Sambungan dari entry sebelum ini, Itinerary Trip Turki.
Tempat pertama kami lawati, Cappadocia. Orang tempatan ada yang menyebut sebagai 'Kapadokya', ada jugak yang sebut 'Kapadosia'. Selepas 11 jam dalam bas dari Istanbul tu, bila tengok ke luar tingkap bas, rasa macam dah sampai ke planet yang lain. Tandus. Berkabus. Macam tak banyak warna. (selalu kita kan nampak bangunan warna-warni, billboard bagai, bunga-buangaan). Takdak...semua tu takdak.
Do you see what I mean? Only two colours meh...
Trip di Cappadocia semua diuruskan ejen, jadi sesampainya kami di Stesen Bas Goreme kami terus 'lapor diri' kat satu pondok kecik warna coklat. Tak ingat exactly apa dia tulis, tapi maksudnya untuk accomodation/hotel. Kita just cakap kita nak ke hotel mana, dan nanti pekerja hotel akan datang pick up kita naik kereta. PERCUMA. Mula-mula macam cuak jugak kan bila kereta sampai, tak macam kereta rasmi pun. Teringat pulak cerita Taken 2. Tapi, letih punya pasal, bismillah dan naik ja. Lima minit ja sampai hotel, tak sempat nak nervous :P
Kami check in di Lalezar Cave Hotel. Rasa macam semua hotel sekitar pun cave. Tidoq dalam gua uolls, macam Flintstones.
Antara tempat kami lawati ialah Goreme Open Air Museum dan kawasan sekitar bagi melihat semua rumah yang berbentuk seperti cendawan. Secara semula jadi terbentuk macam ni, secara erosion. Allah maha kuasa. Fantastiko. Tour guide kami orang Konya katanya. Pandai cakap Inggeris. Tiket masuk museum dah termasuk pakej (15 TL).
Orang panggil 'fairy chimney' sebab bahagian atas tu jadikan dapur. nanti nampak asap-asap mungkin sama di alam Fairy. Semua ni terjadi ambek masa lama. mungkin 50 tahun akan datang, ada yang baru akan naik tinggi, yang tinggi dah musnah. Macam tu lah...
Nampak tak batu bentuk macam unta tu? Semulajadi terbentuk macam tu. Sekarang dah buat pagar keliling sebab orang suka panjat. Bila panjat, merosakkan bentu asal.
Kawasan Goreme ni termasuk dalam UNESCO World Heritage List
HARI KEDUA
Pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk hot air balloon. Ada banyak sesi, kami punya pukul 5.30 pagi. Pagi memang sejuk kan, bila dah naik 500 meter memang super sejuk. Kaki memang tak rasa dah, masing-masing dah pakai 2 lapis stokin sebab tour guide dah pesan. Gloves pun pakai. Setiap belon akan dilengkapi dengan satu gopro. Jadi semua aksi kita masa kat dalam dan pemandangan yang kita experience dirakam. Lepas turun nanti boleh beli, 1 pendrive 15 euros. Saya tak beli sebab sedia maklum diri tak photogenic, semua gambar candid pasti hancus.
Nampak? posisi kami dalam tu betul-betul menghadap camera. Mesti muka
nampak lebaq macam belon jugak, sebab tu che tak beli video.
Masa naik tu, seronok-seronok jugak lah, tapi dalam hati doa banyak-banyak tak jadi kemalangan ka apa. Macam dalam surat khabar baru-baru ni kan ada kemalangan jiwa yang berlaku time naik belon ni. Yala, bukannya depa bagi pakai jaket keselamatan ka parachute kan. Kalau jatuh tu, redha ja dah nak terbang tak reti. Disebabkan setiap penerbangan adalah berisiko tinggi, makanya bila kita selamat mendarat akan diraikan. Open table. Dan jugak dapat sijil setiap seorang.
Ni
dia bentangkan meja, dan hidangkan minuman. Katanya "No Alchohol".
