Thursday, December 29, 2011

Pencapaian 365 hari saya

Lagi dua hari masuk tahun baru 2012. Semua pakat dok list pencapaian tahun 2011. Saya pun mesti la ada pencapaian. Hidup kena lah mencapai sesuatu kan. Mari saya cuba list kat sini. Sekadar untuk rujukan saya di masa hadapan supaya sentiasa bersyukur. Tulis kat blog, sebab 10 tahun akan datang pun masih boleh baca. Kalau tulis dalam buku, ada kemungkinan hilang dalam simpanan, dimakan anai-anai, hanyut sebab banjir atau musnah dalam kebakaran.


January-April, pencapaian tak berapa ingat lah. dah lama. mungkin berjaya dalam test1 & test2 modelling. Berjaya lulus ja pun. Oh, April jugak saya start keja. Nightmare saya tentang kena menganggur untuk setahun alhamdulillah tidak menjadi kenyataan. Saya pi tiga interview tahun ni. (Maybank, UPM, dengan syarikat kilang makanan apa tah. Berjaya dapat 2 daripada 3).

May, berjaya tamatkan pengajian peringkat master. berjaya siapkan projek dan present final projek dengan penuh bergaya. (HAHA tipu, saya tipu)

Julai, berjaya dalam IELTS..hehe..persiapan tak seberapa. dapat lepas, memang syukur lah. Berjaya jugak claim duit yuran IELTS tu.

Ogos, berjaya diterima masuk ke universiti untuk sambung belajar lagi.

September, tak tau la apa pencapaian. dok kalut apa tah..macam tak buat apa pun. Dok kalut nak kenduri la. Kerja pun tak berapa nak jalan...

Oktober, berjaya konvo lagi sekali. yippie! (macam buku akaun Maybank masa kecik-kecik dulu). Sekali lagi dapat anugerah graduan cemerlang. Alhamdulillah..berjaya lulus BTN di Jalan Bellamy. Nasib baik dapat kat situ. Tak menderita.

November, nothing much. sedikit kucar kacir dalam proses nak submit cuti belajaq. Berjaya masuk meeting UPM bulan november.

Disember, permohonan biasiswa masuk meeting KPT. Alhamdulillah lulus!


Itu antara kejayaan significant dalam hidup saya sepanjang tahun ini. Harapan saya tahun depan lebih maju ke hadapan. Semoga kita semua terus cemerlang. BERUSAHA BERJAYA!

1 comment: