Tuesday, April 26, 2011

Harta Karun Dalam Kubur

Baca tak paper hari ni? Ada cerita pasal sekumpulan lelaki yang gali kubur sebab nak ambil harta karun.
Nekad betul budak-budak ni. Tak tau la budak ka orang tua kan. Tapi macam tak matured ja tuh ('.')"      




Sekumpulan tiga lelaki dipercayai terpengaruh dengan kegiatan mencari harta karun sanggup menceroboh dan menggali kubur lama di Kampung Dusun, di sini yang dikatakan tertanam harta dan barangan kemas bernilai lebih RM7 juta.
Kumpulan lelaki yang dipercayai dibantu seorang lelaki kampung itu dikatakan bertindak menceroboh kubur lama berkenaan selepas permintaan mereka dengan imam masjid kampung untuk menggalinya tidak dibenarkan.
Mereka menggunakan pelbagai kaedah untuk memikat imam masjid yang juga penjaga kubur, termasuk berjanji memberikan separuh daripada nilaian harta, tetapi tawaran itu juga tidak diendahkan imam berkenaan.

“Tiga bulan lalu mereka datang berjumpa dan menawarkan RM3.5 juta kepada saya untuk membenarkan beberapa kubur lama yang dikatakan mengandungi harta karun, tetapi saya tidak membenarkannya dan mereka beredar,” kata Abdullah Othman, 73, yang menjadi iman sejak lebih 40 tahun lalu.

Ketika ditemui di kawasan perkuburan itu kelmarin, Abdullah berkata, seorang lelaki dari Kelantan memberitahu di kawasan perkuburan itu tertanam barangan bernilai lebih RM7 juta berdasarkan petunjuk disampaikan seorang dukun dari Indonesia.

Ketika pertemuan itu, kumpulan berkenaan mengajak Abdullah berjalan di sekitar kawasan kubur yang terletak bersebelahan masjid itu yang berusia lebih 100 tahun dan menunjukkan tempat dipercayai tertanam harta karun.
Abdullah berkata, apabila beliau menolak tawaran itu, mereka minta kebenaran untuk mengambil sedikit tanah di kawasan itu untuk dibawa pulang bagi membolehkan seorang dukun dari Indonesia menarik harta karun.

Bagaimanapun, permintaan itu juga tidak dibenarkan Abdullah,
menyebabkan kumpulan itu kecewa dan beredar dari kawasan itu dengan sebuah kenderaan.

“Bagaimanapun, pagi kelmarin pemilik kebun duku bersebelahan kubur lama itu memberitahu melihat beberapa lubang sedalam kira-kira satu meter digali pihak tidak bertanggungjawab di tiga kubur lama di situ.

“Sebelum kejadian ini, saya tidak menceritakan kepada sesiapa mengenai kedatangan mereka kerana bimbang ia boleh menghangatkan lagi cerita harta karun itu hingga menyebabkan ada pihak menceroboh kawasan kubur,” katanya.



Tapai: hurmm..agak-agak depa dapat ka 7 juta tu?

Saturday, April 23, 2011

Sapa Perempuan Comel Rambut Lawa Kulit Gebu?

Tonton video untuk jawapan.







Amboi-amboi laki tu, baru ja aweks pi dah sapu yang lain noh!

Wednesday, April 20, 2011

Kisah sebalik baju kalkulator




Tadaaaa! ok tak casing untuk kalkulator ni? cakap cantik cepat..hehe..ok, comel is acceptable ;p Penat tau buat ni, seminggu jugak lah. Sebabnya banyak buat silap + sambil-sambil buat projek..huhu..Sebenarnya ni order customer untuk hp pouch dia. TAPI SAYA SALAH UKUR...waaaa..sampai muat letak kalkulator lah jadinya..hehe...my roomate yang cadangkan I guna untuk baju kalkulator ni...hehe..lepas ni boleh lah bergaya ke kelas ;p  Maklumlah, kalkulator memang teman setia untuk kami ahli-ahli statistik ni..lagi penting dari hp tau! Kalau takdak ni, maka sia-sialah usaha study macam mana pun tak dapat jawab exam jugak. Ngeri tak? Ok, cukuplah cerita pendek dan ringkas macam ni kan. Bye! :)

Saturday, April 16, 2011

Cara Sujud Syukur

Sejak akhir-akhir ni, rezeki saya murah betul. Selalu bernasib baik pulak tu. Alhamdulillah. Sujud syulur salah satu cara tunjukkan terima kasih kepada Allah sebab kurniakan semua ni. Untuk pastikan cara saya selama ni betul, jadi tadi saya google la..dan saya rasa kena kongsi kat sini. Sebab saya rasa ramai lagi yang tak tahu. Ataupun, tau tapi lupa nak buat.

