Sekarang ni semakin ramai pulak yang saya tengok cenderung mencantikkan mata. Ada yang pakai contact lens yang dari korea tu..bagi mata nampak besar. Ada yang cabut-cabut kening...Ada pulak yang pakai bulu mata palsu..wink wink..cantik kan? Tapi, isu yang nak cakap dalam entry ini ialah HUKUM MEMAKAI BULU MATA PALSU. Maybe ramai lagi yang tak tau. Atau pernah tau, tapi dah terlupa. Jadi jom kita semak sekali lagi.
Islam tidak suka kepada kepalsuan dan kecantikan yang bukan asli. Ini jatuh dalam hukum `at-tadlis' (penipuan) dan diharamkan oleh Islam (Syaikh Atiyah Saqr, Islam wa Musykilatil Hayah).
Hukum memakainya adalah HARAM sekiranya hanya untuk kecantikan (dilihat cantik) dan niat yang bermegah-megah (menunjuk-nunjuk pada orang ramai). Walaubagaimanapun, sekiranya bagi menutup keaiban (kecacatan-contoh, tiada bulu mata) ianya adalah diharuskan.
Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.
Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu mata palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.
Selain itu beberapa doktor cakap bahawa bulu mata palsu menyebabkan alergi kronik pada kulit dan mata, dan jangkitan pada kelopak mata, dan boleh menyebabkan bulu mata gugur. Jadi menggunakannya adalah berbahaya.
Nah, jadi tak kira bulu mata tu harga singgit ka berapa pun, still tak boleh pakai tau! hee.. :D
p/s: feel free to correct me if I'm wrong or kalau nak tambah apa-apa ya.
very very interesting ^^ :)
ReplyDeletemomoy suka pakai fake eye lashes dear
ReplyDeletePeristiwa itu masih menhantui diriku...
100 kerja kosong kerajaan sepanjang 2011
Tak pakai bulu mata palsu sbb nnti mata keras je.Hehe
ReplyDeleteohh..sya pun tatau bulu mata plasu haram rupanya sbb tgk mak andam pakaikn tuk pengantin selamba ja..
ReplyDeletejumpa jgk akhirnya.. sblm ni tertanya jugak kalau pakai bulu mata boleh ke tak.. emm, thnx for the info ya.
ReplyDeletealamat tak cantiklah... nak cepat kahwin kena bergaya
ReplyDeletealyaa : TQ :)
ReplyDeletemomoy: oh, nape ye?
oreo: hehe....yeke? xtau sbb xpnh pakai ;-)
ekmi & wan fadhilah: selamat beramal :)
panglima muda: bergaya dgn cara lain lah...
good entry.. memang ramai tak tau hukum pakai bulu mata palsu nie, secara logiknya, klu rambut palsu dh haram, sm la jg dgn bulu mata palsu kn? harap2 ramai yg akan sedar
ReplyDeletecantik di mata Allah lebih baik :) thanks for sharing. seindah-indah hiasan dunia ialah wanita solehah.
ReplyDeleteboleh kita share? Biar lah tk cantik atau tidak menggoda...asalkan tidak merubah ciptaan Allah...kan...
ReplyDeleteouh bulu mata palsu tu haram ke?? erkkk...
ReplyDelete- Fitrihadi.com -
Aku pun baru tahu, terima kasih atas info ini.
ReplyDelete