Thursday, December 29, 2011

Pencapaian 365 hari saya

Lagi dua hari masuk tahun baru 2012. Semua pakat dok list pencapaian tahun 2011. Saya pun mesti la ada pencapaian. Hidup kena lah mencapai sesuatu kan. Mari saya cuba list kat sini. Sekadar untuk rujukan saya di masa hadapan supaya sentiasa bersyukur. Tulis kat blog, sebab 10 tahun akan datang pun masih boleh baca. Kalau tulis dalam buku, ada kemungkinan hilang dalam simpanan, dimakan anai-anai, hanyut sebab banjir atau musnah dalam kebakaran.


January-April, pencapaian tak berapa ingat lah. dah lama. mungkin berjaya dalam test1 & test2 modelling. Berjaya lulus ja pun. Oh, April jugak saya start keja. Nightmare saya tentang kena menganggur untuk setahun alhamdulillah tidak menjadi kenyataan. Saya pi tiga interview tahun ni. (Maybank, UPM, dengan syarikat kilang makanan apa tah. Berjaya dapat 2 daripada 3).

May, berjaya tamatkan pengajian peringkat master. berjaya siapkan projek dan present final projek dengan penuh bergaya. (HAHA tipu, saya tipu)

Julai, berjaya dalam IELTS..hehe..persiapan tak seberapa. dapat lepas, memang syukur lah. Berjaya jugak claim duit yuran IELTS tu.

Ogos, berjaya diterima masuk ke universiti untuk sambung belajar lagi.

September, tak tau la apa pencapaian. dok kalut apa tah..macam tak buat apa pun. Dok kalut nak kenduri la. Kerja pun tak berapa nak jalan...

Oktober, berjaya konvo lagi sekali. yippie! (macam buku akaun Maybank masa kecik-kecik dulu). Sekali lagi dapat anugerah graduan cemerlang. Alhamdulillah..berjaya lulus BTN di Jalan Bellamy. Nasib baik dapat kat situ. Tak menderita.

November, nothing much. sedikit kucar kacir dalam proses nak submit cuti belajaq. Berjaya masuk meeting UPM bulan november.

Disember, permohonan biasiswa masuk meeting KPT. Alhamdulillah lulus!


Itu antara kejayaan significant dalam hidup saya sepanjang tahun ini. Harapan saya tahun depan lebih maju ke hadapan. Semoga kita semua terus cemerlang. BERUSAHA BERJAYA!

Monday, December 26, 2011

Ready ke Sekolah

Saya pi Sogo, Mid dan Jusco weekend ni. Banyak la promo back to school. Mak aii...banyak betoi la orang beratoq nak bayaq. Sorang seraga barang. Memang style shopping last minute ni. Minggu depan nak sekolah, minggu ni baru beli. Murah kot noh macam tu? Tak pun, sebab gaji baru masuk?


Saya pun dah sedia untuk bukak sekolah. Saya beli ni kat Sogo:



Kamu beli apa?

Wednesday, December 21, 2011

Luahan keliru. (melankolia)

Dah lama saya memikirkan hal ini. Semakin hari semakin keliru dengan kehendak hati. Sejak mula carik tempat untuk sambung belajaq ni, saya serba salah ja. Cuma buat ja ikut orang. Go with the flow. Saya keliru nak buat tempat dekat ka jauh.

Tapi saya dah apply untuk ke tempat jauh. Masa apply tu memang lah rasa beriya. Nak sangat dapat. Tapi lepas dah dapat tempat, mula rasa was-was. Tahla...Sekarang cuma tunggu dari pihak atas. Kalau dapat, kena pi la.

Kadang-kadang mintak bagi dapat pi. Kadang-kadang rasa harap tak dapat pulak. Haru. Tapi memang bagus buat kat sana.
1. Dapat tengok tempat orang. belajaq budaya, komunikasi, berdikari lah apa semua tu
2. Supervisor kat sana sangat baik. (dari email ja lah). Tapi diakui sendiri oleh lecturer-lecturer kat sini yang kenal dengan SV sana tu.
3. Kalau buat dengan SV tu, memang gerenti dapat guidance yang sewajarnya. (depa kata)
4. Dapat melancong free. Orang support.