DEFINASI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.

Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.

Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam

Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

Tuesday, April 12, 2011

Wow, IBU MERTUAKU still exist!

 Jangan keliru dengan tajuk. Of course lah mother in law still exist nowadays kan. Tapi saya bercakap tentang apa?! ahli musik?! ha, that type of 'ibu mertuaku'.

"Kerana mementingkan darjat seorang wanita berusia 50-an didakwa sanggup mengupah sekumpulan tiga samseng bagi membelasah menantunya di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Lebih kejam, wanita terbabit turut mengarahkan kumpulan samseng itu untuk memaksa lelaki berkenaan berusia lewat 20-an supaya menceraikan isteri yang juga anak kandungnya berusia awal 20-an. Difahamkan, tindakan itu dilakukan wanita terbabit kerana tidak merestui hubungan perkahwinan pasangan berkenaan sejak enam bulan lalu kerana hanya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di ibu kota dan tidak mampu memberikan kemewahan kepada anaknya itu, selain tidak setaraf dengannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa cedera pada kepala dan badan selepas dibelasah lebih 30 minit. Tidak berpuas hati dengan tindakan itu selain yakin ibu mentuanya menjadi dalang insiden terbabit, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang menaiki motosikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja mendakwa tiba-tiba dihalang sebuah kereta.

“Selepas itu, tiga lelaki masing-masing berusia lewat 30-an turun daripada kenderaan itu sebelum mengarahkannya menceraikan isterinya.

“Tersentak dengan itu, mangsa mempersoalkan tindakan kumpulan terbabit sebelum cuba untuk meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, tindakan mangsa menyebabkan seorang daripada suspek memaki-hamunnya menyebabkan berlaku pertengkaran lebih 10 minit di kawasan berkenaan.

“Pertengkaran itu yang tidak menemui penghujungnya bertukar pergelutan apabila seorang daripada suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum menumbuk muka mangsa.

“Mangsa yang terjatuh mendakwa bukan saja ditendang, malah turut dipijak ketiga-tiga suspek. Ketika itu, mangsa hanya menahan kesakitan dengan menutup kepalanya menggunakan tangan,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas membelasah mangsa lebih 30 minit, seorang daripada suspek mengarahkan mangsa menceraikan isterinya selain mengugut untuk membelasahnya jika enggan berbuat demikian.

Mangsa yang sudah melangsungkan perkahwinan dengan anak wanita terbabit sejak enam bulan lalu mendapatkan rawatan di sebuah hospital berhampiran kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dia dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan. Sebaik pulang ke rumah dan berbincang dengan isteri serta ahli keluarga lain, mangsa tampil membuat laporan insiden itu kerana yakin ibu mentuanya menjadi dalang.

Difahamkan, ibu mentua mangsa tidak merestui hubungan perkahwinan itu sebaliknya terpaksa bersetuju untuk melangsungkan majlis berkenaan kerana didesak anaknya."



 Kejam tak kejam tak? Kalah drama kan -.-" moral of the story, kalau mak kata no, NO LAH!

sumber: Harian Metro

Felt: Little Pouch With Zip & Love Theme Hp Pouch

Susulan dari penghasilan INI, saya dapat beberapa order untuk buat HP pouch lagi. Hoorayy! Terima kasih sebab bagi kepercayaan kat saya yang masih hijau ni..hehe..Ni order akak Masniwati. She requested for a pouch for her hp Nokia Express Music kot. She gave the measurement. Harap-harap saya buat muat lah ukurannya ye. Sebab dua kali tau saya buat. Mula-mula dah nak siap, suddenly check-check, singkat pulak. Salah perhitungan T_T. Kena modified pulak. 

Dibuat ikut permintaan beliau. Warna pink, pastu gambar love. I used the shank button yang baru beli. I bought 40pcs of assorted shank buttons for RM12. Murah kan? hehe..SALE SALE!



Satu lagi order dari kak Masniwati, bekas untuk letak pendrive & broadband. Nak ada zip. Size sama macam Hp Pouch. Nak warna pink jugak dengan motif bunga. Maka, terhasillah ini

merata la kami carik zip kecik. Susah nak jumpa tau yang size 4 inci. Nasib baik Niko bawak pi kedai kat SS besaq. Dapat la beli. Tapi takda warna-warni. Ada hitam dengan putih ja. Memang macam tu ek?







