Wednesday, August 27, 2014

Panduan Pelajar Baharu - Apa yang perlu dibawa?

Di sini saya listkan senarai barang yang perlu atau elok dibawa dari Malaysia. Barang-barang ini adalah yang sukar atau lebih mahal harganya di sini (Edinburgh khususnya, UK secara amnya) berbanding Malaysia. Saya compilekan senarai ini berdasarkan soalan-soalan yang student baharu selalu tanya dan dari pengalaman kami di sini. Moga bermanfaat.

Untuk senarai makanan yang perlu/tak perlu dibawa, sila klik MAKANAN YANG PERLU DIBAWA

1) Gajet
Jika anda gajet freako, atau scroll hp setiap masa, sila bawa power bank dari Malaysia. Sini semua gajet mahal berganda. Jadi, bawalah pendrive, camera, external hardisk, ipad etc

2) Lampu putih
Kebanyakkan lampu yang dijual adalah lampu kuning (macam kat hotel). Bila nak study agak tak puas la. Kebanyakkan rumah, tak pakai lampu kalimantang. Semua pakai jenis bulb tu saja. Jadi, kalau boleh tahu in advance rumah yang kita nak masuk tu pakai lampu jenis apa, boleh bawak lampu cahaya putih.

3) T shirt sebenar
Untuk wanita, susah betul nak cari t-shirt sebenar. Faham tak? yang kain t-shirt, berlengan panjang. Kebanyakkan yang dijual kain chiffon je. Jadi, if you need t-shirt, bawak siap-siap

4) Berus baju
Mungkin ada jual, tapi saya cari tak jumpa. Ringan ja pun kalau nak bawak :) [kawan cakap ada jual di Poundland]

5) Selipar tandas
Kalau datang around summer, tak ada masalah. Sepasang 1 pound saja. Tapi saya pernah cari time winter, memang tak jual. Takkan nak beli fitflop buat masuk toilet pulak -_-"

6) Alat tulis (atau alatulis?)
Sila bawa stok cukup untuk tahun pengajian anda. Sini mahal. Ya lah, sebab dia ikut rate dia kan. Sebatang pen 1 pound, kalau convert ke RM boleh dapat pen dakwat basah dah kat Malaysia. Kalau pemadam hilang, terus moody satu hari. Sebab sayang duit nak beli baru. Bagi pelajar phd, selalunya alatulis boleh ambil di school. Percuma (padahal dah masuk dalam yuran)

7) Tudung
Jika anda peminat tudung bawal, sila bawak stok mengikut tahun pengajian. Kalau peminat shawl lilit-lilit, sini bayak jual. Orang lilit kat leher, kita lilit kepala. Takda hal. Lawa pulak tu.

8) Kerongsang
Memang takda jual. Safety pins ada lah. Kalau kat Malaysia, seminggu sekali hilang pin kan. Sini tatanglah bagai minyak yang penuh. Kalau hilang, moody lagi satu hari.

9) Baju kebangsaan
Bawak lah. Nak raya di perantauan katanya kan.

10) Jalur Gemilang
Bawak. Boleh kibar-kibar time photoshoot, Malaysian gathering, panjat gunung dsb.

11) Anak tudung (inner tudung)
Sini ada jual snow cap saja. Hijabista sangat pakai snow cap dengan tudung

12) Cadar & sarung bantal
Kalau masih ada ruang, boleh lah bawak. Sini ada ja jual, saya beli yang 4-6 pound saja. Buruk la tapi. Kosong saja macam cadar asrama.

13) Quran tafsir
 Bawaklah kalau nak baca tafsir Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia. Moga perjalanan hidup anda diberkatiNya. Al-Quran jadikan amalan, moga tak hanyut anasir luar.

14) Sabun Taharah
Senang nanti kalau jalan-jalan tergesel anjing comel.


Sat saya fikir lagi. Kalau ada saya tambah. Kawan-kawan yang ada nak tambah, mari kongsikan. Terima kasih.


Jumpa di Edinburgh!

Saturday, August 2, 2014

Panduan Pelajar Baharu (Scotland) - Talian Telefon dan Internet

Panduan ini khusus bagi pelajar-pelajar baharu yang akan menyambung pelajaran di Scotland. Telefon dan internet paling penting lah zaman sekarang. Paling korang gusar jugak kan. Panduan ini ditulis dan relevan bagi tahun 2014 (disclaimer bajet 10 tahun lagi ada orang nak baca entry ni). 


Talian telefon:
Saya pakai line Three mobile. Sebulan £16 untuk unlimited data, dan ribu-ribu free minutes (call to UK number) dan text (sms). GiffGaff pun popular untuk data plan. Sim kad free saja boleh order di website dan dia deliver ke rumah. 


