja senang. Dah carik merata tak jumpa pun..huhu..Jadi, setelah mempengaruhi rakan-rakan lain, kami ramai-ramai beli dari SUS, Buttons4Craft dan Love The Buttons. Link untuk ke kedai-kedai ni ada di sidebar :)

 Ni parcel dari Buttons4Craft. Cepat ja penghantaran. Hari ni bayar, esok dah dapat...Ada foam sheet, hp strap, buttons dengan brooch. Dapat jugak buttons free! TQ~ Foam sheet tu tebal dari felt. I like the colours. Lawa.


Banyak kan..tapi bukanlah semua ni saya punya. Melampau betoi macam nak berniaga pulak. Ni kami bertiga punya la...hehe


 Kualiti gambar ni teruk kan? Sorry my Olympus mengalami korupsi :-( Tak sempat baiki lagi. Balik kampung ni baru nak ajak abah pi pebaik..huhu...Bila ambik gambar jadi line-line macam TV yang rosak. Tak tau lah kenapa. Maybe ada orang jatuhkan. Maybe. Oh, felt ni beli kat Kedai SUS. besar tau. RM1.80 ja.


2nd Version of Felt Limited

Yang ni Aini punya felt. Banyakkkk kan..best-best. Yang ni pun fast servis jugak. Dari Love The Buttons. Aini beli set..selain felt, dapat butang 40pcs kalau tak silap. Pastu sebungkus fiber yang besar. Dengan hp straps. RM20 ja. Like



Jadi, nantikan hasil keras tangan kerja tangan kami :)

Wednesday, February 16, 2011

[VIDEO] Cerita Seorang Cikgu

Video ni sesuai ditonton oleh semua orang. Mengisahkan pengorbanan seorang guru yang kena posting kat pedalaman...Terharu dan tersentuh hati. Harap kita akan lebih menghargai cikgu-cikgu kita tak kisah lah pedalaman ka metropolitan ka. Kepada cikgu-cikgu baru/muda, selamat bertugas. Ikhlaskan hati mendidik anak bangsa kita. Allah akan membalasnya. Jangan pikir elaun je k..hehe..Semangat!



Tuesday, February 15, 2011

Say No To Bulu Mata Palsu

Sekarang ni semakin ramai pulak yang saya tengok cenderung mencantikkan mata. Ada yang pakai contact lens yang dari korea tu..bagi mata nampak besar. Ada yang cabut-cabut kening...Ada pulak yang pakai bulu mata palsu..wink wink..cantik kan? Tapi, isu yang nak cakap dalam entry ini ialah HUKUM MEMAKAI BULU MATA PALSU. Maybe ramai lagi yang tak tau. Atau pernah tau, tapi dah terlupa. Jadi jom kita semak sekali lagi.



Islam tidak suka kepada kepalsuan dan kecantikan yang bukan asli. Ini jatuh dalam hukum `at-tadlis' (penipuan) dan diharamkan oleh Islam (Syaikh Atiyah Saqr, Islam wa Musykilatil Hayah).



Hukum memakainya adalah HARAM sekiranya hanya untuk kecantikan (dilihat cantik) dan niat yang bermegah-megah (menunjuk-nunjuk pada orang ramai). Walaubagaimanapun, sekiranya bagi menutup keaiban (kecacatan-contoh, tiada bulu mata) ianya adalah diharuskan.



Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu mata palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

 Selain itu beberapa doktor cakap bahawa bulu mata palsu menyebabkan alergi kronik pada kulit dan mata, dan jangkitan pada kelopak mata, dan boleh menyebabkan bulu mata gugur. Jadi menggunakannya adalah berbahaya.


Nah, jadi tak kira bulu mata tu harga singgit ka berapa pun, still tak boleh pakai tau! hee.. :D
p/s: feel free to correct me if I'm wrong or kalau nak tambah apa-apa ya.

Friday, February 11, 2011

[BANTUAN] YM saya masalah!

YM saya ada masalah la! STRESS...bila chat, chatbox tu kosong ja...bila saya text org, depa dapat ja. Tapi pm dari depa, saya tak dapat pun. Kenapakah?? Dah search kat Yahoo! untuk bantuan. Dah cuba macam-macam tapi tak jadi jugak..kenapa kenapa kenapa? 



macam ni rupa chatbox saya..walaupun dah berkajang-kajang taip, still kosong macam ni T_T
Kepada rakan taulan yang ada penyelesaian, please help me k? Thank you in advance

2nd Giveaway Contest by Me- inside out

Ini  satu lagi GA yang hebat. Menawarkan hadiah-hadiah hebat. Anjuran http://syahjehan78.blogspot.com/ bersama penaja http://www.zone-chanteq-shoppe.blogspot.com/ dan http://zone-bundle-chanteq.blogspot.com/.

Nak tahu kenapa hebat? Sebab pemenangnya nanti ramai..ada 7 hadiah utama dan 7 hadiah saguhati. Pergh! Memang hebat kan? Ni pulak list hadiah-hadiah

Hadiah Utama

Set 1
Tupperware Valentine Special Tumbler
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

 Set 2
Tupperware Eco Bottle
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

 Set 3
Tupperware Fruity Smoothie Collection
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

 Set 4
Tupperware Fruity Smoothie Collection
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

 Set 5
Tupperware Mug with Cover
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

 Set 6
Beauti Control from Tupperware Moisturizing Body Wash
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

 Set 7
Bathing gloves
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

7 Hadiah Saguhati akan menerima
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja


Fuhh..entry GA terpanjang dalam sejarah blog saya..GA ni berakhir pada 25hb ni dan keputusan di umumkan pada 28hb. Untuk maklumat lanjut, boleh klik gambar :)

Plushka's Makery: GIVEAWAY



This is a giveaway from Plushka's Craft. What you'll get are 
*1 yards of linen/cotton/rayon ribbon of your choice.....

*half yard of Japanese fabric with Russian dolls and a cute fat quarter with cakes

*1 set of little vintage sewing machines and scissors bronze charms to create "I love sewing and crafting" neckless:)
 
 
Great huh? Faster, the winner will be announce tomorrow! Click HERE!


Ouh, I do hope I'm the lucky ones ;-)

Thursday, February 10, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY


Ini sangat bagus. Blog kesukaan saya buat giveaway. Double like! Hehe..saya suka betul dengan purse yang Cik As buat. Lawa...(ini bukan bodek ye..) lagipun pemenang dipilih menggunakan random.org.. Jadi, memang bertuahlah kalau menang. I really really hope that I'm one of the four lucky winners...Kawan-kawan pun tolong lah doakan untuk saya neh..Kalau nak masuk jugak, klik SINI. Takpe, sebab ada 4 pemenang. Saya 1, ada lagi 3 tempat..haha..perasan!