Wednesday, May 19, 2010

Tips Belajar Cara Hani Syahida

memandangkan adik I cik Hani Syahirah tu baru masuk Kolej Matrikulasi Kedah kat Changlun tu, I rasa perlu bagi dia nasihat cara nak survive kat matrik dan seterusnya dapat jejak kaki tu kat menara gading.bukan jejak untuk hantaq kakak-kakak, masuk untuk belajaq sendiri kat sana. Biaq kami pulak berpanas berembun hantaq u..hehe..

walaupun diri sendiri kurang berjaya di matrik tapi, boleh la pakai cara-cara survive kat UPM tercinta.aplikasi ja kat KMK yang kau cintai itu. pasti gemilang :-)

paling penting kena tau pointer TAK BOLEH BAWAH 3.0.walaupun dulu ada orang tu pointer rendah bawah 3.0 tapi dapat jugak masuk universiti terhebat abad ini, dapat pulak kos paling mencabar di alam maya ini,tapi itu cerita lima tahun lepas. sekarang kalau bawah 3.0, sila fikirkan alternatif lain lah selain IPTA.

formula paling senang untuk maintain 3.0 ke atas, kenal pasti subjek yang kita rasa susah dengan yang senang. pastu bila dah tau,buat lah macam mana pun asalkan subjek yang senang tu dapat A.yang susah tak C. haa..konfem pointer tak bawah 3.0..I tell you.

tapi,tak kan la nak 3.0 ja kan.tak mencabar. jadi kena improve sikit bagi 3.5 ke atas.baru la nanti kat U dapat kos idaman.

dalam kelas even tak faham lecturer cakap apa,bagi perhatian.dengaq dan ingat.kalau takot lupa,catat. supaya bila balik bilik nanti time  mengkaji tu,teringat yang lecturer cakap..haa,kan senang sikit nak faham.bijak.

tutorial memang banyak. buat semua ikut masa so that bila masuk kelas tutorial,u boleh discuss bukan baru tekebil-kebil nak buat. (teringat dulu time tutorial tehegeh-hegeh salin jawapan Liena T_T)

study after kelas. okey, memang skema. tapi kalau kat matrik memang kena macam tu.sebab flow dia sangat cepat. kalau tak buat macam tu memang ketinggalan sangat tak mampu catch up (punca I tak perfom kat matrik)

kurangkan masa menaip sms.ganti dengan menekan kalkulator. (punca kehancuran I jugak)

latihan latihan latihan mau banyak.baru boleh jawab exam dengan jaya dan konfident macam Lin Dan main badminton

pekara basic tu macam, before study baca doa,  nak exam habaq kat mama, baca yassin, baik dengan cikgu, jujur pada ilmu,banyak tidoq, makan maggi ;-)

Goodluck!
oh, Na sangat comey!

Monday, May 10, 2010

TIGA TANDA

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya