Tuesday, June 8, 2010

Kalau menguap, tutuplah mulut.

Ish, kalau menguap tu cuba la tutup mulut. Ni tak, nganga luas-luas macam singa mengaum. Kalau budak-budak tu, consider la jugak. Ni dah besaq panjang. Tambah-tambah kalau perempuan. Burok benor pemandangannya.

Dulu masa kecik-kecik baca majalah Asuh ada kartun dia lukis, orang yang menguap tak tutup mulut nanti syaitan masuk mulut dia. Sejak tu memang takot sangat. Usaha tahan tak menguap. Sebab, kalau  syaitan masuk dalam badan, mestila kita akan terikut perangai dia. Pemarah, panas baran, malas solat.

Dalam majalah tu jugak cakap, kalau menguap kena baca Astaghfirullahallazim. Tak nak bagi syaitan masuk.

I rasa ibu bapa kena train anak-anak dari kecik benda ni. Ni dikira adab jugak. tambah-tambah orang Melayu. Kena sopan-santun. Benda macam ni takda dalam silibus kat sekolah.jadi peranan ibu bapa lah ye..

Dalam kelas kalau menguap sakan tu, cikgu kat depan pun rasa nak baling pen. Adeh..Jadi,tahan menguap sampai mengalir air mata


Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).


Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.



Kalau baby yang menguap, tolong tutupkan mulut dia neh :):)

4 comments:

  1. nak bersin pun jangan lupa tutup mulut, iye dak?hoho

    Latest Entri : Shahir Si Pencuri

    ReplyDelete
  2. "..Allah suka pada orang2 yg bersin.." o_0
    first time dengar.. nape ek Allah suka??

    ReplyDelete
  3. sebab bersin menghindarkan penyakit.saya rasa.bersin adalah salah satu mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bendasing dari tubuh.sebab tu sesudah bersin kita cakap alhamdulillah.wallahu'alam.mintak kyo_9 cari lagi sumber2 yg sahih.

    ReplyDelete
  4. hurm..nanti sy kaji..will blog about it bila dh cukup info :):)

    ReplyDelete