Penginapan:
Pahang: Dalam hutan, semua orang duduk dalam khemah ikut group masing-masing. BEST!
KL: Tengah pekan. Setiap sorang dapat 1 bilik siap dengan katil, almari, penyangkut kain, air cond. Oh, seterika juga disediakan. LAGI BEST.
Walaupun saya memang suka pi camping, tapi atas faktor usia dah kurang kecintaan itu. Jadi, lega jugak lah dapat pi kat KL ni :)
Aktiviti Indoor:
Pahang: Indoor pun tetap outdoor jugak..hehe..dikelilingi hutan hujan tropika, dan unggas.
KL: Ceramah dalam auditorium besar dan sejuk. LDK banyak tempat yang semuanya selesa lah. (sesuai lagi dengan usia)
Aktiviti Outdoor:
Pahang: Terbaik! memang dikenang sampai sekarang lah. Lasak yet fun. Setiap petang ada aktiviti, rendam selut bagai. Malam-malam pun ada lagi. Berjalan sorang2, kena tinggal lagi...Yang ni saya tak suka. Takot..hehe
KL: Cuma sehari ja kena jalan kaki ke Istana Negara.
Sia-sia ja beli sport shoes (yang lama dah hancur time pi camping). Tapi takpa lah, semua orang cakap kasut tu cantik. Muahahaha!
Makanan:
Pahang: Saya tak berapa ingat. Tapi memang setiap kumpulan dapat bahan-bahan masakan. Ada time kami kena masak sendiri jugak.
KL: Tak payah masak aihh..pi beratuq ja dan makan. Dalam dewan makan beserta aircond.
Pakaian:
Pahang: Setiap masa pakaian sukan.
KL: Tak perlu. Office hour baju kerja. Lepas tu semi formal lah.
Pengisian:
Ada yang sama ada yang tak.
Apa lagi? Tu ja kot yang penting. Hasil dapatannya ialah, saya gembira bila dikelilingi orang-orang yang bijak pandai ni. Selain pandai, cantik-cantik juga. Memang network yang bagus.
Oh, saya suka kumpulan saya. Tengok ni, semua bijak pandai.
Kalau suka boleh LIKE. Terima kasih :)