Wednesday, October 14, 2015

Tips Bajet Perkahwinan

Dilema setiap bakal pengantin mestilah berkaitan bajet. Semua maklum kalau perempuan mesti awal-awal lagi dia ada 'dreamed wedding' gituh. Nak pelamin dalam taman, nak baju kembang semangkuk, sanggul tinggi cucuk-cucuk bagai kan....Cumanya orang pesan ukur baju di badan sendiri. Di sini saya kongsikan beberapa tips bagi pengurusan bajet bagi majlis kahwin sederhana.

1) Set bajet.
Letakkan had maksimum yang sanggup dibelanjakan. We don't want to be spending RM30k just for one day event. Kaya benar lah kau kalau sanggup macam tu. Apa yang lebih penting ialah hidup selepas nikah itu. Bunyi memang cliche tapi betul la weyh. Cuba fikir, nak kena beli rumah, kalau pasangan PJJ nak ulang alik kos minyak tol bagai..fikir fikir

2) Berhenti tengok video kahwin.
Kalau hobi you tengok video orang-orang kahwin, hentikanlah. Now now! Sebabnya, nanti terpengaruh, peer pressure. Nak macam orang buat. Masalahnya orang tu dapat sponsor sana-sini, kita ni kais pagi makan pagi ja. Sudahla neh...

3) Elakkan cuti sekolah.
If you can, buat kenduri di luar cuti sekolah. Cuti sekolah dikira peak time, jadi bila tak cuti tak ramai yang buat kenduri. Maka masa ni banyak promosi bagi pakej-pakej forografi, pelamin, baju etc. Penjimatan!

4) Barang hantaran.
Tak perlu nak beli bag Dior, make up Chanel, jam Daniel Welington, iphone, ipad semata-mata nak nampak gah atas dulang tu kan. Toksah la neh. Motip sangat nak keluar duit banyak-banyak untuk jamu mata orang. Padahal kau bukan reti make up pun. Keluar jalan pun galas bag sekolah ja. Kan.

5) DIY.
Bagi yang berdarah seni, boleh gubah sendiri hiasan hantaran. Jimat. Kalau tak dapat nak beli fresh flowers, takpa ja. Bunga akan layu akhirnya. Tak ke mana pun. Hand bouquet pun boleh gubah sendiri. Beli sejambak bunga kat florist, riben sikit, gubah sesuka hati.  

6) Make-up.
Tak perlu ambek make up mahal-mahal sangat sebabnya pakai dari pagi, sampai zohor dah kena basuh kan. Sat ja pakai. InsyAllah dengan seri pengantin anda tu pasti teserlah anggun jugak lah walaupun make up simple. Lagi untung kalau ada kawan/sedara yang pandai make up. Boleh lah kecek mintak tolong...hehe tapi kalau dah orang tolong mohon jangan banyak komplen

7) Kad jemputan.
Walaupun menjadi idaman setiap dari kita untuk buat kad jemputan penuh artistik, ada lagu-lagu, pop-up, laser cut semua, tapi kita haruslah realistic. Takda orang nak simpan kad kita tu pun. Tak berbaloi nak buat mahal-mahal. Apa yang lebih penting, maklumat di kad tu tepat, peta tepat, koordinat tepat, waze tepat.. Settle. Lagi pulak, sekarang ni ramai yang taknak kad dah. Semua pakai FB & whatsapp aje.

Kita perlu ingat objektif majlis kahwin ni ialah - it is the day yang kita finally akan kahwin dengan orang yang kita sayang. Itu paling penting, paling bermakna. Kalau dapat bunga-bunga wangi setaman tu, bonus. Kalau dapat baju merelip merelap tu, bonus. Kalau dapat hantaran Macbook tu, bonus. Kalau tak dapat semua tu, tetap dapat kahwin kan. Chill.

Friday, January 9, 2015

Diskaun di Gourmet Burger Kitchen (Halal)

Burger paling sedap mestilah yang kat MRSM Pendang dulu. Maybe sebab duduk asrama semua rasa sedap. Atau abang burger ada resipi rahasia yang kita tak tau....Burger daging special double. Ha...daging 2 keping, balut dengan telur. Taknak sayur. Terbaik!


Di Edinburgh tak payah berangan nak burger macam tu. Tapi ada burger ayam yang sedap di Gourmet Burger Kitchen (GBK). Burger ayam kat sini halal, tapi kena cakap BREADED. Repeat after me, breaded breaded breaded. Ingat tu. Sebab yang grilled tu ayamnya halal tapi di grill di atas tempat sama dengan beef yang tak halal. Jus-jus daging mengalir dan melekat kat ayam yang suci tu. Terus tak halal. (Orang kedai tu yang cerita. Sila appreciate dia faham konsep halal sebenar).


Perkongsian penting di sini ialah, jika anda student anda akan dapat 30% diskaun untuk food. Any food. Cuma download app GBK, sign up, dan bawak ke kaunter masa buat order. Selamat makan!


The devine



Must try:
* Camebert & cranberry burger
* Cajun blue burger
* Skinny fries (dia bagi serbuk cheese tabur lah suka hati)
* Milkshakes


Sos, tap water, dan kekacang disediakan percuma. Must try the sos kiwi okey.



The app. Setiap kali order dapat akan rewards.



