Sunday, October 27, 2013

Salisbury Crags

Summer hari tu Mei ajak saya naik Salisbury Crags sebelum dia balik. Subhanallah subhanallah tempat ni cantik sangat, jadi saya nak share dengan semua. Masa mendaki/berjalan naik tak lama, hari tu tak sampai setengah jam rasanya. Dan puncak dia tak ramai orang. At least tak seramai dan sesesak Arthur's Seat. Saya tak pernah naik Arthur's Seat lagi, orang yang cakap begitu.

Dari atas crags ni, boleh dapat view seluruh Edinburgh dengan jelas. Kalau nak pi, pi la hari yang cerah. Memang cun. Nampak Calton Hill, St Mary's Loch jugak. Kat atas tu angin kuat, jadi pakai baju yang sesuai. Bawak la makanan ringan, boleh picnic sambil tengok view dan merenung masa depan.

Untuk pi sini, naik bas 35 dan stop di Holyrood Parliament, lepas tu jalan ke arah parlimen & Holyrood Palace. Nanti dah nampak dah orang ramai naik. Ada van aiskrim jugak kat bawah tu :)










Tak berani nak duduk gantung kaki ke bawah. Angin kuat, takut jatuh..saya tak reti terbang

Mei yang shoot gambaq ni. Terima kasih! (sapa pandai edit buang gambaq 3 orang kat belakang tu?)

Ni macam wallpaper Windows kan? Heee

Tu Calton Hill & Holyrood Palace. Mei ada shot Calton Hill yang cantik, saya lupa nak zoom bagi dekat sikit. sobs :'(

Itu lautan. Itu loch.

Amacam, lawa tak pemandangannya? Semua gambar tidak diedit atau ditambah filter. Masa nak turun saya macam orang tua, sakit lutut. Ya la sebab turun tu curam. Asyik kena break ja... -_-"  Ok, pi tau! Lepas ni harap dapat pi Arthur's Seat & Calton Hill pulak. Nak dekat dua tahun dah kat Edinburgh tak sampai-sampai lagi. Teruk betul bajet busy sangat la tu. Ni pun nasib baik Mei ajak. Thank you!

p/s: kawan-kawan Edinburgh, kalau ada info yang saya salah tulis inform k. Thanks!


BACA ITINERARY RINGKAS PERCUTIAN SAYA KE TURKI DI SINI

Saturday, October 26, 2013

Kawen.

Dah masuk 26 ni kawan-kawan seangkatan pakat mendirikan masjid. Ramai-ramai yang dah kahwin, ramai lagi yang belum. Jadi yang belum ni pakat dok stress sebab orang asyik dok tanya bila nak kahwin bila nak kahwin. For some reasons, people hardly ask me this question. Mungkin sebab saya nampak muda kot *ehem ehem*, atau mungkin sebab saya masih sekolah. Mungkin jugak orang memang tak kisah pun :P

Ramai kawan yang mengadu geram, stress, bosan, dan pelbagai perasaan negatif lain bila terlalu kerap dihujani soalan macam ni. Kawan-kawan yang kerja cikgu hari-hari pi sekolah kena jawab soalan sama. Apa pun tak boleh. Lain la kalau you kawan baik dia, logik akal jugak la kalau nak tanya ( jangan lupa buat muka cheeky ).  Ya la, kita tak tau orang tu baru putus cinta ka, boyfriend baru meninggal ka, banyak sangat pilihan sampai tak terpilih ka, atau masih mencari yang sepadan etc etc.

Bayangkan, kalau dah pi kenduri, jumpa 10 orang, sepuluh-sepuluh orang tanya soalan tu mana la tak hangin kawan. Balik rumah terus buat luahan kat FB. lol. Ada yang siap hafal skema jawapan sebelum pi kenduri, senang nak jawab.

I know, we know Malaysian are very prihatin. Tapi tak perlu tanya bila dia nak kahwin kecuali kalau you ada calon nak kenenkan, boleh la cakap macam ni "you dah ada rancangan nak kahwin ke? kalau belum I ada nak kenalkan dengan abang I"

Tak logik jugak tiba-tiba tanya kat orang "bila nak dapat anak?". eh eh macam mana nak jawab tu..kalau tak jawab cakap sombong pulak. unless la kalau you nampak perut dia bulat so bila you tanya dia boleh la jawab "due hujung tahun, doakan selamat ya".

Jadi, tujuan saya menulis entry ini adalah untuk menyeru kepada semua, berhentilah tanya soalan-soalan yang kita dah tau takda definite answer ni. Buat kering tekak ja. Orang pun menyampah dengan kita tau. Kita jangan tambahkan tekanan jiwa kat depa naa...



pppst..jangan tanya bila saya nak habis belajaq na! (Secara tentatifnya 2015, sila doakan)



Imej carian google