Wednesday, October 14, 2015

Tips Bajet Perkahwinan

Dilema setiap bakal pengantin mestilah berkaitan bajet. Semua maklum kalau perempuan mesti awal-awal lagi dia ada 'dreamed wedding' gituh. Nak pelamin dalam taman, nak baju kembang semangkuk, sanggul tinggi cucuk-cucuk bagai kan....Cumanya orang pesan ukur baju di badan sendiri. Di sini saya kongsikan beberapa tips bagi pengurusan bajet bagi majlis kahwin sederhana.

1) Set bajet.
Letakkan had maksimum yang sanggup dibelanjakan. We don't want to be spending RM30k just for one day event. Kaya benar lah kau kalau sanggup macam tu. Apa yang lebih penting ialah hidup selepas nikah itu. Bunyi memang cliche tapi betul la weyh. Cuba fikir, nak kena beli rumah, kalau pasangan PJJ nak ulang alik kos minyak tol bagai..fikir fikir

2) Berhenti tengok video kahwin.
Kalau hobi you tengok video orang-orang kahwin, hentikanlah. Now now! Sebabnya, nanti terpengaruh, peer pressure. Nak macam orang buat. Masalahnya orang tu dapat sponsor sana-sini, kita ni kais pagi makan pagi ja. Sudahla neh...

3) Elakkan cuti sekolah.
If you can, buat kenduri di luar cuti sekolah. Cuti sekolah dikira peak time, jadi bila tak cuti tak ramai yang buat kenduri. Maka masa ni banyak promosi bagi pakej-pakej forografi, pelamin, baju etc. Penjimatan!

4) Barang hantaran.
Tak perlu nak beli bag Dior, make up Chanel, jam Daniel Welington, iphone, ipad semata-mata nak nampak gah atas dulang tu kan. Toksah la neh. Motip sangat nak keluar duit banyak-banyak untuk jamu mata orang. Padahal kau bukan reti make up pun. Keluar jalan pun galas bag sekolah ja. Kan.

5) DIY.
Bagi yang berdarah seni, boleh gubah sendiri hiasan hantaran. Jimat. Kalau tak dapat nak beli fresh flowers, takpa ja. Bunga akan layu akhirnya. Tak ke mana pun. Hand bouquet pun boleh gubah sendiri. Beli sejambak bunga kat florist, riben sikit, gubah sesuka hati.  

6) Make-up.
Tak perlu ambek make up mahal-mahal sangat sebabnya pakai dari pagi, sampai zohor dah kena basuh kan. Sat ja pakai. InsyAllah dengan seri pengantin anda tu pasti teserlah anggun jugak lah walaupun make up simple. Lagi untung kalau ada kawan/sedara yang pandai make up. Boleh lah kecek mintak tolong...hehe tapi kalau dah orang tolong mohon jangan banyak komplen

7) Kad jemputan.
Walaupun menjadi idaman setiap dari kita untuk buat kad jemputan penuh artistik, ada lagu-lagu, pop-up, laser cut semua, tapi kita haruslah realistic. Takda orang nak simpan kad kita tu pun. Tak berbaloi nak buat mahal-mahal. Apa yang lebih penting, maklumat di kad tu tepat, peta tepat, koordinat tepat, waze tepat.. Settle. Lagi pulak, sekarang ni ramai yang taknak kad dah. Semua pakai FB & whatsapp aje.

Kita perlu ingat objektif majlis kahwin ni ialah - it is the day yang kita finally akan kahwin dengan orang yang kita sayang. Itu paling penting, paling bermakna. Kalau dapat bunga-bunga wangi setaman tu, bonus. Kalau dapat baju merelip merelap tu, bonus. Kalau dapat hantaran Macbook tu, bonus. Kalau tak dapat semua tu, tetap dapat kahwin kan. Chill.