Sunday, December 12, 2010

Background comel





Robot-robot ni comel. Jadi letak kat sini ja.Kalau buat background, memang serabut.


Hari ni merata-rata saya cari background baru untuk blog ni. Banyak sangat gambar-gambar cantik dan comel saya jumpa. Habes tu kenapa  kau end up pilih gambar ni?? Haha..tak lawa langsung kan. Sebabnya biru. Pencinta biru LOL...This is temporary only. Usaha masih giat dilakukan untuk mencari backround yang lebih relevan dan melambangkan kedewasaan. Nantikannya.


Nak jugak gambar-gambar comel? Ambek kat sini

http://www.cherrybam.com/


Perlu cakap terima kasih kat Miss Durian Runtuh sebab ajar saya ;-)

Wednesday, December 8, 2010

Petua Hilangkan Siku Hitam

 Kulit cantik putih gebu tapi siku hitam? Jangan bimbang. Cubalah petua-petua ini yang boleh dilakukan hanya dalam masa kurang dari 10 minit. Dan hasilnya, sikumu akan kelihatan bersih dan tidak kering. Siku perlu diberi perhatian khusus setiap kali mandi, kerana siku terletak pada bahagian kulit yang cenderung kering kerana terdapat sedikit kelenjar minyak pada kawasan tersebut.


Cara 1
Ambil sebiji buah lemon dan belah kepada dua bahagian. Ramas sebelah lemon pada sebelah siku anda. Biarkan basah selama 10 minit. Lakukan perkara yang sama pada bahagian siku yang lagi satu. Setelah itu, cuci bersih siku dan sapu losyen untuk kulit. Ulangi langkah ini sehingga warna hitam hilang.


Cara 2
Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Insha Allah kesan hitam pada siku akan beransur pudar.


Cara 3
Ambil sebiji limau nipis dibelah dua dan disapu pada siku. Biar selama 10-15minit, kemudian lap dengan tuala yang direndam dengan air suam secara lembut.




 Cara 4
Satu sudu minyak kelapa dicampurkan dengan setengah sudu air perahan limau nipis. Sapu pada siku dan bersihkan dengan tuala panas.


Cara 5
   Bersihkan dahulu siku dengan sabun, anda boleh menggunakan bantuan span atau loofah, lalu keringkan.
Sapukan sedikit body scrub ke seluruh permukaan siku. Gosok dengan gerakan memutar sekitar 3 minit supaya sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan. Lakukan ini seminggu sekali. Body scrub dapat  digantikan dengan hirisan buah lemon. Buah ini berkhasiat melembutkan, menghaluskan sekaligus mencerahkan kulit.
Setelah proses scrubbing selesai, oleskan body butter setiap hari pada siku agar terjaga kelembapannya.



**Semua kaedah-kaedah di atas boleh digunakan pada lutut juga.

Sunday, November 21, 2010

Jenazah Istimewa [Part 2]

Kisah 2: MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.


Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.


Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.


Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.


Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.


Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini terdiam....


Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.


Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.


Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.


Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .


Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.


Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...


Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.


Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?... .


Ya,


Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...


Subhanallah!


Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;


"Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
Allah....... ......"


Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!


SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!


Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!


Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.


Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.


Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.






"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:

[101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".


Saturday, November 20, 2010

Jenazah Istimewa

Kisah 1: Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.


Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.


Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.

Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!


Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.


Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!


Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.


Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!


Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.


Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.


Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.


"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.


"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.


"Ya, ustaz M bercakap".


"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.


"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.


"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.


"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.


Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.


Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.


Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..


Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?


Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.


Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!


Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.


Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?....


Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.


Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.


Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
 

Kisah kedua juga menarik dan memberi keinsafan, kesedaran. Nanti saya update lagi. 

Sumber : A fowarded e-mail.

Monday, November 15, 2010

SALE AT NICHII



Nichii is on SALE! Discounts up to 70% instore- starts 16 Nov 2010. T&C apply.


Tadi dapat sms ni. Sebab hari tu masa teman Aini beli kasut kat Nichii Mines, kami ada isi borang untuk dapat info pasal produk-produk baru and sale kat nichii. Addicted to Nichii now..haha..kasut ja la..lawa!

Jom, serbu sekarang ;-)


For more info, log on to www.nichii.com.my

Perkahwinan Raja Farah

Sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani...

