Thursday, December 29, 2011

Pencapaian 365 hari saya

Lagi dua hari masuk tahun baru 2012. Semua pakat dok list pencapaian tahun 2011. Saya pun mesti la ada pencapaian. Hidup kena lah mencapai sesuatu kan. Mari saya cuba list kat sini. Sekadar untuk rujukan saya di masa hadapan supaya sentiasa bersyukur. Tulis kat blog, sebab 10 tahun akan datang pun masih boleh baca. Kalau tulis dalam buku, ada kemungkinan hilang dalam simpanan, dimakan anai-anai, hanyut sebab banjir atau musnah dalam kebakaran.


January-April, pencapaian tak berapa ingat lah. dah lama. mungkin berjaya dalam test1 & test2 modelling. Berjaya lulus ja pun. Oh, April jugak saya start keja. Nightmare saya tentang kena menganggur untuk setahun alhamdulillah tidak menjadi kenyataan. Saya pi tiga interview tahun ni. (Maybank, UPM, dengan syarikat kilang makanan apa tah. Berjaya dapat 2 daripada 3).

May, berjaya tamatkan pengajian peringkat master. berjaya siapkan projek dan present final projek dengan penuh bergaya. (HAHA tipu, saya tipu)

Julai, berjaya dalam IELTS..hehe..persiapan tak seberapa. dapat lepas, memang syukur lah. Berjaya jugak claim duit yuran IELTS tu.

Ogos, berjaya diterima masuk ke universiti untuk sambung belajar lagi.

September, tak tau la apa pencapaian. dok kalut apa tah..macam tak buat apa pun. Dok kalut nak kenduri la. Kerja pun tak berapa nak jalan...

Oktober, berjaya konvo lagi sekali. yippie! (macam buku akaun Maybank masa kecik-kecik dulu). Sekali lagi dapat anugerah graduan cemerlang. Alhamdulillah..berjaya lulus BTN di Jalan Bellamy. Nasib baik dapat kat situ. Tak menderita.

November, nothing much. sedikit kucar kacir dalam proses nak submit cuti belajaq. Berjaya masuk meeting UPM bulan november.

Disember, permohonan biasiswa masuk meeting KPT. Alhamdulillah lulus!


Itu antara kejayaan significant dalam hidup saya sepanjang tahun ini. Harapan saya tahun depan lebih maju ke hadapan. Semoga kita semua terus cemerlang. BERUSAHA BERJAYA!

Monday, December 26, 2011

Ready ke Sekolah

Saya pi Sogo, Mid dan Jusco weekend ni. Banyak la promo back to school. Mak aii...banyak betoi la orang beratoq nak bayaq. Sorang seraga barang. Memang style shopping last minute ni. Minggu depan nak sekolah, minggu ni baru beli. Murah kot noh macam tu? Tak pun, sebab gaji baru masuk?


Saya pun dah sedia untuk bukak sekolah. Saya beli ni kat Sogo:



Kamu beli apa?

Wednesday, December 21, 2011

Luahan keliru. (melankolia)

Dah lama saya memikirkan hal ini. Semakin hari semakin keliru dengan kehendak hati. Sejak mula carik tempat untuk sambung belajaq ni, saya serba salah ja. Cuma buat ja ikut orang. Go with the flow. Saya keliru nak buat tempat dekat ka jauh.

Tapi saya dah apply untuk ke tempat jauh. Masa apply tu memang lah rasa beriya. Nak sangat dapat. Tapi lepas dah dapat tempat, mula rasa was-was. Tahla...Sekarang cuma tunggu dari pihak atas. Kalau dapat, kena pi la.

Kadang-kadang mintak bagi dapat pi. Kadang-kadang rasa harap tak dapat pulak. Haru. Tapi memang bagus buat kat sana.
1. Dapat tengok tempat orang. belajaq budaya, komunikasi, berdikari lah apa semua tu
2. Supervisor kat sana sangat baik. (dari email ja lah). Tapi diakui sendiri oleh lecturer-lecturer kat sini yang kenal dengan SV sana tu.
3. Kalau buat dengan SV tu, memang gerenti dapat guidance yang sewajarnya. (depa kata)
4. Dapat melancong free. Orang support.


Boleh tahan jugak la advantage kan. Bila ingat yang tu, terus doa bagi la dapat pi. Tapi, kadang-kadang akan terfikir,
1. Macam mana nak survive sorang-sorang kat sana nanti? Memang la orang kata ramai warganegara kat sana. Tapi masa awal-awal jenuh jugak la. How how? Pi sorang-sorang pulak tu. Jenuh jakun. Kalau pikiaq pun dah rasa nervous. (macam la sekarang ada kawan sangat)
2. Tak reti nak cakap omputeh nanti. Masalah komunikasi T_T. Semakin pendiam la satgi..Haru jugak tu.
3. Nanti mesti terserempak puppy di mana-mana. Tak suka tak suka. Ya la, tu kan macam haiwan kesayangan. Macam kucng kat sini. (hiperbola ja pikiaq macam tu. Tak tau betoi tak)
4. Macam mana nak present kat conference yang penuh warga asing? Tidakkkkk...