Boleh tahan jugak la advantage kan. Bila ingat yang tu, terus doa bagi la dapat pi. Tapi, kadang-kadang akan terfikir,
1. Macam mana nak survive sorang-sorang kat sana nanti? Memang la orang kata ramai warganegara kat sana. Tapi masa awal-awal jenuh jugak la. How how? Pi sorang-sorang pulak tu. Jenuh jakun. Kalau pikiaq pun dah rasa nervous. (macam la sekarang ada kawan sangat)
2. Tak reti nak cakap omputeh nanti. Masalah komunikasi T_T. Semakin pendiam la satgi..Haru jugak tu.
3. Nanti mesti terserempak puppy di mana-mana. Tak suka tak suka. Ya la, tu kan macam haiwan kesayangan. Macam kucng kat sini. (hiperbola ja pikiaq macam tu. Tak tau betoi tak)
4. Macam mana nak present kat conference yang penuh warga asing? Tidakkkkk...



Pesimis betoi saya ni. selalu bayang turun kapal terbang, blur blur tak tau nak pi mana. Nak naik taxi tapi tak reti cakap. Dok kat kerusi ja sambil update status sedih-sedih kat facebook. Guna wifi airport. (T_T)



Last week masa demam seminggu, lagi la rasa takmo pi jauh. Teruk teruk teruk.


Tengok, saya bercelaru kan. SV saya kat sini kata ikut nasib you lah Hani. Jangan takot. Kalau Tuhan rasa you boleh buat, you nak cakap apa. Betoi jugak tu. Allah saja tau yang terbaik untuk saya. Jadi, saya dah tak doa bagi dapat pi. Cuma doa bagi dapat apa yang terbaik untuk saya. Kalau tak dapat pi, maksudnya saya lagi sesuai belajaq dekat-dekat ja. Di kelilingi hutan hujan tropika ni. Musim panas dan lembap sepanjang tahun. Musim sejuk pun ada jugak. Salji pun ada.


Saya tengok kawan-kawan yang dah & akan pi semua hebat-hebat. Matang, pandai bercakap. Memang padan la depa pi. Jauh betoi panggang tu dari saya. Haih..Sekarang tengok orang pi, dah tak jeles. Tak kisah dah. Tapi tak tau la bulan depan, tahun depan kot rasa jeles tengok gambaq-gambaq depa kat sana (hehe).


Keputusan dapat pi/tak dapat pi mungkin akan tahu minggu depan. Kalau dapat, dalam gembira mesti ada gusar, takut, bimbang etc. Kalau tak dapat pulak, mesti akan ada kecewa, terkilan dalam masa yang sama lega. Saya belum apply tempat baru pun. Tak larat nak buat proposal baru. Seksa betul nak buat proposal hari tu. Tapi minggu depan akan gigih buat. InsyaAllah.



Jadi kawan-kawan pun, doakanlah yang terbaik untuk saya. Saya pun mendoakan yang terbaik untuk kalian. Bagi yang akan terbang tu, saya gembira untuk anda. Selamat maju jaya!

Monday, December 19, 2011

Songlap

Dah tengok Songlap semalam. Mesti ramai yang tengok kan..Saya pun pi tengok sebab baca banyak review yang positif dari blogger lain. Tu yang gigih tengok di hari minggu. RM13 tu *mahal tsk. Bukan sebab ada Shaheizy Sam ye kawan-kawan. Memang la saya minat dia. Tapi dah cemuih sangat tengok banyak sangat dia berlakon. Huhu...

Memang OK la cerita ni. Tak la sama macam filem-filem Melayu yang lain. Yang predictable. Saya tak tau lah bab-bab seni ni. Tapi cerita ni lebih dekat dengan kehidupan sebenar. Sebagai contoh, hubungan ibu dan anak antara Ad dengan mak dia tu. sampai sudah mak dia tak tau yang Ad tu anak dia. Sebagai penonton, kita mesti la harap and agak last sekali mesti mak dia tau, happy ending. Tapi dalam cerita ni, tak. Memang tak tau sampai sudah. Mula-mula tu tak puas hati lah. Tapi bila fikir-fikir balik, dalam kehidupan yang sebenar, bukan semua benda akan settle dengan baik.


