Saturday, June 26, 2010

Apa itu distort?

Ashraf kata tulisan kat header yang saya pakai sebelum ni distort. Distort? Apakah?? Bahasa Inggeris saya semakin berhabuk sampai pekataan yang familiar didengar pun tak tau maksud apa. Kalau tanya Ashraf konfem dia suruh google. Dah tau dah. Takyah tanya dia, terus bukak kamus bagai. Bukan faham sangat pun. Tapi kesimpulan yang saya faham maybe tulisan dalam header tu 'beketak-ketak' Tak smooth line dia..Hurm..betoi ka maksud centu?



boleh klik utuk tumbesaran header yang sihat
ni header yang 'distort' itu



Sebab tu malam ni buat baru (seperti di atas). Tapi, tak jumpa function-function yang Ashraf habaq sebab saya tak guna Photoshop..guna Photoscape ja..hehe..Setelah di explore, tulisan macam tu yang terhasil..Macam ni dikira distort tak?



Tapi kan, bila dah siap tampal header ni kat blog baru perasan ada iras-iras header Nada. Alamak! Dia gambaq baju, ni boh gambaq kasut la pulak. Aiyak..Nada, ampunnn..akak tak bermaksud menciplak..tak sengaja ter-iras..huhu..jangan risau Nada. Akan segera menghasilkan header baru yang lain.


Macam biasa, sila komen untuk penambahbaikkan. Terima kasih =)

Thursday, June 24, 2010

Lagi header murahan!

Hari ni sekali lagi che buat header. Tapi, che memang takdak idea. Cuma nak praktikkan apa yang kawan-kawan kat sini ajaqkan semalam. Satu, width kena sama dengan body. Sebab tu che guna 930x. Lepas tu, kena guna format PNG..kan? Lagi satu yang ditegur pasal header che yang before ni, tulisan tak clear. jadi che guna tulisan ni..Hurm..it's not better than before but at least the errors last time had been fixed. Kot.

Till then. Jumpa lagi dengan header yang harapnya mahal sikit T_T.


Tapai: Habaq kat che kalau ada apa-apa yang perlu baiki. TQ kawan :):)

Wednesday, June 23, 2010

Header baru saya macam pelik. Kan?

Tengok header kat atas tu. Ha..tu header baru buat tadi. Ikut tutorial yang Nada bagi. Bila tengok orang lain punya header cantik-cantik, che pun teringin gak nak buat. Tapi, hasilnya centu ja la. Macam kembang setaman ja. Skema pulak tu. T_T Takpala....first timer. Sepuloh minit punya keja. Yang header orang menjerit before ni kakak che yang buat..hehe..

Tapi, soalan minggu ini, kenapakah header itu di tepi?? tak boleh kasi center. Macam cacat ja ni..kan? haish..Nada, tolong kak sat. Nada ni junior che kat maktab dulu..hehe..tapi, bab blogging ni, dia pandai woo! kalah senior..haha.. (sebenaqnya, kalau bab belajaq pun, mestila dia lagi pandai)

Hurm..buat sementara ni pakai ja dulu header bunga-bunga ni. Hello, I tak jiwang k..haha..(sapa kata hang jiwang) cuma takdak bahan and idea ja. Akan terus 'bekarya' bagi menghasilkan produk-produk lebih bermutu. Ceh. Bajet.




Eyh, sapa-sapa tau macam mana nak bagi header lebaq sama dengan body, habaq la kat che. TQ ;-)

Monday, June 21, 2010

KhairunShop Giveaway

Giveaway lagi..weee!! KhairunShop ni memang best. Warna-warni. Comel-comel barang dia. I like. Oleh itu, harap dapat la menang hadiah..ehehe..


Eley, I tau you pun nak kan? klik kat gambaq tu. ataupun tengok sini,

You tak join, you rugi.
Bye!