Disebabkan masa tu was-was jugak taknak percaya cakap dia, jadi saya tak
minum. Hasil siasatan selepas tu mendapati tu cuma jus apple :) Sambil
minum-minum ni jugak acara menyampaikan sijil di jalankan. Meriah.
Tak banyak gambar dapat ambil sebab terlalu sejuk, lagi 1 tak berani jugak nak aktif sangat klik sana-sini. kalau camera jatuh kang, naya oii. Pagi tu jugak agak berkabus, makanya hasil gambar macam ni saja lah. Tak kuasa nak edit-edit.
Tengah setting-setting nak start enjin. Kita akan duduk dalam 'raga' bawah belon tu.
Subhanallah, pujian bagi Allah.
Bila nak landing, 'driver' akan cakap landing position, dan kita semua kena duduk dalam tu. Tak boleh berdiri. Once dah touch down, pekerja kat bawah ramai-ramai tarik raga berisi 20 oran tu turun. Gagah semua ni, sebab tu saya ambek gambaq.
UP!
.
.
.
.
.
And this has to be my favourite shot from Cappadocia
cantik nyer....best nyer.......... :)
ReplyDeletehi dear!!
ReplyDeleteim going there end of this month. tp x decide lg nk naik ke x belon panas ni..agak mahal kan?tp u rasa bbaloi ke?
mahal jugak...kalau naik ikot tour tu, dapat murah sikit.
Deleteberbaloi...sebab cantik sangat subhanallah
Assalamualaikum hani,
ReplyDeletesaya akan ke turki april 2015.
mmg nak sangat naik ballon ni.
nak tahu lanjut pasal tour ni boleh tak?
nak book mcmana eh?
-ain-
Salam Ain,
Deletebila awak sampai Cappadocia nanti, kat station bus dia ada banyak tour agent. Kat situ boleh pilih2 untuk book. Boleh banding harga jugak :)
Assalam ain....tour agent ain book sebelum sampai cappadocia ke. Blh saya tahu berapa hrga tour agent yg ain ambil tu. Thx
ReplyDeletesalam. pegi turkey ni fully package by tour agent ke? tour mana eh?
ReplyDeletesaya cuma ambik pakage untuk luar Istanbul. Kalau tak silap nama ejen tu Travel Bazaar
Deletesalam, berapa kos travel agen tu yg termasuk naik hot air balloon?
ReplyDeleteSalam awak. semua sekali 400euros
Deleteharga naik hot air balloon tu utk Ringgit Malaysia brape ek?
DeleteLebih kurang RM480 :)
Deletesalam nk tnye, rm480 tu utk sorg ke cmne ?
DeleteUntuk sorang
DeleteSalam sis,
ReplyDeleteSaya akan ke istanbul next week. Nak tanya..kalau saya nak ke cappadocia, dimana boleh saya beli tix ye..Kena book in advance secara online atau just walk in sk..Thanks in advance.
Tak perlu book. Boleh terus beli di stesen bus di Istanbul. Cuma ada night trip saja. Have fun!
Deletesalam sis..nak tanya..kalau nak naik hot air ballon tu boleh pakai Euro atau USD ke? Kalau Euro dalam berapa ye?
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteIn shaa Allah..April next year cdg2 nak ke sana. Selain naik bas sendiri ke Cappadocia..camne nak deal ngan agen kat sana utk trip Istanbul- Cappadocia shj. Lagi satu..klu x naik belon panas tapi nak tgk belon panas berlps boleh request kat agen tak. Tq
Salam sis...nak tahu kalau kita sendiri2 beli tiket sampai istanbul n book hotel sendiri...boleh survive ke, nak round dlm istanbul saja? Pastu kalau nak tour ke cappadocia ni...elok book tour agent sana ke?@lebih baik ambil pakej full.dr Malaysia?
ReplyDeleteBestnya dekat Turkey! Berapa ya bajet nak pergi sana? :)
ReplyDelete