Sunday, November 24, 2013

Edinburgh Christmas Markets 2013 (Preview)

Edinburgh Christmas Markets are now open until 5 January 2014. This is a sneak-peak entry for those who haven't got the opportunity to go. I believe this is the most awaited event every year. I spent about one hour there last night to see what it is all about (last year I went back to my hometown during winter, so no chance to go).

There are three markets;  
European Market - located at Mound precint and East Princes Street Gardens
Children’s Market - located at St Andrew Square
Edinburgh’s Scottish Market - also at St Andrew Square


Opening time : 
Sunday – Thursday 10am – 9pm 
Friday and Saturday 10am – 10pm




  The Big Wheel has weather-proof pods, six people per seating. 
Cost £8 for adult and £6 for kids.
 


Booths.


.
.
.
.

 They also have Christmas Tree Maze and Santa Train.
Next time I'm going to try the maze. If we manage to find our way out from the maze, Santa’s helper’s will be waiting for you with a present! Only £4 for adult and children.







 Carousel




Below are preview of the Children's Market and  Edinburgh’s Scottish Market at St Andrew Square.




This is the Star Flyer, with 60 meters high! Although we are way below them, we can clearly hear their screams of excitement (or fear!). Last ride is at 9.50pm. £7.50 per ride.









 On the way back, we walked along the George Street. Amazed by this beautiful building, we spent quite some time trying to capture a decent photo of this. Failed. I thought because I'm too short to get a full view of it, but now I realise I should simply move further backwards to get that desired shot. *facepalm*



The Dome



You can buy tickets for all rides and other attraction there or book online. Booking online entitled you for 10%  discounts. Book here https://www.edinburghschristmas.com/ridesandattractions.
Friends who are struggling for this coming exams, no worries! Remember all these fun last until 5 January ;-) 
Lepas exam nak duduk pagi sampai malam pun boleh bah. 




Friday, November 8, 2013

Tips Hadapi Musim Sejuk (Dan cara kurangkan sejuk)

Dijangkakan musim sejuk kali ni akan lebih buruk dari tahun 2010. Dari cerita kawan-kawan di sini, memang teruk tahun tu. Salji paras lutut, bas tak beroperasi, tak dapat pi kedai beli makanan etc. Pergerakan pun terbatas. Jalan kaki yang 20 minit jadi 2 jam. Sorang kawan saya, dah trauma sejak tu, jadi setiap kali winter dia akan balik negara dia. Tak sanggup lalui dah. 


Haa..nervous tak? jangan nervous, meh saya kongsikan tips/ apa yang perlu kita semua siap sedia untuk winter yang nampak gayanya tak lama lagi.


1) Buat persediaan untuk emergency
Simpan stok makanan (non-perishable food) cukup untuk beberapa hari. Jadi kalau tak dapat keluar rumah masa salji lebat, ada makanan untuk survival kehidupan.


2) Selimut tambahan
Semua dah ada duvet tebal-tebal. Selain duvet, saya ada fleece blanket. Walaupun nipis, tapi warm dan sedap. Layerkan dengan duvet biasa. Boleh jugak buat selimut time tengok TV atas sofa. Cara nak kekal panas, letak selimut banyak-banyak atas katil, dan masuk dalam tu. Mengekalkan haba badan anda dalam ruang yang tertutup is the key to help you kekal se-panas yang mungkin.


3) Lampu suluh & mancis
Sepanjang duduk sini belum pernah terputus bekalan elektrik lagi. Tapi kalau ribut salji nanti mana tau blackout pulak kan, jadi elok ada spare lampu suluh atau mancis. Musim sejuk ni, pukul 4 pun dah gelap. Kalau takdak lampu, memang apa pun tak boleh buat. Kalau dah ada torchlight, check batteries masih elok tak.


4) Bekalan ubatan
Ubat batuk, selsema, demam siapkan awal-awal. Sini memang susah nak jumpa doktor. Jadi ubat-ubat ni beli ja kat kedai/farmasi siap-siap sebelum sakit. Kalau dah sakit, tak kuasa nak keluar pi beli sejuk-sejuk pulak tu. Elok jugak ambek vitamin tambahan untuk imunisasi sebab nanti kiri kanan orang bersin. Saya ambek Vitamin C (sebab tak makan buah-buahan).


