Friday, March 4, 2011

Sayangku Oii!

"Bercinta cinta juga, tapi ingat dirimu. Jangan sampai terluka nanti hancur hidupmu" Dari kecik-kecik memang Wahid dah nasihat kat saya macam ni. Jadi memang membesar dengan phrase ni. Selalu terngiang-ngiang kat telinga ni. Haha..Wahid mana lagi, Wahid Senario lah. Kan ada lagu dia tu...dulu kecik-kecik suka sangat dengaq lagu depa. Sampai sekarang hafal lagi ;p Tapi rasanya tak ramai yang tau kan. Jadi saya share kat sini. Haa..baru la korang takot sikit nak bercinta kan kan kan..haha



Tambah-tambah budak sekolah. Jangan asik nak bercinta ja. Pi sekolah mengaji noh. Bukan mengedate. Balik rumah baca buku. Jangan baca sms ja. Okey? ;-) Chow.








Sedap kan suara dia (^_^). Macam biasa lah, letak video yang ada lirik untuk kita praktis sama-sama. Okey tak?

Monday, February 28, 2011

Evolusi Jahitan Saya

Dah lama kata nak upload hasil karya seni tapi tak upload pun. Janji kosong ja kan? Huhu..sekarang saya upload ni..tengok dengan teliti. Pastu komen dengan berhati-hati..haha


Hasil pertama. Masa ni takdak idea, takdak templet. Kemahiran menjahit pun rasanya yang Form 3 dulu tu ja. Memang lah haru. Takyah zoom pun boleh nampak jahitan yang teruk. Tapi takpa. Kita belajar dari pengalaman. Ya tak?




Eewww..teruk teruk teruk!
Tidak berputus asa, cuba buat key chain pulak. Dengan template dari internet, terhasilah bird 

Mata tak lawa buat macam tu kan. Tapi takdak black beads untuk mata. Felt hitam pun takdak. Masa ni guna bahan-bahan dari pack yang beli dari Suha. Kecuali riben tu saya beli kat Jalan TAR.



Yang ni giraffe untuk hp Iyah. Tapi tempat hp strap tu kat badan, jadi bila gantung giraffe tu terbalik ;p Nak buat kat kepala dia, tapi kecik sangat. Tak reti. Ni paling susah lah setakat ni. Seharian buat. Sebab kecik sangat. Pastu berbintik-bintik pulak. Haih.



 Seterusnya, buat keychain pulak. Bentuk hati. This is my favourite so far. Macam mana nak taip bentuk love kat blog? Tak reti la...huhu..tolong ajaq sat T_T



 This one I tak tau lah apa. Fafa called it Angkasawan. Tyra called it Plankton..haha..apapun, tak lawa sebab tali halus kat atas tu senget lagi. Sebabnya dah terlajak jahit. Tapi malas nak bukak balik jahitan tu..hehe...Lepas tu buat bunga pulak. Semangat masa ni. Guna felt pack dari BudgetCraft pulak.




 Yang ni sat ja nak buat. Design jumpa somewhere dari Encik Google.




Lepas buat keychain dengan hp charm, cubaan buat brooch pulak..hehe..Tapi yang ni belom letak pin kat belakang lagi.



Hurmm..tu ja dulu setakat ni. Simpan yang lain untuk entry lain. Padahal dah takdak yang lain. Memandangkan masih baru dengan jahit menjahit ni, saya rasa susah lah buat benda-benda ni. Part paling tak suka, time gunting felt.Susahhh! Oh, say hi to my cikgu kelas jahit. Cik Fafa. bukan cikgu saya ja, Aini sekali.


Sebarang komen adalah di alu-alukan :-)



Kualiti gambar tak bagus. guna C3.

Tuesday, February 22, 2011

Macam Mana Nak Main Twitter??

Adehh..so yesteryears la Hani Syahida ini. Main twitter pun tak tau. Padahal account dah lama ada. Tapi dibiarkan sepi...Tapi tadi, selepas stress buat assignment tak dapat-dapat, layan lah twitter jap. (sebenarnya ada mission tu yang on twitter). Nasib baik ingat lagi password. Siap refer THE TWITTER TUTORIAL lagi. bahahah...dah faham sikit kot. Jadi, follow me ya ! ;-)




Sunday, February 20, 2011

Kat Mana You Boleh Beli Baju Lawa

Hari ni saya nak kongsi dengan anda kat mana nak beli baju-baju lawa dan comel tanpa memudaratkan poket anda :):) Jom layannn...




Baju ni sweet sangat kan. The colour, the beads memang menyerlahkan ciri-ciri kewanitaanmu..hehe..I like. Lawa tak kalau saya pakai pink? ermmm....



Yang ni pun saya bekenan jugak. Mini dress. Jangan pakai yang ni saja pulak. Sexy! no no no..hehe..You can wear it with your cardigan or jacket for a trendy look. Nak senang, sarung inner ja ;-)



 This black mini dress come with gorgeous beads. Err..beads ka besaq macam tu..macam batu-batu la..lawa kaler dia..



Selain dress, ada kemeja jugak..AND lots of cardigans. Maklumlah, despite of the hot weather in Malaysia,  rata-rata orang suka pakai cardi. Jadi kat sini ada banyak variety.  You'll be spoiled with the choices.





 My favourite. Puff sleeved memang in lah sekarang ni kan. Plus labuh...sopan gitu






The excitement doesn't stop here. There's a lot more girls. 




Yang skirt ni idaman hati. Hehe..tunggu lah satu hari nanti ;-) Rasa macam nak letak semua gambar kat sini. Semua Cantik. Kang marah pulak tuan kedai...hehe..jangan lupa tau. Lawat http://www.facebook.com/misslilyshop atau http://misslilyshop.blogspot.com/