Sure ingat punyalah dialog iklan ni. Ya, Raja Farah itu lah..sudah kahwen dia. Dulu sangat tak suka lakonan dia. Tambah-tambah masa dia berlakon Manjalara. Gedix betoi. Tapi, sejak tengok lakonan dia dengan Dinas dalam filem Apa Kata Hati, bekenan la pulak :):)





Haa.. ni pengantin glamour itu. Raja Farah Raja Aziz, 22 & Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25. Saya tak pasti pulak encik husbandnya kerja apa..huhu


Muda kan depa ni? Lagi muda dari I pulak tu..(yang perempuannyalah). Raja Farah cakap, depa kenal tak sampai setahun pun..Wahh, macam orang dolu-dolu..hehe..depa ada minat yang sama. Menyelam! best-best nanti pi menyelam sama-sama. Kita ni berenang pun tak tau..ehee..kita pulak, saya lah.


Oh, hantaran pasti lah hot. Artis kan..;-)
Dari pihak lelaki, mas kahwin (RM888) dan cincin, telefon bimbit iPhone 4 (iPhone 4 okey!), minyak wangi (Gucci) dan barang solekan (Dior), set persalinan kain termasuk telekung, sejadah, pulut kuning, sirih junjung, set lengkap al-Quran, tasbih dan rehal.


Dari pihak perempuan pulak, sejadah dan kain pelekat, telefon bimbit iPhone 4, jam tangan (Tissot), Cincin (Habib), kek, dompet dan tali pinggang (Dunhill), minyak wangi (Issey Miyake), sirih junjung, al-Quran dan tasbih.


Pergh, terbaek! Apa-apapun semoga bahagia ke anak cucu ye Raja Farah =)


Sumber berita di sini.





Wednesday, November 10, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Penting ni time-time nak ambek Design yang banyak kena hafal tu. Kekuatan minda tu penting.
Jadi, copy paste letak kat sini.


 Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Monday, November 8, 2010

Haji Menuju Allah

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka


Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Thursday, November 4, 2010

Mari Cuci Hati

PETUA MENCUCI HATI OLEH DATUK DR HAJI FADZILAH KAMSAH

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar
orang mengumpat.



Okey, saya nak pi cuci sekarang T_T

Tuesday, October 19, 2010

OMG, dia kelas satu la!

MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 UTP

Saya siap 'tuang' kelas sebab nak pi UTP. Adoi, terlepas kelas Dr Habsah memang rasa rugi. Macam mana la nak final nih..baca nota ja faham ka? Takpalah, sebagai blog rasmi Majlis Konvokesyen Hani Sabrina saya kena la memberi komitmen penuh untuk cover majlis dia tuh. Cehh!


Haa..ni yang dia seronok sangat, senyum lebaq sampai telinga tau. sebabnya:


HANI SABRINA TU DIA LA..SERONOK DAPAT FIRST CLASS




 Abah dengan Mama pun seronok Along dapat first class.






 Pak Teh dengan Mak Teh pun mai jugak..hehe..memeriahkan majlis =)



Macam biasa, konvo mesti 2 0rang ja boleh masuk kan. Jadi, baki selebihnya kena duduk kat sini. Apa tah nama dia. tapi macam tempat duduk kat stadium la..ala-ala..panas, hangat, silau...ohh sungguh tidak kondusif.







Amacam, besaq tak bunga nak bagi Along? Haa..nak sangat bunga yang segar bugar wangi kan...






DAH KELUAQ DEWAN, MASA BERGAMBAQ. LUCKILY BEST FIREND SAYA DILAH SOLO MAI JUGAK. DAPATLA BERGAMBAQ GUNA DSLR DIA. TAPI, GAMBAQ-GAMBAQ TU TAK DAPAT LAGI. LAYANN JA DULU HASIL DARI CAMERA OLYMPUS HADIAH DARI ABAH DOLU.






Suka sangat gambaq ni. sebab Dilah comel sangat. Suka la style dia. Nak tiru bagi tak?




Sebab suka sangat, letak dua kali..agagaga












Dah, tu ja. Tahniah semua graduan UTP.
Rizkee Johari ( I nampak U dua kali okey) , Ilyia Yusnee, Nukman Bashir, Saifull Izuan, Nadia Nadzirah, Paan, Azhani, sapa lagi ek?
Mat Khuzailifah..semua lah. congrats!



Thursday, October 14, 2010

Cinta Itu Ketawa Dan Air Mata

Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya



Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku



Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan



Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan



Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...

