Saturday, December 28, 2019

10 Barang Perlu Dibawa ke Island Hopping - Krabi




Krabi adalah antara destnasi percutian popular kerana mempunyai pulau-pulau yang cantik. Air laut yang jernih, pasir pantai putih cantik, facilities yang baik di pulau di tambah dengan cuaca yang baik antara faktor tarikan Krabi. Tidak sah lawatan ke Krabi jika tidak menyertai island hopping. Terdapat banyak pilihan pulau yang boleh dilawati. Diuruskan dengan baik oleh pengusaha-pengusaha pakej di sini. Bagi yang akan island hopping, baca senarai 10 barang mesti bawa ini untuk pastikan anda menikmati pengalaman island hopping maksumum!

Jika bukan musim hujan (Nov-April), cuaca di sini sangat cerah. Ini bonus, di samping dapat main laut sepuasnya, gambar-gambar anda juga dah tentu cantik. Tapi, untuk perlindungan sepanjang 6-8 jam trip, pastikan anda bawa

1) Topi
2) Cermin mata hitam
3) Sunblock - jangan lupa pakaikan untuk anak kecil juga

4) Alas lapik duduk/barang/picnic - Banyak tikar dijual dengan murah di Ao Nang (sekitar RM10). Jika ingin jimatkan ruang bag, boleh bawa alas meja (lebih nipis), atau travel towel besar.

5) Pouch Hp kalis air - Selain digunakan semasa bermain air, ini juga berguna jika anda memilih untuk naik longtail boat. Boat jenis ini tidak bertutup, dan akan ada percikan air laut semasa bergerak. Banyak dijual di Mr Diy dan Shopee. 

6) Pakaian ganti - terutama untuk anak kecil. 

7) Dry bag - juga penting terutamata jika naik longtail boat. Ada jual di Decathlon dan kedai outdoor sports yang lain. Juga banyak di jual sekitar Ao Nang.

8) Towel - boleh bawa travel tour, lebih nipis dan ringan

9) snek - bila main air dan sejuk, perut mesti lapar. Eloklah bawa sedikit kudapan untuk isi perut. Selalunya pakej island hopping dah include nasi untuk lunch. Boleh bawa yang ringan seperti buah, biskut atau burger CP yang popular tu. 

10) Pakaian renang/selipar/snorkelling socks- 

No comments:

Post a Comment