Monday, August 27, 2012

Nak pakai cincin jari mana?

Trend sekarang ramai suka pakai cincin besar warna-warni. Cantik. Tapi kena tengok balik apa yang boleh apa yang tak boleh. Pernah dengaq ceramah Ustaz Azhar Idrus:


1) sunat pakai cincin jari manis dan kelingking sahaja.
2) Tak boleh pakai lebih dari tiga cincin pada satu tangan.
3) Nabi Muhammad melarang pakai cincin di jari hantu


Gambar sekadar hiasan. Hasil carian google.


Kesimpulan, dalam nak bergaya dan melawa pun kena tau batas. 




cincin kat H&M lawa-lawa. Kat Malaysia dah bukak outlet kan? boleh pi ushar! ;-)

Sunday, August 26, 2012

Raya di Edinburgh (2012)

Assalamualaikum.Amboi amboi tengok gambaq raya kawan-kawan kat FB & instagram meriah warna-warni. Saya raya kat Edinburgh tahun ni. Meriah jugak. Terima kasih kat kawan-kawan yang mesej ucap selamat hari raya kat FB, whatsapp etc.

Raya kat sini seronok jugak. Tengok budaya bangsa lain sambut Aidilfitri. Pagi raya solat kat Central Mosque. Ada tiga sesi, pukul 6, 8 dan 10pagi. Mungkin sebab tak dapat tampung semua jemaah kalau buat satu sesi ja. Saya tengok, orang kat sini (mungkin dari Arab, Mesir dan sebagainya) lepas solat depa edarkan cookies atau cokelat untuk semua orang dalam masjid tu. Kalau kat Malaysia, kita bagi duit raya kan...

Alhamdulillah hari raya pertama, kami ada tiga open house anjuran ahli-ahli EMSA. Saya sempat pi satu ja. Dekat Kings Building. Meriah!


Oh, terima kasih kat kawan-kawan yang sambut malam raya dengan saya. Rumah saya jauh dari masjid, jadi malam raya tidoq rumah Zulaikha, Mashitah dengan Hafizah sebab takut tak sempat nak pi solat sunat Aidilfitri. Malam tu, untuk bukak puasa terakhir macam-macam depa masak. Terbaik budak-budak ni..hehe..saya makan ja. Lepas Isyak, kami takbir ramai-ramai. Ambek mood raya :)



Kanak-kanak kat sini semua comey awat tah

Budak dua orang bersamping ni dari Indonesia. Serumpun lah kita..hehe

Annoying boots!

Dokter-Dokter-Lawyer-Lawyer-saya

OK yang ni boleh hantaq kat Salam Perantau tahun depan.









Ni kedai Bismillah. Mesti mama dengan abah ingat. Kedai yang kita pi beli roti tu..dekat dengan masjid.
Suhana. Kawan pertama di Edinburgh

Ehem, berjaya masuk Berita Harian ;-)


Gambar agak kabur, maaflah.


 Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin