Thursday, August 25, 2011

VIDEO: Couple bergadoh isu legging



Dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka hayati mesej dalam video.
 (sila simpan legging dalam almari. eh, boleh ja pakai kat rumah sambil mop lantai)



Wednesday, August 24, 2011

Bolehkah Anda Tidak Bertudung Asalkan Bersolat Dan Hati Baik ?



Dalam hati mereka:
"Nak pakai. Tak pakai. Nak pakai. Tak pakai. Nak pakai. Tak pakai...."
Selamat beramal :)

Bag Comel Untuk Raya

Raya tahun ni saya ada Bag Raya. Seingat saya last ada Bag Raya masa kecik-kecik dulu. Warna merah bentuk macam karipap. Pastu ada bunga kat tengah dia. Tali halus ja. Sekarang masih wujud, cuma bunga ja cabut dah. Berqualiti kan?

Raya tahun ni bag saya warna bersih digi. Kuning betoi punya. Ada reben besaq kat tengah. Comel. Tengok model-model saya ni gayakan. Elok tak?





Ni bukan saya, sila jangan konfius. Ni adik saya bulan depan start buat degree kat UUM. Sekarang dok rumah ja jadi bibik model sambilan.



Cantik tak kawan-kawan bag itu? Saya dapat tau. DAPAT PERCUMA. weeee...! Syoknya raya. Saya menang GA anjuran Red Riding Bow. Rejeki. Memang masa daftar masuk pun niat dalam hati "kalau menang, nak yang kuning tu" Alih-alih memang dapat yang tu.


Berbalik kepada kisah bag ni. Bag ni handmade ye. Jahit sendiri, bukan kilang mari. Jahitan memang kemas. Bahagian dalam bag saya ada 5 compartment + 1 tempat gantung kunci. Kalau beli kat sini, kita boleh request nak guna kain warna apa, corak apa, saiz, nak berapa poket dll. Harga memang affordable lah. Memang saya ada niat nak beli bag ni sebelum join GA tu. Tup-tup tengah kumpul duit dah menang ni. Alhamdulillah. 




MODEL NO 2


Budak kecik pun sesuai pakai. Sebenarnya warna terang punya. Kamera c3 memang tak clear T_T. Roomate saya si Afzan itu pun sudah jatuh cinta dengan hasil kerja Kak Afiza (owner Red Riding Bow), jadi dia pun order 1 bag jugak. Tapi dia pattern lain. Dah sampai pun semalam. LAWAAA oke. Lupa nak snap picture semalam. Jadi tak dapat upload gambar.


Tapi takpa, kalau nak tengok lagi banyak design korang boleh jenguk sini,

Siap ada international customers tau. Kelass. Kak Afiza baik ja, senang nak deal. Servis pun cepat ja (dari pengalaman Afzan, sat ja dia order dah dapat). Tapi kalau korang nak melaram untuk raya memang dah tak sempat lah kan..huhu




Have a blast Hari Raya everyone!





nota kaki: model-model bergaya dalam rumah sahaja.



Tuesday, August 16, 2011

Lelaki Kahwini Sepasang Kembar

Seorang lelaki Thailand secara rasminya berkahwin dengan sepasang kembar. Sekaligus! Wichai (24 tahun) kata dia tak dapat nak pilih yang mana satu idaman kalbu antara si kembar ni, Sirintara & Thipawan (22 tahun).


Al kisahnya, depa bertiga ni jiran. Selalu lah keluaq sekali...Si Wichai pun stress sebab tak tau mana satu yang bekenan. Rasa macam nak dua-dua. Dia pun cakap "I love you and want to marry you both" (dalam bahasa Thai). Untungnya, si kembar setuju! Si kembar ni cakap memang dari dulu bercita-cita nak mengahwini lelaki yang sama. Sehati sejiwa sungguh noh.


Untuk giliran tidur, Wichai akan bersama dengan kakak untuk 3 hari pertama, si adik untuk 3 hari berikutnya dan sehari yang lebih tu (Sabtu) akan dihabiskan bertiga.



