Ayasofya, Istanbul |
Winter holiday kali ini saya dan seorang kawan yang tinggal di Manchester berpeluang bermusafir selama sebelas hari ke Turki dengan niat menghayati keindahannya yang sering diperkatakan dan memahami dengan lebih mendalam khazanah sejarah yang tersimpan di sana.
Atas permintaan beberapa rakan, dalam entry kali ini, saya sertakan itinerary ringkas sepanjang berada di sana sebagai rujukan dan panduan semua pembaca kala-kalau ada yang berhajat ingin melancong ke sana.
Kami menaiki pesawat Swiss Airlines dari Manchester, dan singgah transit selama satu jam di Zurich Airport (sempat lah nak check in Forsquare, lol) dan mendarat di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul sekitar jam 5 petang. Wakil tour agent kami sudah siap menunggu untuk pick up dan di hantar ke terminal bas Istanbul. (bagi trip di luar Istanbul, kami mengambil pakej tour).
Hari 1
Tiba di Istanbul, dijemput oleh tour agent untuk ke terminal bas. Kami menaiki overnight bas ke Cappadocia, perjalanan mengambil masa 11 jam.
Tiba di Istanbul, dijemput oleh tour agent untuk ke terminal bas. Kami menaiki overnight bas ke Cappadocia, perjalanan mengambil masa 11 jam.
Hari 2
Tiba di Cappadocia & check in di Cave Hotel.
Tempat dilawati- Goreme open air museum, sekitar Goreme, dan kilang membuat karpet dan seramik.
Hari 3
Hot air balloon tour!
Selepas check out dari hotel, kami menaiki bas ke Konya (5 jam)
Tempat dilawati- Jalaluddin Ar Rumi Tomb, Mosaic Museum, Alâeddin Mosque. Dinner di Konya Mutfagi.
Overnight bus ke Selcuk (9 jam)
Hari 4
Tiba in Selcuk.
Tempat dilawati- The House of the Virgin Mary (Meryemana) dan Ephesus. Sempat juga berjalan-jalan sekitar market (macam pasar malam tapi cuma buka sampai 6pm).
Overnight bus balik ke Istanbul (9 jam)
Overnight bus balik ke Istanbul (9 jam)
Hari 5
Tiba in Istanbul. Check in di Hippodrome Hotel (recommended)
Tempat dilawati- Ayasofya Muzesi dan Blue Mosque (Sultan Ahmet Camii). (Tak banyak dapat cover hari ni sebab tidur lama kepenatan dari perjalanan panjang sebelum ni)
Hari 6
Tempat dilawati- Topkapi, Hippodrome, Panaroma Museum, Bosphorus Cruise,
Beyazid
Hari 7
Tempat dilawati- Eyup, Pierre Loti (Golden Horn), Dolmabahçe Palace, Taksim
Hari 8
Trip ke Bursa – Ulu Camii, Koza Han, dan sekitar
Bursa
Hari 9
Tempat dilawati- Fatih, Sulaimaniye, Grand Bazaar
Hari 10
Trip ke Üsküdar (bahagian Asia bagi Istanbul) – Şakirin Camii, Çamlıca Hill
Eminonu
Hari 11
Sekitar Sutanahmet dan Arasta Bazar. Pulang
Cappadocia |
Perpustakaan di Ephesus |
Hotel yang kami duduk di Istanbul terletak di kawasan Sultanahmet iaitu kawasan tumpuan pelancong. Di sini lah terletaknya Blue Mosque, Ayasofya, Topkapi, beberapa Museum, Basilica Cistern, Arasta Bazar. Banyak hotel di kawasan ni, jadi saya sangat-sangat recommend korang duduk area ni kalau ke sana :)
Harga bagi pakej tour di luar Istanbul termasuk pengangkutan, hotel, makan, hot air balloon, lawatan dan tiket masuk. Bas untuk trip jauh ni semua selesa, disediakan makanan, ada skrin sorang satu macam naik kapal terbang dan wifi. Bas jugak singgah di beberapa 'RnR'. Tempat-tempat dengan tulisan merah adalah tempat yang bagi saya sangat-sangat berbaloi dan 'must go' gitu. Review penuh dan cara-cara ke tempat-tempat menarik akan menyusul dalam entry seterusnya.