Sunday, October 7, 2012

Majlis Post-Raya Edinburgh.


Minggu lepas, saya attend jamuan post-raya yang dianjurkan oleh Komunity Malaysia Edinburgh (EMSA) dan Malaysian Bruneian Singaporean Student Union Edinburgh (MABSSUE). Walaupun dah habis Syawal, tapi kami baru berkesempatan buat jamuan raya yang gather semua student postgrad dan undergrad, lama dan baharu.  Jadi, di samping merayakan aidilfitri yang dah berlalu sebenarnya majlis ni jadi platform student-student baru berkenalan dengan yang lama..yang dah kenal, semakin mesra. Bagus.

Yang best mesti la sebab dapat makan sedap-sedap. Kat sini tak dapat la nak order bihun goreng setalam, ketupat lima kilo, semua kena buat sendiri. Jadi semua orang dapat tugas masing-masing nak kena masak apa...Hasilnya, memang sodappp! Ada sate ayam yang lembut dengan kuah kacang sebenar. Ada soto dan bergedil. Pandai budak-budak ni buat bergedil...kena berguru nih.. Oh, ada laksa kedah (kot) jugak. Nasik, ayam masak merah, tiramisu, dan banyak lagi sampai penuh dua meja panjang.

Saya tak bawak kamera pun masa tu. Jadi gambaq-gambaq kat bawah hasil terkumpul kamera kawan. Gambaq makanan memang tak sempat lah. Takpa, kat Malaysia banyak ja makanan-makanan tu, boleh pi kedai tangkap gambaq sebelum makan. Okey.


Dalam bus otw ke Chaplaincy Heriot-Watt, tempat berlangsung majlis. Yang tudung purple, Ada nama dia. Medic student di Aberdeen. Sebelum mai UK lagi saya dah contact dengan dia...macam-macam dok tanya dia. Tak sangka jumpa jugak di Edinburgh. Alhamdulillah...

Jalur Gemilang di bawah naunganmu, Jalur Gemilang kita semua bersatu




Sebahagian hadirin.




Housemate-housemate saya sekarang :)


Itu saja gambaq yang saya ada, yang ada muka saya. Haha..Selamat hari raya!

4 comments:

  1. Kak hani ada tak masa kitorang tumpang tido haritu?lepas raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..yang tu akak takdak..pi bejalan dengan family hehe...tak sempat jumpa.

      Delete