Saturday, March 24, 2012

Tenang sayang, ku pasti akan datang




Apa lagu famous kat radio sekarang? Lagu ni ada tak? Saya suka sangat lagu ni (buat masa ni la). Sebelum pi school, sesi karaoke dulu kat bilik.

Mesti nak cakap, kalau ngaji lagi baik kan...kalau ngaji saya tak cerita kat sini. Nanti kata riak pulak. 



Dulu selalu layan lagu-lagu Indonesia dengan Fafa. Suara depa memang sedap. 


Kangen Band - Yakinlah Aku Menjemputmu
Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagat raya tahu


Sila jangan terpengaruh dengan lagu ini jika anda belum berumah tangga.

Friday, March 23, 2012

Zulhuzaimy





I just knew he can sing!
Tambah satu lagi sebab nak minat kat dia..
pandai main piano, gitar.
Pandai berlakon.



First time tengok dia berlakon cerita Intan Mahsuri. Dengan Umie Aida...dia jadi Mustakim. Sungguh kacak!


Teringat kat maktab dulu, Dilah letak gambaq dia besaq dalam buku apa tah ;-)

Tuesday, March 20, 2012

Shopping di ASDA

Merantau di tempat orang, jauh dari keluarga dan kawan-kawan membuatkan kita jadi kreatif. Macam Suhana yang kreatif buat nasi himpit dalam tupperware. Saya terinovasi sikit pagi ni, masak air dalam rice cooker :) Maybe ada musafir-musafir lain dah penah try. Tapi musafir muda ini baru pertama kali cuba..hehe


Tadi Yumn teman saya pi shopping barang-barang keperluan kat ASDA. ASDA ni macam Tesco, Giant, Carefour..lebih kurang la..Kedai ni bukak 24 jam. Nak cakap dekat tu, tak jugak la. Betul la orang cakap, walaupun duit sini mahal dari Malaysia, tapi nilai dia tinggi. Contohnya, dengan 1 pound macam-macam boleh beli. Tadi saya beli sangat banyak barang (kalau kat Malaysia memang dah lebih seratus ringgit). Tapi kat sini baru 38 pound. Jadi kesimpulannya, sama ja lah...lebih kurang.

Kat ASDA boleh shopping online jugak. Jadi kalau beli beras berkilo2, gula sekampit, minyak sebotol,  tak payah la nak angkut naik bas. Order online ja. Nanti dorang hantar. Tapi, memandangkan akaun bank saya tak settle lagi, tak dapat la nak buat.


susah jugak nak shopping stok makanan. Saya asyik tanya Yumn je halal ke tak halal ke tak..hehe..Kesian dia penat layan saya. Tapi dah beli macam-macam tadi. Harap dapat bertahan seminggu dua...Sebab kalau nak pi beli sendiri, macam seram ja T_T
 

Tengah hari tadi Yumn teman saya makan kat The Piece. salah satu cafe kat Heriot-Watt. Kat sini ada ayam halalan thoiyiba (centu ka eja?). Tapi, takdak la nasik ayam..ada pizza, passini ( tak ingat la ejaannya), dan apa lagi tah..nama pun payah nak ingat. Tadi saya makan Passini chicken and cheese (sirius tak ingat nama dia. esok saya tengok balik). Dia macam roti john..tapi roti dia keras sikit la..


Balik tadi pun sorang ja naik bas. Naik berdua, tapi Yumn dah turun dulu kat rumah dia. Jadi sampai Heriot Watt sorang-sorang. Dah pukul 8 masa tu. memang gelap..jalan ikut kata hati ja. Lalu jalan tak pernah lalu..sebab kalau nak ikut jalan biasa, jauh lagi. Bas berhenti kat belakang sikit. Nasib baik sampai dengan selamat. Alhamdulillah...


Yumn kawan baru saya. Student PhD jugak..actuarial science. Tapi dia dah nak balik :'( Budak-budak undergrad Malaysian pun nak balik dah bulan 6 ni. Tinggallah daku Melayu seorang di bumi asing ini.


Tadi terbeli pasta sauce yang contain red wine. Huhu...rugi rugi..1 pound harga dia. Dah bagi kat flatmates. Dikira sedekah tak?


Rak makanan separuh penuh. Ada lagi dalam bag makanan. Belum sempat mengemas bilik. Dah 2 hari kat sini takdak mood lagi nak kemas. Barang semua dalam luggage lagi. Dalam peti ais pun dah simpan.


Mama mesti suka kan gula dengan garam dalam bekas macam ni? Hehe...


Jumpa lagi. Bye!

Saturday, March 17, 2012

Percutian di UK

Hari ni Mama, Abah dan Na dah berlepas pulang ke tanah air :'( tinggal lah daku seorang merantau di bumi asing ini. Sekarang saya tumpang rumah kawan. (wi fi pun pinjam dia punya). Dia pandai masak..kena berguru ni ;-)

Kebetulan cuti sekolah, jadi di samping nak hantaq saya mai sini, holiday sekali. Iyah tak mai sebab UUM tak cuti. Nanti ajak along mai noh! Since family masih di sini + belum start officially as student, saya anggap bercuti la noh. Next week baru berjuang.



Nak mengarang cerita penuh belum sempat lagi. Jadi entry ni sekadar kompilasi cerita-cerita di sebalik gambaq. Cekidout.

CERITA TIDAK MENGIKUT TURUTAN

Di London. sebab transit dari Heath trow ke Edinburgh lebih dari 10 jam, jadi kami naik taxi ke rumah cikgu Khairul di Malaysia Hall. Masa ni abah tak sihat sikit...berehat dan makan-makan kat sana. Makan nasik lemak :) masa mula-mula turun flight kat London ni sangat sejuk. 5 celcius! Masa jalan-jalan shopping ni, tak sesejuk tu..tapi gambaq ni nampak saja panas terik, hakikatnya sejuk ketaqq!


Di Heathrow sementara tunggu flight ke Edinburgh. Delay la pulak!




Jurys Inn. Hotel memang terbaik. Cantik dan bersih dan besar. Receptionist pun ramah tamah. Recommended untuk sapa-sapa yang nak mai sini :) Nak jalan pi shopping souvenir pun dekat ja..Tapi, souvenir kat sini JAUH LEBIH MAHAL dari London. Kenapa ya?



Nicolson Street. Banyak kedai makan halal.Kitchen Mousque, Kebab Mahal, apa mahal lagi tah...hehe..ada jugak Mediterranean food halal.


bukan phone booth kat Genting tew . Yang ni along Royal Mile. ada banyak.


 Kuda ku lari gagah berani....Ni dekat dengan Princess Street. Nak naik bas ke Heriot Watt. Jauh bejalan nak cari bus stop.


Nampak tak, Na yang paling seronok. Takdak stress pun. Ni gambar kat Heriot Watt. selamat jugak sampai even ambek masa panjang. TQ kat Suhana sebab bagi mama pinjam jaket hitam tu. Abah pakai jaket yang baru beli kat Royal Mile. 


Banyakkkk cerita lagi nak habaq. Tapi tak sempat nak upload sekarang. Nanti pulak ya. Semoga depa selamat sampai Malaysia esok. Rehat panjang...


cepat himpun duit nak balik Malaysia. Untuk membantu misi saya ni, sila klik Nuffnang ;-)


Jumpa lagi!