Thursday, October 18, 2012

Hairy Coo - Highlands Tour (Scotland)

Masa tour ke highlands hari tu, kami berpeluang tengok dari dekat the Highland Cattle atau Hairy Coo. Russel The Tour Guide parking bas kat tepi tempat haiwan-haiwan ni berehat dan bagi kami roti untuk bagi Hairy Coo makan. Haiwan ni sangat friendly dan jinak, tak bahaya. Boleh pegang jugak. Depa kata macam carpet. Cuma kena hati-hati dengan tanduk dia. Takut terlibas/tersangkut naya. Besaq dan tajam. Masa kami pi tu ada empat ekor, warna hitam, coklat, putih, reddish (?).


Haiwan ni memang banyak di Scotland, bulu dia memang tebal. Makanya, boleh la dia tahan cuaca sejuk. Tambahan pula (skema ayat), kat kawasan tinggi ni lagi sejuk.









Ni Im yang bagi makan. Saya tak ambil bahagian dalam acara ni sebab kurang mesra dengan haiwan. Tengok lidah dia pun dah oh takpalah



Topi berbulu dan bertanduk tu disediakan oleh Russel. Dipakai untuk tujuan bergambar. Nampak lebih serasi.

Seperti biri-biri.



Orang lain sibuk beramah-mesra dengan lembu, kita dok jauh sikit ambek gambaq sorang-sorang.













Boleh dipegang, diusap, dibelai. Tiada masalah. Saya cuma sentuh dengan satu jari supaya tiada penyesalan di hari tua.






 






If you are an animal lover, I highly recommend you to come and experience this. I can see all those people really amazed by these hairy and friendly creatures.


Sunday, October 7, 2012

Majlis Post-Raya Edinburgh.


Minggu lepas, saya attend jamuan post-raya yang dianjurkan oleh Komunity Malaysia Edinburgh (EMSA) dan Malaysian Bruneian Singaporean Student Union Edinburgh (MABSSUE). Walaupun dah habis Syawal, tapi kami baru berkesempatan buat jamuan raya yang gather semua student postgrad dan undergrad, lama dan baharu.  Jadi, di samping merayakan aidilfitri yang dah berlalu sebenarnya majlis ni jadi platform student-student baru berkenalan dengan yang lama..yang dah kenal, semakin mesra. Bagus.

Yang best mesti la sebab dapat makan sedap-sedap. Kat sini tak dapat la nak order bihun goreng setalam, ketupat lima kilo, semua kena buat sendiri. Jadi semua orang dapat tugas masing-masing nak kena masak apa...Hasilnya, memang sodappp! Ada sate ayam yang lembut dengan kuah kacang sebenar. Ada soto dan bergedil. Pandai budak-budak ni buat bergedil...kena berguru nih.. Oh, ada laksa kedah (kot) jugak. Nasik, ayam masak merah, tiramisu, dan banyak lagi sampai penuh dua meja panjang.

Saya tak bawak kamera pun masa tu. Jadi gambaq-gambaq kat bawah hasil terkumpul kamera kawan. Gambaq makanan memang tak sempat lah. Takpa, kat Malaysia banyak ja makanan-makanan tu, boleh pi kedai tangkap gambaq sebelum makan. Okey.


Dalam bus otw ke Chaplaincy Heriot-Watt, tempat berlangsung majlis. Yang tudung purple, Ada nama dia. Medic student di Aberdeen. Sebelum mai UK lagi saya dah contact dengan dia...macam-macam dok tanya dia. Tak sangka jumpa jugak di Edinburgh. Alhamdulillah...

Jalur Gemilang di bawah naunganmu, Jalur Gemilang kita semua bersatu




Sebahagian hadirin.




Housemate-housemate saya sekarang :)


Itu saja gambaq yang saya ada, yang ada muka saya. Haha..Selamat hari raya!

Thursday, September 6, 2012

Highland Tour (Scotland)

5 September lepas saya join highland tour dengan kawan, Im. Im dah habis belajar kat Heriot-Watt, dah nak balik dalam dua minggu lagi. Banyak company kat Edinburgh ni buat tour to Scotland Highland. Kami ikut yang HairyCoo.com. Terbaik. Maklumat lengkap, banyak belajaq sejarah Scotland sepanjang tour. Part paling best, FREE! Company ni buat tour berkonsepkan tip. Jadi lepas habis tour, bagi la tip kat tour guide berapa pound yang kita rasa padan dengan apa yang kita dapat.