Lakonan yang baik mestilah Fauzi Nawawi sebagai Chipun (kot, tak ingat). Memang bersahaja lah lakonan dia. Lawak. Saya rasa semua pelakon hebat dalam cerita ni. Semua pandai. Kecuali yang berlakon jadi Razak tu. Dia nampak la macam tengah berlakon.


Buruk betul la tarian Ad dalam filem ni. Haha..pandai dia berlakon. Watak pakcik taxi ayah Hawa tu pun bagus. Ekspression yang memang buat orang geram dan nyampah. Yang jadi Toyol tu pun bagus. Baru tau nama dia Ayam. Sebelum tengok, ingatkan Ayam Juvana tu yang berlakon..hehe



Oh, lagi satu saya suka Rashidi Ishak dalam cerita ni. Handsome rambut dia. Must see must see! Dahla noh. Tak payah la nak describe semua dalam filem ni. Nak tahu, boleh pi tengok sendiri. Saya tengok kat TGV Mines ja..Ada la beli popcorn 1. Tapi, kurang rasa la. Tawaq..huhu..Habis jugak la sebalang tu..HAHA
                                             

Friday, December 16, 2011

Hp and pendrive charms.

Saya ada buatkan pendrive charm untuk cikgu saya. Cikgu kata pendrive dia selalu hilang. Yala, sebab pendrive kan kecik ja..kalau orang pinjam ka apa ka, terus tak tau pi mana..Jadi saya buat charm yang besaq. Biaq besaq dari pendrive pun takpa...Supaya dari jauh pun nampak dan dah tau sapa punya.


 Tu pendrive saya...testing dulu..rasanya ok kot. semua pendrive lebih kurang besaq ni ja.




Kawan roommate saya order 10 hp charm bentuk love. Tapi dia taknak guna felt. Nak guna pvc sheet. Dah lama jugak dia order. Tapi sebab macam-macam hal asyik tertangguh buat. Jadi kemarin baru nak pulun buat semua. Sakit jugak lah jari dok tarik benang...hehe..


Dia request nak semua kaler lain-lain. Nasib baik saya memang ada 10 helai pvc. Dapat lah buat...kalau dia order 15pcs kaler lain-lain, memang tak dapat lah ;p Yang ni semua tak pasang strap dia lagi. Kalau perasan, yang putih tu takdak tangkai. Sebab ralit jahit terlupa letak T_T. Satgi kena betulkan atau buat baru satu lagi..


Harap berpuas hati ya. Bye! :)

Friday, December 9, 2011

Pesan Mama

Mama saya berpesan,


Hidup tidak boleh berpandukan kata hati yang kadangkala boleh merosakkan diri sendiri. Yang paling utama adalah belajarlah berfikir dengan baik dan menerima sesuatu atau melakukan sesuatu dengan berhemah.


Betul la tu. Kena buat/pandang sesuatu perkara tu pakai otak. Sebab orang tua2 pesan ikut hati mati, ikut rasa binasa. Bertindak/ berfikir lah seperti seorang dewasa. Jangan asyik nak gadoh saja. Mak saya kata, gadoh tu perangai syaitan. Jadi jangan ikut ya kawan-kawan.



p/s: kalau tak reti guna mana-mana laman sosial, boleh search tutorial kat google k :) Jangan menyusahkan orang lagi. Chill!

Monday, December 5, 2011

TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY






Saya join GA lagi. Kali ni dari Tote Boutique. Saya suka sangat produk depa. Pernah beli 3 items. 1 long purse untuk Mama & 2 passport holder untuk saya & Along. Puas hati la dengan jahitan. Harga pun berpatutan. Jadi, kalau ada rezeki dapat card wallet ni best jugak :)

To join: Klik banner