Saturday, June 26, 2010

Apa itu distort?

Ashraf kata tulisan kat header yang saya pakai sebelum ni distort. Distort? Apakah?? Bahasa Inggeris saya semakin berhabuk sampai pekataan yang familiar didengar pun tak tau maksud apa. Kalau tanya Ashraf konfem dia suruh google. Dah tau dah. Takyah tanya dia, terus bukak kamus bagai. Bukan faham sangat pun. Tapi kesimpulan yang saya faham maybe tulisan dalam header tu 'beketak-ketak' Tak smooth line dia..Hurm..betoi ka maksud centu?



boleh klik utuk tumbesaran header yang sihat
ni header yang 'distort' itu



Sebab tu malam ni buat baru (seperti di atas). Tapi, tak jumpa function-function yang Ashraf habaq sebab saya tak guna Photoshop..guna Photoscape ja..hehe..Setelah di explore, tulisan macam tu yang terhasil..Macam ni dikira distort tak?



Tapi kan, bila dah siap tampal header ni kat blog baru perasan ada iras-iras header Nada. Alamak! Dia gambaq baju, ni boh gambaq kasut la pulak. Aiyak..Nada, ampunnn..akak tak bermaksud menciplak..tak sengaja ter-iras..huhu..jangan risau Nada. Akan segera menghasilkan header baru yang lain.


Macam biasa, sila komen untuk penambahbaikkan. Terima kasih =)

Thursday, June 24, 2010

Lagi header murahan!

Hari ni sekali lagi che buat header. Tapi, che memang takdak idea. Cuma nak praktikkan apa yang kawan-kawan kat sini ajaqkan semalam. Satu, width kena sama dengan body. Sebab tu che guna 930x. Lepas tu, kena guna format PNG..kan? Lagi satu yang ditegur pasal header che yang before ni, tulisan tak clear. jadi che guna tulisan ni..Hurm..it's not better than before but at least the errors last time had been fixed. Kot.

Till then. Jumpa lagi dengan header yang harapnya mahal sikit T_T.


Tapai: Habaq kat che kalau ada apa-apa yang perlu baiki. TQ kawan :):)

Wednesday, June 23, 2010

Header baru saya macam pelik. Kan?

Tengok header kat atas tu. Ha..tu header baru buat tadi. Ikut tutorial yang Nada bagi. Bila tengok orang lain punya header cantik-cantik, che pun teringin gak nak buat. Tapi, hasilnya centu ja la. Macam kembang setaman ja. Skema pulak tu. T_T Takpala....first timer. Sepuloh minit punya keja. Yang header orang menjerit before ni kakak che yang buat..hehe..

Tapi, soalan minggu ini, kenapakah header itu di tepi?? tak boleh kasi center. Macam cacat ja ni..kan? haish..Nada, tolong kak sat. Nada ni junior che kat maktab dulu..hehe..tapi, bab blogging ni, dia pandai woo! kalah senior..haha.. (sebenaqnya, kalau bab belajaq pun, mestila dia lagi pandai)

Hurm..buat sementara ni pakai ja dulu header bunga-bunga ni. Hello, I tak jiwang k..haha..(sapa kata hang jiwang) cuma takdak bahan and idea ja. Akan terus 'bekarya' bagi menghasilkan produk-produk lebih bermutu. Ceh. Bajet.




Eyh, sapa-sapa tau macam mana nak bagi header lebaq sama dengan body, habaq la kat che. TQ ;-)

Monday, June 21, 2010

KhairunShop Giveaway

Giveaway lagi..weee!! KhairunShop ni memang best. Warna-warni. Comel-comel barang dia. I like. Oleh itu, harap dapat la menang hadiah..ehehe..


Eley, I tau you pun nak kan? klik kat gambaq tu. ataupun tengok sini,

You tak join, you rugi.
Bye!

Happy Family Giveaway

Kawan-kawan, ada giveaway baru la. Ermm,takla baru kot. I yang baru join..hehe..kali ni dari DJf Closet.




banner sungguh harmonis
tarikh tutup is on 9th July 2010
ayuh!

Saya menang. Yayy!


Thanks to Pauline :):)
Baru ja cakap che tak pernah bertuah..hehe

Wednesday, June 16, 2010

Erk, tak gemok pun?

Hurm..cuti dah dua bulan tapi tak naik-naik lagi berat. Last timbang, naik 0.9kg. peningkatan la tu. tapi, tak mencapai target ni. adoi, macam mana ye? dah balik kolej nanti lagi la tak naik-naik. Kat rumah setiap pagi makan nasik pun takdak hasil..Kat sana kan kais pagi  makan pagi, malas kais takyah makan.

Bukan nak gemok sangat. Nak tambah isi siket ja lagi..teruskanlah usaha. Berusaha berjaya.