Pesimis betoi saya ni. selalu bayang turun kapal terbang, blur blur tak tau nak pi mana. Nak naik taxi tapi tak reti cakap. Dok kat kerusi ja sambil update status sedih-sedih kat facebook. Guna wifi airport. (T_T)



Last week masa demam seminggu, lagi la rasa takmo pi jauh. Teruk teruk teruk.


Tengok, saya bercelaru kan. SV saya kat sini kata ikut nasib you lah Hani. Jangan takot. Kalau Tuhan rasa you boleh buat, you nak cakap apa. Betoi jugak tu. Allah saja tau yang terbaik untuk saya. Jadi, saya dah tak doa bagi dapat pi. Cuma doa bagi dapat apa yang terbaik untuk saya. Kalau tak dapat pi, maksudnya saya lagi sesuai belajaq dekat-dekat ja. Di kelilingi hutan hujan tropika ni. Musim panas dan lembap sepanjang tahun. Musim sejuk pun ada jugak. Salji pun ada.


Saya tengok kawan-kawan yang dah & akan pi semua hebat-hebat. Matang, pandai bercakap. Memang padan la depa pi. Jauh betoi panggang tu dari saya. Haih..Sekarang tengok orang pi, dah tak jeles. Tak kisah dah. Tapi tak tau la bulan depan, tahun depan kot rasa jeles tengok gambaq-gambaq depa kat sana (hehe).


Keputusan dapat pi/tak dapat pi mungkin akan tahu minggu depan. Kalau dapat, dalam gembira mesti ada gusar, takut, bimbang etc. Kalau tak dapat pulak, mesti akan ada kecewa, terkilan dalam masa yang sama lega. Saya belum apply tempat baru pun. Tak larat nak buat proposal baru. Seksa betul nak buat proposal hari tu. Tapi minggu depan akan gigih buat. InsyaAllah.



Jadi kawan-kawan pun, doakanlah yang terbaik untuk saya. Saya pun mendoakan yang terbaik untuk kalian. Bagi yang akan terbang tu, saya gembira untuk anda. Selamat maju jaya!

Monday, December 19, 2011

Songlap

Dah tengok Songlap semalam. Mesti ramai yang tengok kan..Saya pun pi tengok sebab baca banyak review yang positif dari blogger lain. Tu yang gigih tengok di hari minggu. RM13 tu *mahal tsk. Bukan sebab ada Shaheizy Sam ye kawan-kawan. Memang la saya minat dia. Tapi dah cemuih sangat tengok banyak sangat dia berlakon. Huhu...

Memang OK la cerita ni. Tak la sama macam filem-filem Melayu yang lain. Yang predictable. Saya tak tau lah bab-bab seni ni. Tapi cerita ni lebih dekat dengan kehidupan sebenar. Sebagai contoh, hubungan ibu dan anak antara Ad dengan mak dia tu. sampai sudah mak dia tak tau yang Ad tu anak dia. Sebagai penonton, kita mesti la harap and agak last sekali mesti mak dia tau, happy ending. Tapi dalam cerita ni, tak. Memang tak tau sampai sudah. Mula-mula tu tak puas hati lah. Tapi bila fikir-fikir balik, dalam kehidupan yang sebenar, bukan semua benda akan settle dengan baik.


Lakonan yang baik mestilah Fauzi Nawawi sebagai Chipun (kot, tak ingat). Memang bersahaja lah lakonan dia. Lawak. Saya rasa semua pelakon hebat dalam cerita ni. Semua pandai. Kecuali yang berlakon jadi Razak tu. Dia nampak la macam tengah berlakon.


Buruk betul la tarian Ad dalam filem ni. Haha..pandai dia berlakon. Watak pakcik taxi ayah Hawa tu pun bagus. Ekspression yang memang buat orang geram dan nyampah. Yang jadi Toyol tu pun bagus. Baru tau nama dia Ayam. Sebelum tengok, ingatkan Ayam Juvana tu yang berlakon..hehe



Oh, lagi satu saya suka Rashidi Ishak dalam cerita ni. Handsome rambut dia. Must see must see! Dahla noh. Tak payah la nak describe semua dalam filem ni. Nak tahu, boleh pi tengok sendiri. Saya tengok kat TGV Mines ja..Ada la beli popcorn 1. Tapi, kurang rasa la. Tawaq..huhu..Habis jugak la sebalang tu..HAHA
                                             

Friday, December 16, 2011

Hp and pendrive charms.