Kat campus, atas bas, kat rumah ada wifi jadi boleh ambek data plan yang jimat. tapi kalau suka instagram, kau ambek lah unlimited data.


Untuk panggilan ke Malaysia, selain gunakan Skype, Viber etc, boleh gunakan pay-as-you-go (prepaid) Lebara atau Lyca. Dua-dua ada deal
£10 untuk unlimited call to Malaysia for one month. Murah dah ni. Kalau call Maxis to Maxis lagi berganda mahai. Eh. 
Simkad ada jual di banyak kedai (student shop dalam campus pun ada) atau boleh request online. Kalau kat Heathrow ada jual dalam vending machine. Sampai terus beli boleh check in Foursquare, Facebook dan seumpamanya. Wifi Heathrow tu free 45 minit saja.


Internet:
Internet provider kat rumah boleh ambek pakej dari Sky atau Virgin Media. Tak susah, pergi mana-mana store dia dan tengok pakej yang ada, terus langgan. Cepat saja dia mai pasang. No sweat. 
Pakej internet ni selalu bundle sekali telefon rumah dan TV.


Panduan Pelajar Baharu - Makanan di Edinburgh

Panduan ini khusus bagi pelajar-pelajar baharu yang akan menyambung pelajaran di Edinburgh, Scotland. Berikut ialah sedikit perkongsian mengenai senarai makanan yang mudah dan sukar didapati di Edinburgh. Senarai ini akan dikemas kini dari masa ke semasa.


Yang mudah. (Tidak perlu bawa dari Malaysia jika ruang bagasi terhad)
1) Kicap - kicap masin dan manis cap kipas udang, Kicap Adabi, Kicap ABC dan beberapa jenama lain boleh didapati di kedai makanan Asia (contoh: Mathhew's Foods dan Hing Sing Chinese Supermarket).
2) Sos cili - Pelbagai jenama dijual di  kedai makanan Asia.
3) Sos tomato - terdapat di merata-rata
4) Tempe - Takla senang jumpa, tapi ada di Matthew's atau order online di Tiny Tempeh (FB)
5) Rempah-ratus - rempah 3 sekawan, 5 sekawan semua ada.
6) Cili kering
7) Beras - merata-rata jual. selalu beli yang sekilo 40p saja.
8) Sardin, tuna - cuma Ayam brand takda, pelbagai jenama boleh didapati di Asda, Sainsbury, Poundland etc
9) Asam jawa - Matthew's




Daun - daun (yang ada)
1) Serai - di Asda, Sainsbury, kedai Asia
2) Daun pisang - Mathhew's (stok takda hari-hari)
3) Pandan - Matthew's (stok takda hari-hari)
4) Daun limau purut - Mathhew's (frozen)
5) Daun kari - kedai Rahman
6) Kucai - Asda, Sainsbury, Matthew's



Yang susah jumpa. (sila bawa jika nak guna)
1) Cili kering - walaupun ada jual, tapi super pedas. Bawak dari Malaysia untuk rasa sambal lebih enak.
2) Bunga kantan - kalau nak buat laksa
3) Daun kesum - tak pernah jumpa lagi di kedai
4) Mee segera - yang banyak Maggie ja. Tapi tu Nestle kan? BOIKOT. so bawak dari Malaysia Cintan, Ruski, Mamee. (indomee dan mee sedap ada di Matthew's)
5) Ikan bilis - sini ada tapi mahal. segenggam tu berapa £ tah, 
5) Keropok ikan - takda jual
6) Sirap
7) Serunding - memang takda lah. Sila bawa buat bekalan sementara nak settle down dan di waktu busy kejar deadline.
8) Udang kering - sini mahal tapi ada
9) Gula melaka - sini mahal tapi ada
10) Laksa! - bawak la laksa kering tu, dah masak jemput saya k, terima kasih.
11) Asam keping

Alamat kedai: 
1) Matthew's - 36 Inglis Green Rd, Edinburgh EH14 2ER
2) Hing Sing Chinese Supermarket - 310 Leith Walk, Edinburgh, Midlothian EH6 5BU


Bagi pelajar yang baru menceburkan diri dalam bidang masakan, digalakkan bawak perencah segera. Ada jugak jual di Matthew's tapi mahal lah sikit. Kalau ada lagi makanan yang tak pasti nak bawak or tak, boleh komen di sini atau email : syahida.tapai@gmail.com

Kawan-kawan di Edinburgh, jika ada maklumat tambahan sudi lah kiranya kalian berkongsi di sini. (pengetahuan saya ni terhad ke kedai-kedai yang selalu pi saja).

Untuk rujukan makanan halal di Edinburgh, baca di Makanan Halal Di Edinburgh