Wednesday, November 30, 2011

Kanak-kanak Maut Dibasuh dalam Mesin

Di Paris seorang kanak-kanak lelaki, Bastien (3 tahun) maut apabila bapanya 'membasuh'nya di dalam mesin basuh! Ayah kanak-kanak tu (33 tahun) ingin menghukum anaknya kerana membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas dengan memasukkannya ke dalam mesin basuh dan menghidupkan suis.

Petikan dari Metro:
Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga. Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu. “Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.

  Pasangan suami isteri ni tetap bertegas mengatakan anak lelaki mereka jatuh tangga. Tapi, anak perempuan pasangan itu (5 tahun) mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku. Kadangkala dia dikunci dalam almari pakaian selama dua jam


Kalau ya pun budak-budak tu nakal, agak-agak la kan. Bagi la hukuman yang rasional dan tak mudarat. Bertindak dengan bijak. Jangan dah jadi macam ni baru nak menyesal.






Sumber berita: Harian Metro

2 comments: