Monday, May 28, 2012

Umrah

Hari ni Abah, Mama, Nano, Along & suami akan menunaikan umrah. Belum ada rezeki untuk ikut. Along ada emailkan surat confirmation depa nak pi. Berkaca-kaca pulak mata baca ayat pertama.


Na kata dia dah dapat 'kad jemputan' untuk pi sana (n_n), sebab mama kata sapa dapat kad jemputan dapat pi (ustaz dalam buku mama baca cakap).

Selamat pi, selamat balik. Moga ibadah diberkati. 
Amin

Saturday, May 26, 2012

Another compilation (Edinburgh)


This entry is a compilation of a few photos taken with my mobile phone. Don't expect quality as there are just randomly and spontaneously snapped. Moreover (wah, pakai moreover teringat Sir Khor!), my hp's camera is just 5 mgp.

I LOVE this one. Focus on the awesome blue sky.  Lawa tak lawa tak?




Their office have glass wall. Meaning that they cannot 'steal bone'.

Favourite.

Finally I found the flower that can be tiup-tiup like in movie :)



This is how you should spell. Gueyteow pattaya satu! ;p

See how sunny Edinburgh is now. Very hot lorr..no fan also. Very stuffy in my office. Btw, this is my luggage I'm moving out from campus already. No need sewa lorry, take the bus! haha
Fogging. Foggy day from my bedroom window. See the building on the left? That's my office. Dekat sajaa!

This is NOT home.


Till then, bye!

Thursday, May 17, 2012

Penawar Kanser!

Selalu kita dengar kanser tak ada ubat kan? Haa..sekarang saya dah dengar ubat dia. Entry ni memang panjang, tapi jangan malas baca. Sebab mungkin berguna untuk kawan-kawan atau saudara-saudara kita yang menghidap barah. Atau mungkin kita sendiri memerlukannya.



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :


1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.


Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.



Artikel ni saya baca ni dari FB. Ramai orang tinggalkan komen kat situ. Antara yang menarik :






Alamak, teruk betul print screen aku buat. Kabur kan (T_T). Nama saya padam bukan sebab depa ni fake account. Sebab saya tak pasti boleh ka tak publish dengan nama orang sekali. Nanti bertubi-tubi friend request depa dapat pulak kan. Yang penting adalah mesej yang depa sampaikan :)

Sunday, May 13, 2012

Gunung Keriang Dengan Dia!

Masa saya belajar kat MRSM Pendang dulu, salah seorang kawan yang rapat dengan saya ialah Cik Adilah :) Kami mula rapat masa Form 5 sebab sekelas. Selalu bersama-sama dalam kelas. Kalau luaq kelas, dia ada geng sendiri (geng 13 ka apa tah namanya..tak ingat). Saya takdak geng pun dulu. Selalu lepak sesuka hati ja dengan sapa...paling kerap dengan kiubmate Form 4, Cik Halina (masih cik kah dia? Dah lama betoi tak contact). Pernah sekali tu Dilah merajuk dengan saya sebab tak tunggu dia pi makan tengah hari. Sampai taknak cakap dengan saya...hehe..Sebenaqnya masa last period tu, cikgu tak masuk kelas, ramai pakat balik awal pi makan. Dilah pulak tidoq. Saya jenis yang tak reti nak kacau orang tidoq. Jadi saya pi la makan dengan Alin dulu..tapi bukan tinggal Dilah sorang dalam kelas tau..ada orang lagi..


Sensitif kan Dilah ni..teringat dulu malam-malam kalau dia takut nak tidoq mimpi hantu lah bagai, dia akan mai bilik saya. Tidoq dengan Che Nah..hehe


Hubungan saya dan Dilah dirapatkan lagi dengan jarak rumah kami! Taman sebelah-sebelah ja..haha..Kalau kat Alor Star, memang tak keluaq jalan la kalau dia tak ajak. Oh, kami jugak berjodoh yang kuat, sebab belajar kat universiti yang sama :) Universiti Putra Malaysia gedung ilmu menara budi. Walaupun Cik Dilah saya ni sangat ramai kawan (sebab dia peramah), dia tak pernah lupa saya yang pendiam ni (huhu).


Jadi, sebelum saya berangkat hari tu, dia dengan berbesar hati bawak saya pi carik jaket musim sejuk di Gunung Keriang..hehe..Lagi pun, dia nak pi bercuti London dan Paris sehari lepas saya berangkat. See, memang kuat jodoh kami. Pi London pun sama-sama, tapi flight lain-lain.


Sebelum keluaq rumah, dia mesej "Hani, pakai baju The Poplook. Nanti boleh amek gambaq". Comey betoi budak ni..memang time dapat sms tengah iron baju dari TPL. Tengok, kata hati yang sama lagi. Memang serasi ;-)


Dilah in Portia. Saya dalam Brenda.

Aktiviti mencari jaket sesuai. Gunung Keriang tempat baju bundle yang murah-murah. Tapi untuk jaket kena timbang. Bukan sehelai seringgit. Jadi tak berapa murah.


Baju bertimbun. Kalau kat rumah bertimbun macam ni jenuh dua hari dua malam lipat kain.





Adik penimbang tolong amekkan gambaq. Dilah beli jaket tu..dia pakai pi London. Saya tak beli pun sebab saya punya tu RM 9 kot. Peronyok!



 Dilah jugak buat pertama kalinya cuba buat Red Velvet sebab saya ada cakap nak makan..dia memang pandai buat kek, cupcakes, kueh raya tau. Sirius! Tapi red velvet ni mungkin ada kesalahan teknikal kurang menjadi..Tapi tetap menghargai usaha dia dan ingatan tulus ikhlasnya tu..







Baik hati jugak hadiahkan saya sepasang sarung tangan. Jimat duit saya! :)


Thank you Dilah! See you bila I balik nanti!