Raya tahun ni saya ada Bag Raya. Seingat saya last ada Bag Raya masa kecik-kecik dulu. Warna merah bentuk macam karipap. Pastu ada bunga kat tengah dia. Tali halus ja. Sekarang masih wujud, cuma bunga ja cabut dah. Berqualiti kan?
Raya tahun ni bag saya warna bersih digi. Kuning betoi punya. Ada reben besaq kat tengah. Comel. Tengok model-model saya ni gayakan. Elok tak?
Ni bukan saya, sila jangan konfius. Ni adik saya bulan depan start buat degree kat UUM. Sekarang dok rumah ja jadi bibik model sambilan.
Cantik tak kawan-kawan bag itu? Saya dapat tau. DAPAT PERCUMA. weeee...! Syoknya raya. Saya menang GA anjuran Red Riding Bow. Rejeki. Memang masa daftar masuk pun niat dalam hati "kalau menang, nak yang kuning tu" Alih-alih memang dapat yang tu.
Berbalik kepada kisah bag ni. Bag ni handmade ye. Jahit sendiri, bukan kilang mari. Jahitan memang kemas. Bahagian dalam bag saya ada 5 compartment + 1 tempat gantung kunci. Kalau beli kat sini, kita boleh request nak guna kain warna apa, corak apa, saiz, nak berapa poket dll. Harga memang affordable lah. Memang saya ada niat nak beli bag ni sebelum join GA tu. Tup-tup tengah kumpul duit dah menang ni. Alhamdulillah.
MODEL NO 2
Budak kecik pun sesuai pakai. Sebenarnya warna terang punya. Kamera c3 memang tak clear T_T. Roomate saya si Afzan itu pun sudah jatuh cinta dengan hasil kerja Kak Afiza (owner Red Riding Bow), jadi dia pun order 1 bag jugak. Tapi dia pattern lain. Dah sampai pun semalam. LAWAAA oke. Lupa nak snap picture semalam. Jadi tak dapat upload gambar.
Tapi takpa, kalau nak tengok lagi banyak design korang boleh jenguk sini,
facebook: http://www.facebook.com/RedRidingBow
Siap ada international customers tau. Kelass. Kak Afiza baik ja, senang nak deal. Servis pun cepat ja (dari pengalaman Afzan, sat ja dia order dah dapat). Tapi kalau korang nak melaram untuk raya memang dah tak sempat lah kan..huhu
Have a blast Hari Raya everyone!
nota kaki: model-model bergaya dalam rumah sahaja.
hello. macam kenal. HAHA malu malu. HAHA kamera iyh pun tak bapa jelas noh. ciss
ReplyDeleteharus lah kenai..huhuhu
ReplyDelete