Monday, October 14, 2019

Cara Buat Passport Kanak-kanak - UTC Alor Setar



Paling leceh bila nak buat passport terutamanya untuk anak kecil. Prosedur tidak sukar, cuma kena beratur seawal pagi untuk ambil nombor giliran. Jika nasib anda tidak baik, mungkin tak dapat nombor pun, sebab ada kuota harian. Inilah masalah yang dihadapi di cawangan Imegresen di bandar-bandar besar seperti Kajang.

Minggu lepas berpeluang balik ke kampung di Alor Setar pada  hari minggu. Alang-alang di sana, saya ambil keputusan untuk buat passport untuk anak yang berusia 3 tahun.

Kami buat di UTC Alor Setar (di City Plaza) pada hari Rabu. Sampai di UTC pukul 4.30, ambil nombor dan terus dipanggil ke kaunter. Saya dimaklumkan bahawa jika datang hari Ahad, waktu menunggu adalah lebih lama (3-4jam).

Prosedurnya mudah:

1) Serahkan dokumen* kepada pegawai bertugas, dan ambil nombor giliran yang diberi. Perlu tahu tinggi pemohon. Pengukur disediakan di situ. Jika barisan mengambil nombor panjang, eloklah sambil-sambil ukur tinggi.
2) Urusan di kaunter: Ambil gambar* dan cap jari pemohon.
3) Bayar. Kanak-kanak bawah 12 tahun, RM100 untuk tempoh 5 tahun.
4) Passport sedia untuk collection* selepas 1 jam.


*Untuk gambar, perlu memakai pakaian gelap. Rambut mestilah kemas, tidak tutup dahi dan telinga.

*Dokumen diperlukan: Mykid, sijil lahir anak, Mykad salah seorang penjaga.

*Pemohon perlu hadir untuk collection kerana memerlukan cap jari.