Wednesday, November 30, 2011

Kanak-kanak Maut Dibasuh dalam Mesin

Di Paris seorang kanak-kanak lelaki, Bastien (3 tahun) maut apabila bapanya 'membasuh'nya di dalam mesin basuh! Ayah kanak-kanak tu (33 tahun) ingin menghukum anaknya kerana membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas dengan memasukkannya ke dalam mesin basuh dan menghidupkan suis.

Petikan dari Metro:
Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga. Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu. “Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.

  Pasangan suami isteri ni tetap bertegas mengatakan anak lelaki mereka jatuh tangga. Tapi, anak perempuan pasangan itu (5 tahun) mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku. Kadangkala dia dikunci dalam almari pakaian selama dua jam


Kalau ya pun budak-budak tu nakal, agak-agak la kan. Bagi la hukuman yang rasional dan tak mudarat. Bertindak dengan bijak. Jangan dah jadi macam ni baru nak menyesal.






Sumber berita: Harian Metro

Saturday, November 19, 2011

Why we love her.

Takungan air mata dia diactivatekan oleh frekuensi suara yang tinggi. Buktinya, kalau kita tinggi suara sikit ja dari biasa, terus air mata dia mengalir. Mengalir tau bukan menitik lagi dah. Tapi mulut tak bunyi la..berlinang ja


Matang. Contoh: kalau dia merajuk atau terasa hati dengan kami, dia akan masuk bilik tutup pintu. Dok dalam tu beberapa ketika, selesai dia muhasabah diri dia keluaq la. Macam biasa ja. Tak payah nak teruk2 pujuk pun.


Kalau salah sorang dari kami nak pi mana-mana, mesti dia nak ikut. Otak macam GPS. Jalan semua tau. Memang bagus la jadi tour guide saya :)


Pakej dengan Mama. asyik nak berkepit saja. Kalau orang lain dok kat Mama, mesti dia mai kacau. Jeles la tu..tapi saya selalu marah "Jangan nak buat perangai dengan angah". Terus muncung. HAHA.


Suka makan. Yang ni sama ja kami semua adik beradik. Tapi, dia suka makan orang punya. Dia kata "sedap orang punya". Contoh, kalau kat kedai makan, dia order mee sup. Tapi, mesti end up dengan dia habiskan kteow goreng mama, atau chicken chop saya, atau sizzling noodle Iyah. Annoyingggg! haha..kadang-kadang memang marah la. Tak kenyang la saya kalau macam tu!



Nano.



Bila teringat perangai-perangai dia, mesti rasa nak balik rumah sekarang jugak. Tak boleh tunggu lagi. Jadi, walaupun bulan ni dah balik raya haji hari tu, tetap jugak nak balik lagi minggu depan. Saya dengan semangatnya dah beli tiket online. Tiket bas ja. Kali ni nak naik MARA Liner pulak. Sebab dah kecewa lah dengan Transnasional. Selalu setia dengan kamu tapi kamu punya servis macam-macam hal lah :'(


Okey Nano, jumpa next weekend! =)

Monday, November 14, 2011

First Attempt Using PVC

Dah beberapa bulan tak menjahit, semalam cuba la berkarya lagi. Tapi kali ni cuba guna PVC instead of felt. Buat corak simple saja dulu. Test. Ada beberapa perbezaan la dari segi jahitan kalau dibandingkan dengan jahit felt.

1) PVC bentuk dia dah tetap. maksudnya, kita kena potong betul-betul dah. Kalau felt kan boleh tarik-tarik lagi...Lagi satu, PVC ni sebelah ja boleh guna. Jadi kalau nak buat corak yang bukan simetri, kita tak boleh potong dua keping yang sama. Kena buat mirror image. Faham tak?


2) Kalau felt, salah jahit/masuk jarum, kita boleh reversekan jarum. Tarik keluar balik. Tapi PVC tak bolehhh. Jadi kena masuk jarum betul-betul dah.


Yang lain-lain tu sama saja kot buat masa ni. Cuma hasilnya nampak lebih kemas la sebab tak berbulu-bulu. Tak payah nak trim :)



Kawan baru c3 :)


Sapa nak? saya rajin nak buatkan..haha

Friday, November 11, 2011

Izinkan Selamanya Namamu di Hati


Masa kecik-kecik dulu.

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

 Gambar sekadar hiasan perut. Sumber: Google.

 Nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(macam ustaz Ismail Kamus ajar)




Ni saya dapat dari FB. Katanya lagi, Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.


Jom try!


LIKE it if you like :)