Monday, November 15, 2010

Perkahwinan Raja Farah

Sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani...

Sure ingat punyalah dialog iklan ni. Ya, Raja Farah itu lah..sudah kahwen dia. Dulu sangat tak suka lakonan dia. Tambah-tambah masa dia berlakon Manjalara. Gedix betoi. Tapi, sejak tengok lakonan dia dengan Dinas dalam filem Apa Kata Hati, bekenan la pulak :):)





Haa.. ni pengantin glamour itu. Raja Farah Raja Aziz, 22 & Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25. Saya tak pasti pulak encik husbandnya kerja apa..huhu


Muda kan depa ni? Lagi muda dari I pulak tu..(yang perempuannyalah). Raja Farah cakap, depa kenal tak sampai setahun pun..Wahh, macam orang dolu-dolu..hehe..depa ada minat yang sama. Menyelam! best-best nanti pi menyelam sama-sama. Kita ni berenang pun tak tau..ehee..kita pulak, saya lah.


Oh, hantaran pasti lah hot. Artis kan..;-)
Dari pihak lelaki, mas kahwin (RM888) dan cincin, telefon bimbit iPhone 4 (iPhone 4 okey!), minyak wangi (Gucci) dan barang solekan (Dior), set persalinan kain termasuk telekung, sejadah, pulut kuning, sirih junjung, set lengkap al-Quran, tasbih dan rehal.


Dari pihak perempuan pulak, sejadah dan kain pelekat, telefon bimbit iPhone 4, jam tangan (Tissot), Cincin (Habib), kek, dompet dan tali pinggang (Dunhill), minyak wangi (Issey Miyake), sirih junjung, al-Quran dan tasbih.


Pergh, terbaek! Apa-apapun semoga bahagia ke anak cucu ye Raja Farah =)


Sumber berita di sini.





Wednesday, November 10, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Penting ni time-time nak ambek Design yang banyak kena hafal tu. Kekuatan minda tu penting.
Jadi, copy paste letak kat sini.


 Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Monday, November 8, 2010

Haji Menuju Allah

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka


Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Thursday, November 4, 2010

Mari Cuci Hati

PETUA MENCUCI HATI OLEH DATUK DR HAJI FADZILAH KAMSAH

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar
orang mengumpat.



Okey, saya nak pi cuci sekarang T_T