Waktu berkumpul 8.30pagi. Waktu bertolak 8.45pagi. Pukul 8pagi kami dah sampai Royal Mile (tempat kumpul). Hari tu cerah tapi sejuk berangin.


Royal Mile












Kedai pun tak bukak awai lagi.

Standard la kalau mai UK mesti nak ambek gambaq dengan pondok telefon. Macam kat negara sendiri takdak.


Forth Bridge, Queensferry. Jambatan untuk kereta api.

Jambatan ni, setentang dengan Forth Bridge merah tadi. Yang ni untuk kereta lalu.



Bas yang kami naik. Warna oren, ada lidah dan rambut. Nampak tak? Boleh muat 24 orang ja.





Naik bukit sikit, sampai ke puncak boleh nampak pemandangan cantik kat bawah. Tapi atas ni angin kuat betoi. Rasa nak melayang sekali. Ada kawasan picnic kat sini. Sila bawak pinggan kaca untuk makan. Kalau plastik/kertas memang terbang!




Masih di atas. Ada macam gallery kot. Tapi tak masuk pun.

Pagaq macam kat ladang UPM ja kan?
Russell, tour guide berhenti tepi jalan sebab nak tunjuk castle ni.

 
Cuba ambek gambaq dengan castle sahaja. Tapi, props-props memang ramai. *sigh


Rasanya Im ambek gambaq ni dari dalam bus. Saya lena.


Banyak lagi tempat menarik dan cantik kami pi lepas castle ni...termasuk peluang tengok highland cattle yang besaq berbulu tu. Akan sambung di entry akan datang..tungguuuu

Monday, August 27, 2012

Nak pakai cincin jari mana?

Trend sekarang ramai suka pakai cincin besar warna-warni. Cantik. Tapi kena tengok balik apa yang boleh apa yang tak boleh. Pernah dengaq ceramah Ustaz Azhar Idrus:


1) sunat pakai cincin jari manis dan kelingking sahaja.
2) Tak boleh pakai lebih dari tiga cincin pada satu tangan.
3) Nabi Muhammad melarang pakai cincin di jari hantu


Gambar sekadar hiasan. Hasil carian google.


Kesimpulan, dalam nak bergaya dan melawa pun kena tau batas. 




cincin kat H&M lawa-lawa. Kat Malaysia dah bukak outlet kan? boleh pi ushar! ;-)

Sunday, August 26, 2012

Raya di Edinburgh (2012)

Assalamualaikum.Amboi amboi tengok gambaq raya kawan-kawan kat FB & instagram meriah warna-warni. Saya raya kat Edinburgh tahun ni. Meriah jugak. Terima kasih kat kawan-kawan yang mesej ucap selamat hari raya kat FB, whatsapp etc.

Raya kat sini seronok jugak. Tengok budaya bangsa lain sambut Aidilfitri. Pagi raya solat kat Central Mosque. Ada tiga sesi, pukul 6, 8 dan 10pagi. Mungkin sebab tak dapat tampung semua jemaah kalau buat satu sesi ja. Saya tengok, orang kat sini (mungkin dari Arab, Mesir dan sebagainya) lepas solat depa edarkan cookies atau cokelat untuk semua orang dalam masjid tu. Kalau kat Malaysia, kita bagi duit raya kan...

Alhamdulillah hari raya pertama, kami ada tiga open house anjuran ahli-ahli EMSA. Saya sempat pi satu ja. Dekat Kings Building. Meriah!


Oh, terima kasih kat kawan-kawan yang sambut malam raya dengan saya. Rumah saya jauh dari masjid, jadi malam raya tidoq rumah Zulaikha, Mashitah dengan Hafizah sebab takut tak sempat nak pi solat sunat Aidilfitri. Malam tu, untuk bukak puasa terakhir macam-macam depa masak. Terbaik budak-budak ni..hehe..saya makan ja. Lepas Isyak, kami takbir ramai-ramai. Ambek mood raya :)



Kanak-kanak kat sini semua comey awat tah

Budak dua orang bersamping ni dari Indonesia. Serumpun lah kita..hehe

Annoying boots!

Dokter-Dokter-Lawyer-Lawyer-saya

OK yang ni boleh hantaq kat Salam Perantau tahun depan.









Ni kedai Bismillah. Mesti mama dengan abah ingat. Kedai yang kita pi beli roti tu..dekat dengan masjid.
Suhana. Kawan pertama di Edinburgh

Ehem, berjaya masuk Berita Harian ;-)


Gambar agak kabur, maaflah.


 Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin