Saturday, October 26, 2013

Kawen.

Dah masuk 26 ni kawan-kawan seangkatan pakat mendirikan masjid. Ramai-ramai yang dah kahwin, ramai lagi yang belum. Jadi yang belum ni pakat dok stress sebab orang asyik dok tanya bila nak kahwin bila nak kahwin. For some reasons, people hardly ask me this question. Mungkin sebab saya nampak muda kot *ehem ehem*, atau mungkin sebab saya masih sekolah. Mungkin jugak orang memang tak kisah pun :P

Ramai kawan yang mengadu geram, stress, bosan, dan pelbagai perasaan negatif lain bila terlalu kerap dihujani soalan macam ni. Kawan-kawan yang kerja cikgu hari-hari pi sekolah kena jawab soalan sama. Apa pun tak boleh. Lain la kalau you kawan baik dia, logik akal jugak la kalau nak tanya ( jangan lupa buat muka cheeky ).  Ya la, kita tak tau orang tu baru putus cinta ka, boyfriend baru meninggal ka, banyak sangat pilihan sampai tak terpilih ka, atau masih mencari yang sepadan etc etc.

Bayangkan, kalau dah pi kenduri, jumpa 10 orang, sepuluh-sepuluh orang tanya soalan tu mana la tak hangin kawan. Balik rumah terus buat luahan kat FB. lol. Ada yang siap hafal skema jawapan sebelum pi kenduri, senang nak jawab.

I know, we know Malaysian are very prihatin. Tapi tak perlu tanya bila dia nak kahwin kecuali kalau you ada calon nak kenenkan, boleh la cakap macam ni "you dah ada rancangan nak kahwin ke? kalau belum I ada nak kenalkan dengan abang I"

Tak logik jugak tiba-tiba tanya kat orang "bila nak dapat anak?". eh eh macam mana nak jawab tu..kalau tak jawab cakap sombong pulak. unless la kalau you nampak perut dia bulat so bila you tanya dia boleh la jawab "due hujung tahun, doakan selamat ya".

Jadi, tujuan saya menulis entry ini adalah untuk menyeru kepada semua, berhentilah tanya soalan-soalan yang kita dah tau takda definite answer ni. Buat kering tekak ja. Orang pun menyampah dengan kita tau. Kita jangan tambahkan tekanan jiwa kat depa naa...



pppst..jangan tanya bila saya nak habis belajaq na! (Secara tentatifnya 2015, sila doakan)



Imej carian google

1 comment:

  1. sy dh hafal skema jawapan... hahaha... dorg igt sng ke nk cr laki yg setaraf?

    ReplyDelete