Monday, June 7, 2010

Cinta Sampai Mati!

Dalam paper hari ni ada cerita tentang pasangan yang sanggup sehidup semati. serius. bukan hanya kata-katan manis tanam tebu di pinggir bibir. Seorang lelaki budiman, Ngah Mohamad 83 tahun setia menjaga isterinya yang sedang sakit Long Musa, 73 tahun. Beliau dah jaga isterinya ni tujuh tahun sejak isteri dia kena angin ahmar.


“Sepanjang hidup bersama sejak 54 tahun lalu, kami tidak pernah berpisah dan melalui pahit manis hidup berumah tangga bersama sehingga kini. Sejak isteri diserang angin ahmar, saya yang menjaganya termasuk memandikan serta menyalinkan lampin serta menyuapkan makanan kepadanya."

oh,sungguh terharu T_T

 “Selagi saya masih boleh menggerakkan tangan dan kaki, selagi itu saya akan menguruskannya sendiri. Saya tidak mahu isteri dibawa anak-anak ke rumah mereka kerana janji yang saya berikan kepada isteri ketika zaman percintaan dulu perlu ditunaikan, walau dengan apa cara sekalipun "

lagi kata-kata menyentuh hati,

“Malah, apabila mengenang kembali pengorbanan isteri ketika menjaga makan dan minum saya ketika bekerja sebagai nelayan membuatkan hati semakin berat berpisah dengannya walaupun sesaat. Apapun terjadi, saya tetap akan menjaganya selagi terdaya biarpun dia tidak mampu lagi berbakti kepada saya,”

sangat baik kan..kepada orang muda zaman sekarang yang ghairah bercinta, jadikan kisah ini pengajaran. kata-kata dan janji senang ja nak lafaz. tapi, mampu ka nak melaksanakannya?

renung-renungkan dan selamat beramal


Tapai: doa dalam hati moga kita semua beroleh kebahagiaan seperti ini

8 comments:

  1. hurm.. bestnye kalau dapat suami camni.. doa banyak2.. :)

    ReplyDelete
  2. MJ : sama2 doa :):)

    cik panadol : sweet kn..hehe

    ReplyDelete
  3. owh~~~soo sweet...wish dapat suami yg betul2 setia and caring macam 2....

    ReplyDelete
  4. ouch.. sungguh bahagianya kalo cenggini..
    tp kalo bleh x mo la sakit²..
    mudah²an diperkenankan oleh-Nya, amin!!!!

    ReplyDelete
  5. yela hani..mari berdOa mntak bakal suami kita pOn ikhlas mnjaga kta lam pe jua situasi..amin.. :)

    ReplyDelete