Lagi 1 order yang selamat di pos kemarin, order dari Mieza.

TQ semua. Ada a few lagi masih dalam proses pembikinan. Sabaq noh. Kami ni curik-curik masa ja buat jahit-jahit ni. InshAllah lepas 24 April, laju la sikit production..hehe...Bye!

Friday, April 8, 2011

Definasi XOXO

xoxo, 
Ann.

Selalu kan tengok signature yang macam ni? Saya tak tau xoxo tu apa. Dah lama konfius, tapi baru tadi ada masa nak google (bajet busy sangat lah). These are what I found,


1) Means hugs and kisses. O=Hug  X=Kiss.
 

2) A game similar to YoYo but played backwards. 
 
 
3) Somewhat unsuccessful ruler of China during the Mung dynasty. Known mainly for the pointless public works projects he began but never finished.
 
 
4)  A fairly expensive clothing line for young to middle aged females that mainly specializes in handbags but is not limited to just those; often found in department stores like Macy's and Foley's.
 
 
Hurm..banyak betul maksud kan. Jadi, I rasa it's just a lazy person's way to say 'hugs and kisses'!
 
 
 
 
xoxo

Tuesday, April 5, 2011

Kat Mana You Boleh Dapat Skirt Lawa

Saya sangat suka skirt. Suka SUKA. Oke, dah over kan budak ni. Just nak share kat sini, mana you guys boleh beli skirt. Online. 1 kelebihan shopping online is there are super murah kalau nak banding dengan shopping offline. But then, the advantages are you don't know the material (only depends on the seller description) and tak boleh try! Jadi, sedia dengan measurement tape masing-masing, on your mark, get set GO!


Jom Shopping (untuk orang yang ada duit SAHAJA)


The Famous MISSLILY SHOP

 My favourite! Duit upah ajar menjahit saya beli ni...hehe..


 Mermaid skirt. Lawa. Cuba tengok MdmLily kita pakai. Skirt-skirt ni dah featured dalam magazines tau. Glamour. Beratoq orang nak beli. P beratoq cepat babe!






 Ni kali kedua kan I post this pic kat blog. Nampak sangat berkenan. kekekeke...




Yang ni lagi sempoi. Boleh tempah ikut ukuran sendiri. Nak labuh ke singkat ke. That's why I suruh sediakan measurement tape tadi. 






Nah, lepas ukur, pilih kaler yang berkenan :)




The Fabulous Misz Kashikaariri


Yang ni banyak gambar customer yang pakai..Tapi, boleh ke saya post kat sini ek? hurmm..takpelah, u all cekidout je kat page ni..But I lekat kat sini pilhan warna yang ada. 



Amacam kawan-kawan, lawa tak? Ok lah saya nak menjahit ni. Kumpul duit beli skirt. Bye!

Sunday, April 3, 2011

Card Untuk Mama

Kemarin 1 April was my mom's birthday. Happy birthday Mama! hehe...Saya bercadang untuk buat kad istimewa tahun ni. Dah lama tak buat kad kan. Rasanya last masa zaman kanak-kanak kot. But, it turn out to be a weird weird weird birthday card. Believe me, I have a better idea, just don't have enough time untuk menzahirkannya ;p. Memang buat kad pun last minit. Esok nak pos, malam ni baru nak buat. Haih. Tahun depan, cuba lagi,


Bulat-bulat aneh tu saya guna foam sheet. Pelik tak? Haha..apapun, I like the colours :) Selain kad and hadiah untuk Mama, pos jugak la hadiah untuk Na. Bagi dia excited sikit. Sepit rambut riben ni pun, buat malam tu. Kalut-kalut ja buat. Nasib baik Na suka...hehe :) Sebenarnya nak buat sepit Minnie, tapi tak siap-siap Minnie nya T_T . Oh, yang background belakang card tu is my tilam. Takdak cadar sebab pi basuh, Dilah nak mai tidoq bilik. Harap berjaya menyediakan tempat penginapan yang kondusif untuk Dilah ni..hehe




Dan keychain bunga yang memang ada dalam simpanan, bagi lah kat Na. Dia gantung kat bag sekolah. Sesuai lah dengan bag Minnie Mouse pink dia tu.




Finally update untuk kali ni, order dari Kak Fefah. Kak Fefah was my classmate last semester but she already completed her master..phewitttt..I jeles u..huhu..she requested buatkan dia keychain gambar katak ni. For her car keys. Yang butterfly ni, memang dah tak sempat nak buat, suruh Fafa jahitkan. Harap Kak Fefah berpuas hati. Terima kasih. Saya jual yee.... ;-)