Tuesday, May 31, 2011

Hukum Bakar Binatang

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya tahu. Sebab kalau tau tapi tak bagitau orang, saya yang salah. Kan? Apa hukumnya membakar binatang? contohnya kita bakar rumah semut, lipas dll. Hukumnya haram sebab syariat Islam mengharamkan penggunaan api untuk membunuh atau menyeksa binatang. Nabi cakap tak ada sapa yang layak seksa makhluk lain dengan api kecuali Allah sahaja.

Kisahnya: Nabi dan beberapa sahabat dalam rombongan perjalanan. Nabi SAW ternampak ada sarang semut yang dibakar. Lalu Nabi SAW bertanya,"Siapa yang membakar sarang ini?" Mereka menjawab "Kami." Lalu Nabi SAW berkata "Sesungguhnya siapa pun tidak layak menyeksa dengan api, kecuali tuhannya api itu sendiri." 

Bukan guna api saja yang tak boleh, penggunaan alat eletrik yang untuk halau nyamuk or lalat tu pun tak boleh. (yang macam raket badminton and ada elektrik bila serangga kena kat raket tu).  Sebab kalau nyamuk etc lalu kat raket ni, dia akan kena renjatan dan terbakar!




Ingat lagi dulu kat sekolah pun ustaz pernah pesan jangan sesekali bakar sarang serangga. Kalau nak membasmi pun, boleh gunakan racun, air dll...Diharapkan agar semua mendapat manfaat dari entri ini. Kalau saya salah, tolong tunjukkan. 






 

Wednesday, May 25, 2011

Felt: Hippo

Masa kita sekolah rendah, ada test spelling kan. I think that is when I started to learn how to spell hippopotamus. Yayy! darjah 3 macam tu la. Ada rhinocerous, granddaughter, refrigerator, sometimes, pineapple...haha..banyak lagi lah perkataan yang panjang-panjang kena hafal masa tu. Tapi saya takdak la dapat 100%. Mesti ada salah. Kalau salah eja 1 perkataan dah tinggal 96% ja T_T. 

Anyway, ni nak update my new craft lah. It's hippo :) Ni sebenarnya design dari Nubla. She is my friend since primary school tau. Masa darjah 4 sekelas. Pi swimming class sama-sama. Tapi sampai sekarang dua-dua orang tak reti berenang lagi..haha :D. Lepas berpisah sekejap, jumpa balik kat maktab. Jadi classmate lagi for another 2 years. Sekarang dia kat cyberjaya. Soon to be a doc tau. Dr Nubla :) 

So, ni lah hasilnya. Lama jugak dia kena tunggu. Sebab I was super busy with my project. Alhamdulillah dah selesai semua bab project, and dapat A! Syukurlah. Rezeki :-) 


Ha, jadi tak jadi tak? Terperinci betul dia bagi. Siap measurement semua..hehe..dia request nak bagi hidung hippo ni gebu. So, I letak fiber sikit...


Ni pencil case. Tapi besar..maybe nak isi stetoscope kot..hehe ;p




Thanks Nubla! Harap berpuas hati lah bila dapat nanti k.

Sunday, May 22, 2011

Pesanan Buat Pengantin

May dan Jun bulan popular untuk kenduri kahwin. Banyak sangat khemah-khemah tumbuh bagaikan cendawa lepas hujan. Saya pun banyak terima jemputan. TQ pada yang jemput. Pada yang tak jemput, saya kecik hati oke T_T. Oklah, kepada pengantin, ni pesanan untuk anda di hari bahagia :)

Nanti time majlis, semua orang nak nampak jelitawan, rupawan, gorgeous etc. Mak andam pun dengan ghairah make up, touch up, etc. Ya lah, pengantin kan raja sehari, kena lah cantik kan. Tapi, perlu di ingat, beberapa perkara! cantik, cantik jugak. Jangan mengundang murka Allah.

1) FAKE EYE LASHES. Haih..berapa kali orang dok habaq tak boleh, dia nak pakai jugak. Bukan lawa tara mana pun kalau pakai tu. Tak cantik pun. Yang Allah bagi tu dah elok padan dah dengan diri kita masing-masing. Kepada parents pengantin pun, tegur dan pantaulah anak-anak anda. Jangan menggalakan pulak ye :) Untuk keterangan lanjut, boleh refer sini.  HUKUM MEMAKAI BULU MATA PALSU. Untuk kecantikan asli pulak, refer sini. TIPS BULU MATA LENTIK.




2) Sanggul. Obvious sekarang trend nak sanggul tinggi-tinggi pulak..Aduhh macam-macam orang ni. dia tak nampak sanggul dia macam mana sebab tu rasa lawa. kan? kami yang memandang ni, menangis dalam hati. Refer sini. PERINGATAN KEPADA WANITA ISLAM.




3) Baju tu jangan yang senipis kulit bawang! Nak lace takpa, tapi buat la lining. Ni tak, sengaja nak tunjuk kulit halu mulus kat seluruh hadirin dan hadirat. Yang pengantin laki pun, tak marah ka orang ushar wife you tu? Bangga ek?




This is a kind reminder to those yang akan berkahwin or tak kahwin pun takpa lah, jangan buat sudah. Kepada semua rakan-rakan yang baru melangsungkan perkahwinan, tahniah. Yang otw this and next month pun, tahniah. Semoga kalian anggun dan beseri-seri nanti dan mendapat keredhaan Nya :)

Tuesday, May 3, 2011

Masa Menjahit Makin Kurang

Banyak hari jugak tak menaip. Currently hari-hariku seperti sedikit chaos. Macam-macam kena settle. Tadi dah pi ambek Buku Kesihatan (tak ingat the exact term) kat pejabat pendaftar. Tadi pun ulang-alik pi pejabat pos, poskan customer order. Letih la jugak. Esok nak uruskan claim duit yang buat medical check up hari tu. Harap-harap bejalan lancar dan takdak masalah. 

Minggu ni kena siapkan draft projek. Semalam baru balik dari Alor Star. Seronok. Tapi sat ja kat rumah tu...This coming weekend balik lagi..hehe..sebab nak ambek kereta. Nasib baik along free, leh tolong bawak mai sini. huhu..kalau tak, masalah jugak tuh.

Sekarang dah mengantok. Cuma nak update order-order yang dah dipos.





yang ni pulak hair clips untuk Na, bagi dia masa balik week end lepas. Suka sebab ramai orang puji cantik..keke ;-) Saya dah beli hot glue gun. Tu yang senang nak buat hair clips ni. Buat time lunch hour tu ja...



A few more orders to go! Chayok2