Sekarang kalau parcel Poslaju ke alamat UPM akan dihantar ke ezibox KMR untuk collection. Posmen dah tak datang hantar ke pejabat. Ezibox KMR ni terletak di Kolej Mohamad Rashid (KMR). Kalau masuk gate KMR dah boleh nampak box tu, tepi pokok besar.
KMR dah cantik sekarang. |
Ezibox. Loker-loker di sebelah kiri untuk collection barang. Anda juga boleh drop barang yang ingin dipos menggunakan loker di bahagian kanan |
Mula-mula, kita akan dapat sms dari Poslaju memaklumkan yang parcel kita sudah diletakkan di ezibox. Dia bagi pin number sekali. Kita diberi masa 48 jam untuk collect parcel tu. Bila dah sampai di ezibox tu, di touch skrin:
1) pilih bahasa
2) pilih sama ada ingin membuat collection atau drop off barang
3) masukkan tracking number
4) masukkan pin number (diberi dalam sms)
5) masukkan nama & ic number
6) pilih sama ada mahukan resit dicetak atau die-mail
![]() |
SMS yang diterima dari pihak Poslaju |
Lepas semua diisi, loker berisi barang anda akan dibuka - skrin akan paparkan nombor loker. Selesai! Once loker dah buka, sms akan dihantar menyatakan barang sudah diambil.
Loker terbuka sendiri jika maklumat betul dan lengkap |
Sebab first time, cuba lah print resit. Lepas ni boleh go paperless |
Senang kan? senang kalau sms diterima lah. Kali kedua parcel saya masuk ezibox, tak dapat sms pin number tu. Haru! Will update here once dah dapat solusi.
Awk pakai alamat mana ye?
ReplyDeleteGuna alamat upm
DeleteAlamat yg ni ke? Tak payah letak alamat kolej eh?
ReplyDeleteJalan Upm, 43400 Serdang, Selangor
Tak...saya tulis alamat lengkap pejabat saya di upm.
Delete..... 43400 UPM Serdang, Selangor
oo. so kalau saya duduk kolej, bagi alamat kolej lah ye?
DeleteYa betul tu
DeleteLepastu ape awk buat ea lpas tak dpt nom pin. Sy pun tggu nom pin tak smpai lg. Brg dh ade dlm box. Nk buat mcm mne ea ?
ReplyDeletePoslaju cakap dorang tak boleh resend pin ke nombor lain. Jadi kena tunggu barang dikutip & dihantar semula ke pos office. Kena call poslaju untuk arrange redelivery
DeleteSo update mcm mana? Macam mana nak arrange redelivery since poslaju pun susah nak angkat call ?
DeleteSaya hantar email minta redelivery
DeleteMaksudnya barang tak dihantar ke poslaju depan cimb?
ReplyDeleteTak. Poslaju Balakong
DeleteSaya hantar email untuk redelivery
ReplyDeleteKenapa brg saya dihantar ke ezibox tncpi???jauh la nk pegi...nak naik apa....apa nk buat ye?
ReplyDeleteEzibox tncpi tu kat mana? Maybe boleh tunggu collection time expire. Lepas tu bila dia dah collect balik, arrange redelivery
DeleteSaya punya barang pun dihantar ke Ezibox tncpi tu. Macam mana nak redelivery semua ye ? Dan macam mana nak hantar email untuk redelivery ?
ReplyDeleteEmel ke care@pos.com.my atau call 1300 300 300
DeleteHaritu lepas awak email mintak redelivery lama ke baru dpt brg tu?
ReplyDeleteSeingat sy, esoknya sy dpt email confirmation barang dah pos semula...2 hari mcm tu dpt dah
Delete