Sunday, February 23, 2014

Kenapa Kita Tudung Makanan

Dari kecik mak kita selalu pesan dan tekankan mesti tudung makanan dan minuman. Jangan dibiar terdedah. Kenapa? Mari bincangkan


Gambar hiasan haruslah ayam.


Dua sebab utama makanan tidak boleh dibiar terdedah adalah:

1) Mengelak kuman/kotoran dari persekitaran dan haiwan/serangga perosak. Jika di Malaysia, ini jelas. Banyak cicak, lalat, lipas dan sebagainya. Kalau dibiar tak bertudung, ada kemungkinan haiwan-haiwan ni masuk. Kalau sekadar lalu atas makanan pun, geli nak makan dah. Geli tu satu, penyakit tu satu.

Kalau di Edinburgh ni, tak pernah jumpa lagi. Tapi tetap kena tutup sebab

2) Elak perbuatan dan kejahatan syaitan nirojim. Syaitan tidak dapat menyingkap penutup makanan dan minuman sekali pun hanya dengan sebatang lidi.



Dalam hadith , Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu anhuma berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ


“Bila hari telah senja laranglah anak-anak keluar rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Dan bila sudah masuk sebahagian waktu malam maka biarkanlah mereka. Tutuplah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup (dengan menyebut nama Allah). Tutup semua kendi kalian dengan menyebut nama Allah dan tutuplah bejana kalian dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lentera kalian (ketika hendak tidur).” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]




Oh, dalam hadis ni jugak ada larangan keluar waktu senja. Sebab tu lah saya belum pernah ambek gambaq sunset2 semua. Maghrib, duduk dalam rumah. Mak pesan.

No comments:

Post a Comment