Kulit cantik putih gebu tapi siku hitam? Jangan bimbang. Cubalah petua-petua ini yang boleh dilakukan hanya dalam masa kurang dari 10 minit. Dan hasilnya, sikumu akan kelihatan bersih dan tidak kering. Siku perlu diberi perhatian khusus setiap kali mandi, kerana siku terletak pada bahagian kulit yang cenderung kering kerana terdapat sedikit kelenjar minyak pada kawasan tersebut.
Cara 1
Ambil sebiji buah lemon dan belah kepada dua bahagian. Ramas sebelah lemon pada sebelah siku anda. Biarkan basah selama 10 minit. Lakukan perkara yang sama pada bahagian siku yang lagi satu. Setelah itu, cuci bersih siku dan sapu losyen untuk kulit. Ulangi langkah ini sehingga warna hitam hilang.
Cara 2
Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Insha Allah kesan hitam pada siku akan beransur pudar.
Cara 3
Ambil sebiji limau nipis dibelah dua dan disapu pada siku. Biar selama 10-15minit, kemudian lap dengan tuala yang direndam dengan air suam secara lembut.
Cara 4
Satu sudu minyak kelapa dicampurkan dengan setengah sudu air perahan limau nipis. Sapu pada siku dan bersihkan dengan tuala panas.
Bersihkan dahulu siku dengan sabun, anda boleh menggunakan bantuan span atau loofah, lalu keringkan.
Sapukan sedikit body scrub ke seluruh permukaan siku. Gosok dengan gerakan memutar sekitar 3 minit supaya sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan. Lakukan ini seminggu sekali. Body scrub dapat digantikan dengan hirisan buah lemon. Buah ini berkhasiat melembutkan, menghaluskan sekaligus mencerahkan kulit.
Setelah proses scrubbing selesai, oleskan body butter setiap hari pada siku agar terjaga kelembapannya.
**Semua kaedah-kaedah di atas boleh digunakan pada lutut juga.