 
 
LESTARI

Tuesday, October 12, 2010

PEMADAM GEBU

Lagi cerita konvo. Konvokesyen UPM kali ke-34 sidang 4 iaitu pada tarikh yang orang lain berlumba-lumba nak kawen, nak tunang, nak lahir anak 10.10.10 :):)

Tapi kami student Applied Statitistics ada kelas sampai almost 4 o'clock. tapi, tetap bergegas ke lokasi pengambaran sejurus selepas lab session untuk meraikan PEMADAM GEBU! agagaga..
(tengok, penulisan saya ada improvement tak? saya ada pemeriksa karangan tau!)



LAMBAT TUNGGU SI GEBU KELUAQ DEWAN, KAMI DULU POSING DENGAN BUNGA TU. BUNGA RAFFLESIA.



INI DULU ROOMATE SAYA. SEKARANG JADI TEMAN SEKAMPUNG PULAK.
SEDANG MELANJUTKAN PELAJARAN SARJANA DI UITM







TENGOK, NI LAH DIA ORANG YANG DIRAIKAN. HAHA..COMEY DEPA NI
KAN?





DULU KAMI BERLIMA EJEN 008. SEKARANG TINGGAL BEREMPAT JA.
TAPI YANG SORANG LAGI ADA KOMITMEN KERJA JADI ORGANIZER FUNCTION APA TAH KAT PICC..WOHH!








YANG KECIK NI, A L O N G ;-)
JUGAK KONVO HARI INI. DAH DAPAT MASTER PUN.
TAHNIAH ALONG..I JELESSS TAU


















TENGOK BEAR YANG TENGAH TU. MAK DIA YANG GUBAH SENDIRI SEJAMBAK TU UNTUK DIA. TERHARU TAK?
.
.
.
.
.
.
.
SAPA MAI KONVO SAYA NANTI BAWAK BUNGA MACAM NI NEH?
RAFFLESIA KALER MERAH. TERIMA KASIH (^^,)










Monday, October 4, 2010

Kalau Berpacaran

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang


Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama


Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya


Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Friday, September 24, 2010

EDITED: Perut Yang Gembira

Kagum betul saya bila masuk rumah besaq Kak Su. memang besaqlah. kelebarannya sama dengan lebaq rumah saya. tapi, rumah saya bahagi separuh jadi bilik. rumah Kak Su, selebaq-lebaq tu lah hall dia. pergh! sukanya...paling menarik ada gambaq Kaabah yang besaq kat dinding hall. when I said big, it's BIG okey. sepenuh dinding tu..


Tu la pengalaman menarik saya minggu lepas. dapat makan banyak dan sedap di rumah Kak Su (classmate saya). saya suka beliau sebab lawa, lembut ja orangnya, anak-anak pun lawa and pandai-pandai..isk, suka saya tengok beliau..huhu


Terima kasih kepada driver kami Nik Amin. juga classmate saya. Nik, pandu cermat jiwa selamat noh ;-)



Tak tau kenapa camera saya buat hal. semua gambaq ada effect vibrate. tak clear. macam rabun ja.
Tak tau kenapa jugak gambaq saya gelap ja..orang lain cerah ja..ceh..buat-buat konfius pulak


Cekidout



 POTRET RAYA KAMI



TUAN RUMAH



LAIN KALI SAYA KENA PAKAI BEDAK TEBAL SIKIT. BARU TAK CAIQ DALAM PERJALANAN T_T




SI CANTIK AINI (maaf tak sempat rotate. rotate laptop masing-masing yer)



SI TAK CANTIK EHH EHH.. SI COMEL HANI..AGAGAGA (gelak popeye)




ABAIKAN SI BAJU PINK (nampak macam tua dah..adoii), FOKUS PADA GAMBAQ KAABAH YANG BESAQ TU.



Aini sorang ja yang tak kagum dengan rumah tu. sebab rumah dia lagi besaq dari tu. dia kata, dapuq dia ja sebesaq hall Kak Su..wahhhhhhhhhhhhhhhhh!
.
.
.
.
.
.
LAST BUT NOT LEAST, TUKANG DRIFT PALING CEKAP SEDUNIA




SORRY NIK. GAMBAQ BLURR DAN TERTIARAP. TAK LARAT ROTATE.