Oh, GBK ada di George Street hujung sekali. Belakang Princes Street.
GBK ada cawangan banyak di UK. Rujuk web untuk maklumat lanjut



Monday, September 8, 2014

REVIEW: Mussel Inn Edinburgh

I have quite a lot going on in my work life, from drafting my thesis to preparing for conference and some more simulations. One way for me to relax is obviously, FOOD. I shall share with you guys good places for food around Edinburgh so you guys can go to wind up!


This time allow me to introduce....Mussel Inn. Well, doesn't really need much intro. This is at the top of the 'must go restaurant' list whenever you are in Edinburgh


It is a seafood restaurant so you can eat everything. The menu will list all the ingredients use in every meal.  If you wish to order something that has wine in it, just tell the waiter/waitress you don’t want it in your dish.
 
 
If you plan to go in a big group, I recommend you to book for table before coming as this place get full most of the time. You can’t do reservation during Edinburgh Festival though. 
 
 
I had tiger prawn stir fried with noodles and Thai green coconut sauce. And some vegetables. The sauce was very nice, not so thick that it makes you muak. Fresh prawns, good portion. Two thumbs up! I had this with hot chocolate. Weird combo but works for me ;-)
 


My friends ordered half kilos of mussels with Shallot and Moroccan flavour. I can't comment on the mussels as I don't eat them but I'm pretty sure they taste good since my friend went again the very next day!

Check the menu HERE
This restaurant is on Rose Street (behind Primark).
Address:
61-65 Rose St
Edinburgh EH2 2NH

Opening time:  12.00-3.00pm & 5.30 -10.00pm

My review on the Harry Porter's cafe HERE

Wednesday, August 27, 2014

Panduan Pelajar Baharu - Apa yang perlu dibawa?

Di sini saya listkan senarai barang yang perlu atau elok dibawa dari Malaysia. Barang-barang ini adalah yang sukar atau lebih mahal harganya di sini (Edinburgh khususnya, UK secara amnya) berbanding Malaysia. Saya compilekan senarai ini berdasarkan soalan-soalan yang student baharu selalu tanya dan dari pengalaman kami di sini. Moga bermanfaat.

Untuk senarai makanan yang perlu/tak perlu dibawa, sila klik MAKANAN YANG PERLU DIBAWA

1) Gajet
Jika anda gajet freako, atau scroll hp setiap masa, sila bawa power bank dari Malaysia. Sini semua gajet mahal berganda. Jadi, bawalah pendrive, camera, external hardisk, ipad etc

2) Lampu putih
Kebanyakkan lampu yang dijual adalah lampu kuning (macam kat hotel). Bila nak study agak tak puas la. Kebanyakkan rumah, tak pakai lampu kalimantang. Semua pakai jenis bulb tu saja. Jadi, kalau boleh tahu in advance rumah yang kita nak masuk tu pakai lampu jenis apa, boleh bawak lampu cahaya putih.

3) T shirt sebenar
Untuk wanita, susah betul nak cari t-shirt sebenar. Faham tak? yang kain t-shirt, berlengan panjang. Kebanyakkan yang dijual kain chiffon je. Jadi, if you need t-shirt, bawak siap-siap

4) Berus baju
Mungkin ada jual, tapi saya cari tak jumpa. Ringan ja pun kalau nak bawak :) [kawan cakap ada jual di Poundland]

5) Selipar tandas
Kalau datang around summer, tak ada masalah. Sepasang 1 pound saja. Tapi saya pernah cari time winter, memang tak jual. Takkan nak beli fitflop buat masuk toilet pulak -_-"

6) Alat tulis (atau alatulis?)
Sila bawa stok cukup untuk tahun pengajian anda. Sini mahal. Ya lah, sebab dia ikut rate dia kan. Sebatang pen 1 pound, kalau convert ke RM boleh dapat pen dakwat basah dah kat Malaysia. Kalau pemadam hilang, terus moody satu hari. Sebab sayang duit nak beli baru. Bagi pelajar phd, selalunya alatulis boleh ambil di school. Percuma (padahal dah masuk dalam yuran)

7) Tudung
Jika anda peminat tudung bawal, sila bawak stok mengikut tahun pengajian. Kalau peminat shawl lilit-lilit, sini bayak jual. Orang lilit kat leher, kita lilit kepala. Takda hal. Lawa pulak tu.

8) Kerongsang
Memang takda jual. Safety pins ada lah. Kalau kat Malaysia, seminggu sekali hilang pin kan. Sini tatanglah bagai minyak yang penuh. Kalau hilang, moody lagi satu hari.

9) Baju kebangsaan
Bawak lah. Nak raya di perantauan katanya kan.

10) Jalur Gemilang
Bawak. Boleh kibar-kibar time photoshoot, Malaysian gathering, panjat gunung dsb.

11) Anak tudung (inner tudung)
Sini ada jual snow cap saja. Hijabista sangat pakai snow cap dengan tudung

12) Cadar & sarung bantal
Kalau masih ada ruang, boleh lah bawak. Sini ada ja jual, saya beli yang 4-6 pound saja. Buruk la tapi. Kosong saja macam cadar asrama.

13) Quran tafsir
 Bawaklah kalau nak baca tafsir Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia. Moga perjalanan hidup anda diberkatiNya. Al-Quran jadikan amalan, moga tak hanyut anasir luar.

14) Sabun Taharah
Senang nanti kalau jalan-jalan tergesel anjing comel.


Sat saya fikir lagi. Kalau ada saya tambah. Kawan-kawan yang ada nak tambah, mari kongsikan. Terima kasih.


Jumpa di Edinburgh!