Thursday, July 4, 2013

Perkhidmatan Bas di Edinburgh

Bas merupakan salah satu pengangkutan utama di Edinburgh. Bukan saja bagi golongan pelajar, penduduk tempatan pun lebih ramai yang naik bas dari memandu. Untuk pelajar yang akan sambung belajar di sini, kalau tak bercadang guna kereta di sini pun tak ada masalah. Boleh naik bas ke mana-mana.

Servis bas di Edinburgh ada dua. Lothian Bus dan First Bus. Untuk travel dalam kawasan Edinburgh, kita lebih banyak naik Lothian Bus. Saya sendiri jarang naik First. Jadi entry kali ni lebih tertumpu pada Lothian Bus ya.


Servis bas ni ada banyak dan kerap. Reliable jugak, maksudnya dari segi masa. Punctual selalunya, kecuali kalau ada kemalangan, baiki jalan etc. Boleh download mobile app untuk check bus arrival. Jadi boleh la kita bajet masa bila nak keluar rumah pi tunggu kat bus stop. Maklum la, kalau musim sejuk nak tunggu bas 3 minit pun seksa T_T .  App ni jugak boleh tunjukkan bus stop yang berdekatan dengan kita. Jadi bila pi jalan-jalan, tak la konfius nak tunggu stop mana satu. Canggih kan :)

Untuk iphone: EdinBus.
Untuk Android: My Bus Edinburgh


Untuk semak bus mana lalu mana, boleh semak di web http://lothianbuses.com/




Tambang bas, single tiket (maksudnya sehala) £1.50 dewasa dan 70p kanak-kanak.
Day Ticket £3.50 - boleh guna seharian. Ni untung beli kalau nak naik lebih dari 2 kali sehari, nak tukar-tukar bas ka, nak ronda-ronda Edinburgh, shopping-shopping..berbaloi-baloi!
Untuk NightBus (servis bus lewat malam) - £3.








Lagi berbaloi, kalau buat Ridacard. Untuk pelajar full time, kita boleh buat Ridacard, sebulan £40.
Boleh naik turun bas berapa kali pun. Untuk dewasa yang bukan pelajar, mahal sikit £51. Pemegang Ridacard boleh naik NightBus secara percuma!







Sekian sesi perkongsian kita untuk kali ini. Sekarang, boleh mai Edinburgh dengan senang hati. Takyah risau transport lagi dah.  :)



Kawan-kawan di Edinburgh, kalau ada maklumat di sini salah/tidak tepat atau ada tambahan maklumat penting, boleh habaq noh. TQ!