TQ SEMUA YANG TERLIBAT UNTUK HARI ITU. SAYA GEMBIRA.





Edit semula: Aini kata dia juga kagum dengan rumah itu...boleh baca komen Aini lebih lanjut di ruangan komen :)

Saya kagum dengan dua-dua rumah. Nantilah pi melawat rumah Aini pulak. boleh?

Monday, September 20, 2010

LADIES, PLEASE READ FOR YOUR SAFETY.

Because of recent abductions in daylight hours, refresh yourself
of these things to do in an emergency situation...





1. Tip from Tae Kwon Do :
The elbow is the strongest point on your body.
If you are close enough to use it, do!


2.. Learned this from a tourist guide.
If a robber asks for your wallet and/or purse,
DO NOT HAND IT TO HIM.
Toss it away from you....
Chances are that he is more interested in your wallet and/or purse than you,
and he will go for the wallet/purse.
RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!

3. If you are ever thrown into the trunk of a car,
kick out the back tail lights and stick your arm out the hole and start waving like crazy..
The driver won't see you, but everybody else will.
This has saved lives.

4. Women have a tendency to get into their cars after shopping, eating, working, etc., and just sit
(doing their chequebook, or making a list, etc.DON'T DO THIS!)
The predator will be watching you, and this is the perfect opportunity for him to get in
on the passenger side, put a gun to your head,
and tell you where to go.

AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR ,
LOCK THE DOORS AND LEAVE..

If someone is in the car with a gun to your head
DO NOT DRIVE OFF,

Repeat:

DO NOT DRIVE OFF!

Instead gun the engine and speed into anything, wrecking the car.
Your Air Bag will save you.
If the person is in the back seat they will get the worst of it .

As soon as the car crashes, bail out and run.
It is better than having them find your body in a remote location.


5. A few notes about getting into your car in a parking lot, or parking garage:
A.) Be aware:
look around you, look into your car, at the passenger side floor , and in the back seat

B.) If you are parked next to a big van, enter your car from the passenger door.
Most serial killers attack their victims by pulling them into their vans while the women
are attempting to get into their cars.

C.) Look at the car
parked on the driver's side of your vehicle, and the passenger side... If a male is sitting alone
in the seat nearest your car, you may want to walk back into the mall, or work, and get a
guard/policeman to walk you back out.



IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)


6. ALWAYS take the elevator instead of the stairs.
Stairwells are horrible places to be alone and the perfect crime spot.
This is especially true at NIGHT!


7. If the predator has a gun and you are not under his control,
ALWAYS RUN!

The predator will only hit you (a running target)
4 in 100 times; and even then,
it most likely WILL NOT be a vital organ.
RUN, Preferably in a zig -zag pattern!


8. As women, we are always trying to be sympathetic:

STOP

It may get you raped, or killed.
Ted Bundy, the serial killer, was a good-looking,
well educated man, who ALWAYS played
on the sympathies of unsuspecting women.
He walked with a cane, or a limp, and often
asked 'for help' into his vehicle or with his vehicle,
which is when he abducted his next victim.










the world we live in has a lot of crazies in it and it's better to be safe than sorry..




sumber: a forwarded e-mail

Wednesday, September 1, 2010

Hey, I was born on Wednesday!


Adventurous? True
Great sense of humor? Orang kata macam tu lah even time I tengah marah T_T
Alturistic? tidak selfish...erm..kadang-kadang jual jugak..huhu
Loves to enjoy life? not every second.
Caring and loving? terhadap semua perkara ;-)
Faithful friend? you tell me x)
Confident personality? sangat tidak benar.
Quite sensitive? perhaps..hehe
Warm and considerate towards people? saya rasa macam tu lah. (saya rasa)

Thursday, August 26, 2010

Nak Rawat Hati Saya

Macam mana nak beperkerti mulia ni, bila dalam hati asyik rasa bengang ja dengan orang-orang awam? Demit. Kenapa la suka menonjolkan perangai beruk (buruk) tu kepadaku? Kenapa perlu beperangai buruk? Sakit jiwa saya memikirkannya. Menyebabkan saya takda mood dah berapa hari dah..

Aini bagi risalah yang ada tajuk MERAWAT PENYAKIT HATI. ni dikira penyakit hati gak la. tak puas hati dengan orang. Akan cuba ikut kaedah-kaedah rawatan itu. InsyaAllah.