Saya ada buatkan pendrive charm untuk cikgu saya. Cikgu kata pendrive dia selalu hilang. Yala, sebab pendrive kan kecik ja..kalau orang pinjam ka apa ka, terus tak tau pi mana..Jadi saya buat charm yang besaq. Biaq besaq dari pendrive pun takpa...Supaya dari jauh pun nampak dan dah tau sapa punya.


 Tu pendrive saya...testing dulu..rasanya ok kot. semua pendrive lebih kurang besaq ni ja.




Kawan roommate saya order 10 hp charm bentuk love. Tapi dia taknak guna felt. Nak guna pvc sheet. Dah lama jugak dia order. Tapi sebab macam-macam hal asyik tertangguh buat. Jadi kemarin baru nak pulun buat semua. Sakit jugak lah jari dok tarik benang...hehe..


Dia request nak semua kaler lain-lain. Nasib baik saya memang ada 10 helai pvc. Dapat lah buat...kalau dia order 15pcs kaler lain-lain, memang tak dapat lah ;p Yang ni semua tak pasang strap dia lagi. Kalau perasan, yang putih tu takdak tangkai. Sebab ralit jahit terlupa letak T_T. Satgi kena betulkan atau buat baru satu lagi..


Harap berpuas hati ya. Bye! :)

Friday, December 9, 2011

Pesan Mama

Mama saya berpesan,


Hidup tidak boleh berpandukan kata hati yang kadangkala boleh merosakkan diri sendiri. Yang paling utama adalah belajarlah berfikir dengan baik dan menerima sesuatu atau melakukan sesuatu dengan berhemah.


Betul la tu. Kena buat/pandang sesuatu perkara tu pakai otak. Sebab orang tua2 pesan ikut hati mati, ikut rasa binasa. Bertindak/ berfikir lah seperti seorang dewasa. Jangan asyik nak gadoh saja. Mak saya kata, gadoh tu perangai syaitan. Jadi jangan ikut ya kawan-kawan.



p/s: kalau tak reti guna mana-mana laman sosial, boleh search tutorial kat google k :) Jangan menyusahkan orang lagi. Chill!

Monday, December 5, 2011

TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY






Saya join GA lagi. Kali ni dari Tote Boutique. Saya suka sangat produk depa. Pernah beli 3 items. 1 long purse untuk Mama & 2 passport holder untuk saya & Along. Puas hati la dengan jahitan. Harga pun berpatutan. Jadi, kalau ada rezeki dapat card wallet ni best jugak :)

To join: Klik banner

Wednesday, November 30, 2011

Kanak-kanak Maut Dibasuh dalam Mesin

Di Paris seorang kanak-kanak lelaki, Bastien (3 tahun) maut apabila bapanya 'membasuh'nya di dalam mesin basuh! Ayah kanak-kanak tu (33 tahun) ingin menghukum anaknya kerana membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas dengan memasukkannya ke dalam mesin basuh dan menghidupkan suis.

Petikan dari Metro:
Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga. Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu. “Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.

  Pasangan suami isteri ni tetap bertegas mengatakan anak lelaki mereka jatuh tangga. Tapi, anak perempuan pasangan itu (5 tahun) mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku. Kadangkala dia dikunci dalam almari pakaian selama dua jam


Kalau ya pun budak-budak tu nakal, agak-agak la kan. Bagi la hukuman yang rasional dan tak mudarat. Bertindak dengan bijak. Jangan dah jadi macam ni baru nak menyesal.






Sumber berita: Harian Metro

Saturday, November 19, 2011

Why we love her.

Takungan air mata dia diactivatekan oleh frekuensi suara yang tinggi. Buktinya, kalau kita tinggi suara sikit ja dari biasa, terus air mata dia mengalir. Mengalir tau bukan menitik lagi dah. Tapi mulut tak bunyi la..berlinang ja


Matang. Contoh: kalau dia merajuk atau terasa hati dengan kami, dia akan masuk bilik tutup pintu. Dok dalam tu beberapa ketika, selesai dia muhasabah diri dia keluaq la. Macam biasa ja. Tak payah nak teruk2 pujuk pun.


Kalau salah sorang dari kami nak pi mana-mana, mesti dia nak ikut. Otak macam GPS. Jalan semua tau. Memang bagus la jadi tour guide saya :)


Pakej dengan Mama. asyik nak berkepit saja. Kalau orang lain dok kat Mama, mesti dia mai kacau. Jeles la tu..tapi saya selalu marah "Jangan nak buat perangai dengan angah". Terus muncung. HAHA.


