Wednesday, June 22, 2011

Saya Nak Belajar Menulis

Lima tahun dulu, saya memang enjoy kalau kena buat English essay. Tambah-tambah kalau essay cereka. Laju ja mengarang, sampai tak tau nak ending macam mana. Tapi sejak usia meningkat ni, sejak habis matrik memang tak pernah mengarang dah. Dan bila sekarang kena ambek IELTS, baru nak terkapai-kapai. Nak mula tulis pun dah tak tau macam mana. Haih. Masa memang merubah segala.

Mula la gelabah tak tau macam mana nak handle. Tapi, dari contoh-contoh yang tengok kat internet tadi, depa pakat buat dalam 4 ke 5 perenggan ja. Tak panjang pun..dalam 250-265 perkataan saja. Hurm..apa yang buat jadi susah is, TAJUK! adoi..memang intelektual punya tajuk. Kena ada idea baru boleh tulis kan..tak kira tahap mana pun penguasaan English kita, kalau tak tau nak tulis apa, apa-pun-tak-boleh lah.


Nak pi kelas persediaan tu susah la pulak. Sebab tak reti lah nak drive pi sana. Jadi, cuma NAK buat latihan yang ambek dari Afzan ja kot. NAK. sebab tak start apa lagi. Sempat tak ni? Sapa2 yang ada tips, kongsi la neh...


Ni baru kalut bab writing. Belom masuk reading, speaking, listening. hadoih.



BERUSAHA BERJAYA. kalau tak berjaya, jangan berputus asa. T_T


2 comments:

  1. ha3... berusaha... senang jer. praktis tiap2 ari. insyaAllah berhasil.

    ReplyDelete