Thursday, October 18, 2012

Hairy Coo - Highlands Tour (Scotland)

Masa tour ke highlands hari tu, kami berpeluang tengok dari dekat the Highland Cattle atau Hairy Coo. Russel The Tour Guide parking bas kat tepi tempat haiwan-haiwan ni berehat dan bagi kami roti untuk bagi Hairy Coo makan. Haiwan ni sangat friendly dan jinak, tak bahaya. Boleh pegang jugak. Depa kata macam carpet. Cuma kena hati-hati dengan tanduk dia. Takut terlibas/tersangkut naya. Besaq dan tajam. Masa kami pi tu ada empat ekor, warna hitam, coklat, putih, reddish (?).


Haiwan ni memang banyak di Scotland, bulu dia memang tebal. Makanya, boleh la dia tahan cuaca sejuk. Tambahan pula (skema ayat), kat kawasan tinggi ni lagi sejuk.









Ni Im yang bagi makan. Saya tak ambil bahagian dalam acara ni sebab kurang mesra dengan haiwan. Tengok lidah dia pun dah oh takpalah



Topi berbulu dan bertanduk tu disediakan oleh Russel. Dipakai untuk tujuan bergambar. Nampak lebih serasi.

Seperti biri-biri.



Orang lain sibuk beramah-mesra dengan lembu, kita dok jauh sikit ambek gambaq sorang-sorang.













Boleh dipegang, diusap, dibelai. Tiada masalah. Saya cuma sentuh dengan satu jari supaya tiada penyesalan di hari tua.






 






If you are an animal lover, I highly recommend you to come and experience this. I can see all those people really amazed by these hairy and friendly creatures.


4 comments:

  1. Salam, wah best lah.. panjang betul bulu die kan.. sian lembu kat sini takde sapa nak melawat.. sebab tak de bulu camni hehe :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....

    Lembu di Malaysia dijadikan "perumpamaan" iaitu "bodoh macam lembu". Secara terlangsungnya menyumbang kepada memperkayakan Bahasa Melayu... :-)

    Tapi lembu luar negara ni nampak "cantik". Rambut di kepala lembu tu dah boleh disikat tengah atau ditocangkan...

    ReplyDelete