Ni dah dekat dengan sepuluh malam terakhir kan? Nak join Aini menghidupkan malam-malam itu..cey cey..padahal..eish, takpa semangat dan tekad itu penting. Aini kata NAK SERIBU DAYA. ooo dia bangun awal-awal pagi bukan nak kejutkan daku bersama..huhu..patutla dia ja jadi tenang. Saya jugak yang huru hara..hehe..


Okey, marilah menuju kejayaan. Bersihkan hati. Biaq la orang nak berburuk perangai pun. Dah.

Don’t despair and never loose hope

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah

Insya Allah you’ll find your way

Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,

Showed me the way
Showed me the way
Showed me the way

Insha Allah by Maher Zain

Tuesday, August 24, 2010

Doa Buka 12 Pintu

Hari tu ada dengaq tazkirah kat Era fm daripada Dr. Fadzilah Kamsah. Tajuk, 'bagaimana mendapatkan muka rezeki'..menarik tu. Macam mana ya, kadang-kadang orang tu bernasib baik ja..kerja senang dapat, interview lepas ja, cepat naik pangkat, exam pun markah tinggi..Dr suruh amalkan doa ni..bukan murah rezeki ja, untuk dapat cinta sejati, dapat ilmu, kesihatan, keselamatan, macam-macam lagi..12 pintu semuanya...doa ni pendek ja. Jom lah kita hafal dan amalkan=D

Saturday, August 21, 2010

Nak makan apa?

Kat mana nak carik makanan yang best kat area Serdang? Serdang Selangor (bukan Serdang Kedah) Saya hari-hari makan kat foodcourt ja. Sampai dah tak lalu dah. mana taknya, dah setahun lebih makan lauk yang sama. kalau sedap takpa jugak. Ish, tak baik noh. tak besyukur langsung. Kira okey la tu ada makanan..Hurm..tapi tetap tak puas hati sebab mahal sangat dan tak berbaloi-baloi langsung! yala, nasik dengan ayam yang kecik pun dah RM3.50. Normal ka tu? bagi student takdak PTPTN tak normal kot.

Jadi, setiap hari saya berangan nak makan macam-macam. Lame gila cuma mampu berangan. haha.. nak makan sedap, tunggu balik rumah la. dua minggu lagi. Harap tersedia murtabak dengan soya. Kat sini ada ja. cuma tak mampu la pulak nak beli..huhu..

Eyh, mai la tengok wish list saya. MENU BERBUKA DAN SAHUR IDAMAN

BEST KALAU DAPAT BUKAK POSA DENGAN SECRET RECIPE. NAK AJAK ALONG PI LAH. TOLONG BELANJA SEKALI..HEHE..LEH LA, ADA PROMOTION TU =)


WAHH...!! BANYAKNYA MURTABAK. PEMANDANGAN YANG INDAH DI BULAN RAMADHAN (mata bersinar-sinar)


KALAU KAT RUMAH, HARI-HARI ADA UDANG. ENAK DIMAKAN DENGAN KICAP CAP KIPAS UDANG. nyum nyum..tapi pakcik kata kicap tak bagus. nanti banyak chip. ayok!




KALAU BUKAN BULAN POSA, TAK MINAT PUN PIZZA. TAPI BILA TENGOK PROMOSI UNTUK RAMADHAN NI MENARIK, TERUS TERTARIK =) SEBIJIK RM28.80.

dah la tu..cukupla list untuk hari ni. tu pun tak termakan dah. tak boleh tamak. esok kita berangan makan lain pulak..hehe..SELAMAT MEMILIH MAKANAN BERBUKA!

Friday, August 20, 2010

Selamat Untuk Semua

Yeah, finally bilik ni ada wireless yang laju. LAJU oke. sebab tu dapat update blog bagai. haha
Esok exam, takleh online lama (konon) jadi, cuma nak ucapkan

SELAMAT BERPUASA kepada semua readers, followers, rakan taulan

SELAMAT JAWAB TEST kepada semua rakan seperjuangan

Saturday, July 3, 2010

Terima Kasih Sayang

Dinner sedap sampai perut kembong. Ikan sweet sour ada, sotong celup tepung sedap, udang goreng tepung ada, kailan ada tapi tak makan (karnivor), ABC ada DEF ada..hehe..tak tak..ABC, tembikai dengan ayaq oren ja ada. Barli pun ada..Semua tu dia yang belanja..ala, yang keja kat Kulim tu. tapi lepas ni dia nak ikut saya berhijrah ke KL pulak. Ha, bagusla tu. belanja makan kat sana pulak.