5) Peka dengan berita
Sentiasa aware dengan keadaan cuaca semasa. Boleh subscribe updates bagi kawasan masing-masing melalui Twitter, Facebook, selalu tengok TV dan baca surat khabar. Selalu kat twitter ada update keadaan terkini, jadi boleh bersedia. Untuk pelajar universiti, kalau cuaca terlalu buruk, akan dapat email jugak. Alert masing-masing!


6) Dehumidifier
Beli benda ni banyak-banyak. Bentuk dia macam Thirsty Hippo. Ada jugak jenis yang boleh gantung. Elok letak dalam bilik, tandas, almari. Untuk elakkan berkulat. Sebab musim sejuk sangat berair. Nanti boleh rasa cadar, baju semua lembab.


7) Elakkan paip beku
Bila suhu terlalu sejuk, paip akan membeku. Bila beku, air tak keluar. Cara elakkan, sebelum tidur pastikan semua paip terbuka sikit. Biar air menitis sikit-sikit sebab kalau sentiasa mengalir akan elakkan paip dari membeku.


8) Tutup lubang
Tutup semua lubang bawah pintu, atau tingkap dengan kain. Selalu ada gap di pintu dan tingkap kan, selalu kita buat tak kisah ja kan, lepas tu angin sejuk masuk, komplen sejuk. Tarik langsir jugak untuk memerangkap haba.


9) Layering
Pakai baju lapis-lapis. Jangan pakai 1 jaket super tebal saja. The trick is, berlapi-lapis. Pakai baju cotton dulu, supaya sedap ja kena kulit. Lepas tu layer lah dengan wool, jumper kait-kait etc. Last sekali jacket. Pakai stokin tebal untuk winter. Ada wool socks yang sedap, foot warmer pun sedap. Seluar pun boleh layerkan dengan thights.


10) Tutup kepala!
Kita kehilangan banyak haba dari bahagian atas kepala, jadi pastikan ditutup. Pakai hood atau snow hats (sangat cute lelaki pakai serkup kepala). Yang pakai tudung pun sejuk sebenarnya, tambah-tambah tudung bawal. Pakai lah hood. 



Sekian untuk perkongsian kali ni. Saya pun baru sekali pernah hadap winter. Kawan-kawan yang dah banyak pengalaman, sudi lah kiranya share dengan kami ya. Boleh tinggalkan komen. Terima kasih :) 



Saturday, November 2, 2013

The Birth Place of Harry Potter (Review)

J K Rowling mula menulis novel termasyhur beliau, Harry Potter di sebuah kafe di Edinburgh ni lah... Beliau selalu datang sini dan duduk kat seat yang menghadap Edinburgh Castle. Carik ilham la tu...


Saya bukan peminat Harry Potter, tengok filem pertama saja. Novel langsung tak baca. Housemate saya, Che Pah (CP) peminat Harry Potter siap beli xbox game Harry Potter Lego. lol. Jadi bila dia dan Mei nak pi kafe ni saya join ja, just to get the experience.



The Elephant House. Kafe ni terletak di George IV Bridge. Boleh jalan kaki ke sini dari Royal Mile. Bahagian luar warna merah.

Merah ye kat luar tu. Nampak tak orang belakang tu, punya lama cakap telefon depan tu. Orang nak ambek gambar dengan sign "The Birth Place of Harry Potter". *sigh*


Orang selalu ramai kat sini terutama weekend. Bila sampai, terus beratur kat kaunter. Macam KFC, order, bayar dan bawak ke tempat. Orang cakap kalau peak hour, boleh beratur sampai setengah jam! Antara menu yang ada, salad, sandwich, pie, kek, kopi, mocca, benda-benda macam tu lah. Kafe kan...Lasagna pun ada, tapi tak halal :'(



Bagi saya makanan tak la superb. Harga pun tak la murah. Mungkin banyak pengunjung sebab si Harry Potter tu saja kot. Dah la pelayan dia tak mesra. Siap sorang tu mai kemas meja kami masa kami tak habis makan lagi T_T

Saya makan ni.


Suasana dalam tu lawa, tapi tak la boleh duduk relax-relax sembang. Sebab bising orang ramai. Lagipun pelayan asyik nak kemas meja ja kerjanya. Ada banyak gambar-gambar J K Rowling dalam ni. Dalam tandas pun banyak tulisan-tulisan tentang dia kot. Saya tak masuk pun. Hiasan banyak motif gajah-gajah. Macam Indian style saya rasa.

Musim panas katanya....





Apapun, jika anda peminat Harry Potter dan berada di Edinburgh, you definitely should go!



Akhirnya gembira dapat ambek gambar depan ni. Kredit gambar: Mei.