Ramai menyifatkan Wichai lelaki beruntung. Tapi lebih ramai yang cakap dia carik nahas. Ya la kan, bukan senang nak deal dengan 2 wanita ni. Tapi, dua-dua pengantin ni cantik :)





Untuk cerita lebih detail dan gambar lebih banyak, KLIK SINI.



Tuesday, August 9, 2011

#1 GIVEAWAY SIMPLE : NASZ RANDOM CHOICE"



Tarikh tutup : 9hb Ogos 2011 (pukul 10.30 malam) dan result akan diumumkan pukul 11.00 malam pada malam yang sama.
 
Klik banner untuk maklumat lanjut.

Roh di Bulan Ramadhan

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


 
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.



Di sini jelaslah hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.



Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus lah semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.




Tapai: Apa peranan kita sekarang?




Friday, August 5, 2011

Elak Gastrik Di Bulan Ramadhan

Untuk mengelakkan dari gastrik berulang di bulan Ramadan ni, cuba petua ini:

3 biji kurma (ada baiknya KURMA AJWA/KURMA NABI. Tapi ni mahal sikit)
Segelas susu segar/apa jenis susu (suam @ panas lagi elok)

Rendamkan kurma dengan susu 10 minit sebelum masuk waktu berbuka.
Setelah azan, baca doa makan dulu, surah al-ikhlas dan selawat ke atas nabi 3 kali.
Lepas tu makan kurma tersebut dan disusuli dengan air susu tersebut.
Lepas tu solat dulu @ tunggu seketika dan barulah dibaca doa berbuka puasa.

InsyaAllah gastrik tak datang mengganggu lagi. Yang penting kena YAKIN.



Tips ni dikongsi oleh Raja Nur Faridah Hanum di Facebook. Dia cakap "Jenuh ni nak karang ayat. Berkat dari tertukar channel radio ke Radio Klasik Nasional dapat petua ni dari seorang ustaz tu tadi ;)"




Dia pemilik Ilham Asyiq together with her sister. Online butik yang femes tu. Menerima tempahan baju kurung, tudung, skirts, maxi dress dan banyak lagi. Untuk dewasa & kanak-kanak. Do browse their Facebook :)


Thursday, August 4, 2011

GA Brooch Raya

Brooch raya brooch raya. Sebab malas nak buat, jadi saya join GA ni. Kalau menang, akan dapat 4 brooch. Cantek la tu. Saya satu, along satu, Iyah dengan Na satu..perancangan awal noh.

Dua orang pemenang akan dapat 4 brooch setiap seorang dari design-design kat bawah ni. Serba satu lah kiranya. Kalau taknak brooch pun, boleh request 'convert to' hairclip. Baguih dak?






Monday, August 1, 2011

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1432H/2011M MASJID UPM



Majlis Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (Penangguhan Kuliah Maghrib  Masjid UPM) 28 Julai 2011

Jom Solat Berjemaah ke Masjid UPM, mulai 29 Julai 2011

Majlis Berbuka Puasa Sepanjang Ramadhan , mulai 1 Ogos 2011

Solat Tarawih, mulai 31 Julai 2011

Tadarus Al-Quran , mulai 1 Ogos 2011

Tazkirah Fadhilat Ramadhan selepas Solat Zohor, mulai 1 Ogos 2011

Bacaan Al-Quran dan Terjemahan sebelum Solat Asar

Bacaan Al-Quran dan Terjemahan sebelum Solat Jumaat

Qiamullail 10 Malam Terakhir, mulai 20 Ogos 2011

Kuliah Subuh setiap hari Sabtu dan Ahad

Agihan Bubur lambuk (selepas Solat Asar), mulai 1 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Tuanku Canselor UPM, 19 Ogos 2011

Tazkirah Khas sebelum Solat Jumaat

Kutipan Zakat Fitrah , mulai 8 Ogos 2011

Tazkirah Khas sempena Nuzul Al-Quran , 17 Ramadhan 1432H

Majlis Khatam Al-Quran Masjid UPM, 27 Ogos 2011