Selain itu (skema) kelmarin dapat bag warna 'pinkish red' or 'redish pink'. saya pun tak pasti. walaupun rasa macam sama sebijik dengan Mira (demit) tapi suka warna yang striking itu. next gaji bagi la kasot merah pulak..hehe...


Oh, ada sebalang coklat jugak.



TQ Along!

Saturday, June 26, 2010

Apa itu distort?

Ashraf kata tulisan kat header yang saya pakai sebelum ni distort. Distort? Apakah?? Bahasa Inggeris saya semakin berhabuk sampai pekataan yang familiar didengar pun tak tau maksud apa. Kalau tanya Ashraf konfem dia suruh google. Dah tau dah. Takyah tanya dia, terus bukak kamus bagai. Bukan faham sangat pun. Tapi kesimpulan yang saya faham maybe tulisan dalam header tu 'beketak-ketak' Tak smooth line dia..Hurm..betoi ka maksud centu?



boleh klik utuk tumbesaran header yang sihat
ni header yang 'distort' itu



Sebab tu malam ni buat baru (seperti di atas). Tapi, tak jumpa function-function yang Ashraf habaq sebab saya tak guna Photoshop..guna Photoscape ja..hehe..Setelah di explore, tulisan macam tu yang terhasil..Macam ni dikira distort tak?



Tapi kan, bila dah siap tampal header ni kat blog baru perasan ada iras-iras header Nada. Alamak! Dia gambaq baju, ni boh gambaq kasut la pulak. Aiyak..Nada, ampunnn..akak tak bermaksud menciplak..tak sengaja ter-iras..huhu..jangan risau Nada. Akan segera menghasilkan header baru yang lain.


Macam biasa, sila komen untuk penambahbaikkan. Terima kasih =)

Thursday, June 24, 2010

Lagi header murahan!

Hari ni sekali lagi che buat header. Tapi, che memang takdak idea. Cuma nak praktikkan apa yang kawan-kawan kat sini ajaqkan semalam. Satu, width kena sama dengan body. Sebab tu che guna 930x. Lepas tu, kena guna format PNG..kan? Lagi satu yang ditegur pasal header che yang before ni, tulisan tak clear. jadi che guna tulisan ni..Hurm..it's not better than before but at least the errors last time had been fixed. Kot.

Till then. Jumpa lagi dengan header yang harapnya mahal sikit T_T.


Tapai: Habaq kat che kalau ada apa-apa yang perlu baiki. TQ kawan :):)

Wednesday, June 23, 2010

Header baru saya macam pelik. Kan?

Tengok header kat atas tu. Ha..tu header baru buat tadi. Ikut tutorial yang Nada bagi. Bila tengok orang lain punya header cantik-cantik, che pun teringin gak nak buat. Tapi, hasilnya centu ja la. Macam kembang setaman ja. Skema pulak tu. T_T Takpala....first timer. Sepuloh minit punya keja. Yang header orang menjerit before ni kakak che yang buat..hehe..

Tapi, soalan minggu ini, kenapakah header itu di tepi?? tak boleh kasi center. Macam cacat ja ni..kan? haish..Nada, tolong kak sat. Nada ni junior che kat maktab dulu..hehe..tapi, bab blogging ni, dia pandai woo! kalah senior..haha.. (sebenaqnya, kalau bab belajaq pun, mestila dia lagi pandai)

Hurm..buat sementara ni pakai ja dulu header bunga-bunga ni. Hello, I tak jiwang k..haha..(sapa kata hang jiwang) cuma takdak bahan and idea ja. Akan terus 'bekarya' bagi menghasilkan produk-produk lebih bermutu. Ceh. Bajet.




Eyh, sapa-sapa tau macam mana nak bagi header lebaq sama dengan body, habaq la kat che. TQ ;-)

Monday, June 21, 2010

KhairunShop Giveaway

Giveaway lagi..weee!! KhairunShop ni memang best. Warna-warni. Comel-comel barang dia. I like. Oleh itu, harap dapat la menang hadiah..ehehe..


Eley, I tau you pun nak kan? klik kat gambaq tu. ataupun tengok sini,

You tak join, you rugi.
Bye!