Next sem dah tak bawak kereta kecil warna emas, bertambah la exercise. lagi la kalori terbakar dengan pantas. tak boleh nak menyimpan.

Apa lagi yang leh buat untuk tambah 2kg?

Saturday, June 12, 2010

Hadiah untuk Imam Muda

Dah tiga minggu follow Imam Muda, tak tau pulak apa hadiah untuk pemenang. Setelah digoogle, baru tau

"Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.



Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji."

Hebat-hebat..tak kisah sapa menang. yang penting pakat-pakat belajaq kat sana noh. dengaq kata, Taufek baru ja selasai majlis pernikahan.Selamat pengantin baru :)

Tuesday, June 8, 2010

Kalau menguap, tutuplah mulut.

Ish, kalau menguap tu cuba la tutup mulut. Ni tak, nganga luas-luas macam singa mengaum. Kalau budak-budak tu, consider la jugak. Ni dah besaq panjang. Tambah-tambah kalau perempuan. Burok benor pemandangannya.

Dulu masa kecik-kecik baca majalah Asuh ada kartun dia lukis, orang yang menguap tak tutup mulut nanti syaitan masuk mulut dia. Sejak tu memang takot sangat. Usaha tahan tak menguap. Sebab, kalau  syaitan masuk dalam badan, mestila kita akan terikut perangai dia. Pemarah, panas baran, malas solat.

Dalam majalah tu jugak cakap, kalau menguap kena baca Astaghfirullahallazim. Tak nak bagi syaitan masuk.

I rasa ibu bapa kena train anak-anak dari kecik benda ni. Ni dikira adab jugak. tambah-tambah orang Melayu. Kena sopan-santun. Benda macam ni takda dalam silibus kat sekolah.jadi peranan ibu bapa lah ye..

Dalam kelas kalau menguap sakan tu, cikgu kat depan pun rasa nak baling pen. Adeh..Jadi,tahan menguap sampai mengalir air mata


Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).


Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.



Kalau baby yang menguap, tolong tutupkan mulut dia neh :):)

Monday, June 7, 2010

Cinta Sampai Mati!

Dalam paper hari ni ada cerita tentang pasangan yang sanggup sehidup semati. serius. bukan hanya kata-katan manis tanam tebu di pinggir bibir. Seorang lelaki budiman, Ngah Mohamad 83 tahun setia menjaga isterinya yang sedang sakit Long Musa, 73 tahun. Beliau dah jaga isterinya ni tujuh tahun sejak isteri dia kena angin ahmar.


“Sepanjang hidup bersama sejak 54 tahun lalu, kami tidak pernah berpisah dan melalui pahit manis hidup berumah tangga bersama sehingga kini. Sejak isteri diserang angin ahmar, saya yang menjaganya termasuk memandikan serta menyalinkan lampin serta menyuapkan makanan kepadanya."

oh,sungguh terharu T_T

 “Selagi saya masih boleh menggerakkan tangan dan kaki, selagi itu saya akan menguruskannya sendiri. Saya tidak mahu isteri dibawa anak-anak ke rumah mereka kerana janji yang saya berikan kepada isteri ketika zaman percintaan dulu perlu ditunaikan, walau dengan apa cara sekalipun "

lagi kata-kata menyentuh hati,

“Malah, apabila mengenang kembali pengorbanan isteri ketika menjaga makan dan minum saya ketika bekerja sebagai nelayan membuatkan hati semakin berat berpisah dengannya walaupun sesaat. Apapun terjadi, saya tetap akan menjaganya selagi terdaya biarpun dia tidak mampu lagi berbakti kepada saya,”

sangat baik kan..kepada orang muda zaman sekarang yang ghairah bercinta, jadikan kisah ini pengajaran. kata-kata dan janji senang ja nak lafaz. tapi, mampu ka nak melaksanakannya?

renung-renungkan dan selamat beramal


Tapai: doa dalam hati moga kita semua beroleh kebahagiaan seperti ini

Thursday, June 3, 2010

[JOKES] Diet Procedure

Hamud was terribly overweight, so his doctor put him on diet. "I want you to eat regularly for two days, then skip a day, and repeat this procedure for two weeks. The next time I see you, you'll have lost at least five kilos"

When Hamud returned, he shocked the doctor by losing nearly 20 kilos. "Why,that's amazing!" the doctor said. "Did you follow my instructions?"

Hamud nodded obediently. "I'll tell you though, I thought I was going to drop dead that third day"

"From hunger, you mean?" asked the doctor.

"No, from all the skipping."



He Who LAUGHS, Lasts!

Wednesday, June 2, 2010

Come and try figure it out!

Let's see if you can figure out what these words have in common
( if you are smart enough! ) haha


banana
dresser
grammar
potato
revive
uneven
assess







Answer : If you take the first letter, place it at the end of the word, and then spell the word backwards, it will be the same word!