Suka makan. Yang ni sama ja kami semua adik beradik. Tapi, dia suka makan orang punya. Dia kata "sedap orang punya". Contoh, kalau kat kedai makan, dia order mee sup. Tapi, mesti end up dengan dia habiskan kteow goreng mama, atau chicken chop saya, atau sizzling noodle Iyah. Annoyingggg! haha..kadang-kadang memang marah la. Tak kenyang la saya kalau macam tu!



Nano.



Bila teringat perangai-perangai dia, mesti rasa nak balik rumah sekarang jugak. Tak boleh tunggu lagi. Jadi, walaupun bulan ni dah balik raya haji hari tu, tetap jugak nak balik lagi minggu depan. Saya dengan semangatnya dah beli tiket online. Tiket bas ja. Kali ni nak naik MARA Liner pulak. Sebab dah kecewa lah dengan Transnasional. Selalu setia dengan kamu tapi kamu punya servis macam-macam hal lah :'(


Okey Nano, jumpa next weekend! =)

Monday, November 14, 2011

First Attempt Using PVC

Dah beberapa bulan tak menjahit, semalam cuba la berkarya lagi. Tapi kali ni cuba guna PVC instead of felt. Buat corak simple saja dulu. Test. Ada beberapa perbezaan la dari segi jahitan kalau dibandingkan dengan jahit felt.

1) PVC bentuk dia dah tetap. maksudnya, kita kena potong betul-betul dah. Kalau felt kan boleh tarik-tarik lagi...Lagi satu, PVC ni sebelah ja boleh guna. Jadi kalau nak buat corak yang bukan simetri, kita tak boleh potong dua keping yang sama. Kena buat mirror image. Faham tak?


2) Kalau felt, salah jahit/masuk jarum, kita boleh reversekan jarum. Tarik keluar balik. Tapi PVC tak bolehhh. Jadi kena masuk jarum betul-betul dah.


Yang lain-lain tu sama saja kot buat masa ni. Cuma hasilnya nampak lebih kemas la sebab tak berbulu-bulu. Tak payah nak trim :)



Kawan baru c3 :)


Sapa nak? saya rajin nak buatkan..haha

Friday, November 11, 2011

Izinkan Selamanya Namamu di Hati


Masa kecik-kecik dulu.

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

 Gambar sekadar hiasan perut. Sumber: Google.

 Nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(macam ustaz Ismail Kamus ajar)




Ni saya dapat dari FB. Katanya lagi, Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.


Jom try!


LIKE it if you like :)

Thursday, October 27, 2011

Kem Kenegaraan Jalan Bellamy

Baru balik dari BTN (20-24hb Oct) di Akademi Kenegraan Jalan Bellamy, KL. Ramai yang tanya saya ada beza tak yang kali ni dengan yang pernah join dulu. Jadi, saya tulis kat sini lah. Kali pertama pi BTN maybe tahun 2008 kot. Masa tu kat Pahang. Jadi, mari buat perbandingan.


Penginapan:
Pahang: Dalam hutan, semua orang duduk dalam khemah ikut group masing-masing. BEST!
KL: Tengah pekan. Setiap sorang dapat 1 bilik siap dengan katil, almari, penyangkut kain, air cond. Oh, seterika juga disediakan. LAGI BEST.
Walaupun saya memang suka pi camping, tapi atas faktor usia dah kurang kecintaan itu. Jadi, lega jugak lah dapat pi kat KL ni :)


Aktiviti Indoor:
Pahang: Indoor pun tetap outdoor jugak..hehe..dikelilingi hutan hujan tropika, dan unggas.
KL: Ceramah dalam auditorium besar dan sejuk. LDK banyak tempat yang semuanya selesa lah. (sesuai lagi dengan usia)


Aktiviti Outdoor:
Pahang: Terbaik! memang dikenang sampai sekarang lah. Lasak yet fun. Setiap petang ada aktiviti, rendam selut bagai. Malam-malam pun ada lagi. Berjalan sorang2, kena tinggal lagi...Yang ni saya tak suka. Takot..hehe
KL: Cuma sehari ja kena jalan kaki ke Istana Negara.
Sia-sia ja beli sport shoes (yang lama dah hancur time pi camping). Tapi takpa lah, semua orang cakap kasut tu cantik. Muahahaha!


Makanan:
Pahang: Saya tak berapa ingat. Tapi memang setiap kumpulan dapat bahan-bahan masakan. Ada time kami kena masak sendiri jugak.
KL: Tak payah masak aihh..pi beratuq ja dan makan. Dalam dewan makan beserta aircond.


Pakaian:
Pahang: Setiap masa pakaian sukan.
KL: Tak perlu. