Friday, April 27, 2012

Dalam Kulit Siput




Hai! Budak dua orang ni adik-adik saya. Yang kecik Nano yang besaq Ciko. Dua-dua suka posing. Sebab tu la gambaq depa banyak kat sini. Sorang suka ghenyeh. Sorang senyum zip mulut. Kualiti gambaq tak memberangsangkan adalah disebabkan pencahayaan yang tidak baik. Ya, dan juga Evo 10 3D saya hanyalah 5 megapixel. Tapi saya sayang Evo saya.

Siang tadi saya pi Postgrade Seminar. Setiap minggu hari Jumaat ada. Ngeri pulak rasa. Sebab lepas present konfem-konfem ada orang tanya. Masalahnya susah betoi nak faham apa yang orang tanya. Dah faham, nak jawab pulak susah kan T_T Nanti sampai la giliran saya pulak present kat situ. Haru haru. Lepas seminar, ada jamuan kek. Sedapnya! Tapi saya macam was-was nak makan. Jadi terus balik office sendiri, pack-pack barang balik hall. Makan nasik goreng. Lagi sedap.

Tadi supervisor suruh pi meeting Statistician  kat Glasgow. Nanti pi mesti terkulat-kulat nak faham apa depa cakap. Pastu kena bawak bekal makan sendiri lah jawabnya..hehe..meeting 9pagi sampai 5 petang. Kalau jamuan pun mesti roti roti ja kan. Was-was lagi.

Esok saya nak pi shopping kat pekan. Sebab baju hari tu bawak beberapa helai ja tak cukup lah. Kena tambah stok. Tadi masa on the way nak pi Student Shop terserempak dengan dua pelajar lelaki usung dua paper bag Primark penuh barang, setiap seorang. Adakah mereka juga baru dapat gaji? Takpa, akan serbu Primark jugak esok, InsyaAllah.


Itu saja kesimpulan (in a nutshell-hence the title) untuk hari ini. Later!

4 comments:

  1. Assalam..hi Hani ;)
    Sy blogwalking cr info psl Edinburgh n jumpa blog ni.
    Boleh tak nk tny2 psl kt sne by email?Sy cr tak jmp la email Hani
    Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam :)

      boleh..email saya syahida.tapai@gmail.com

      Delete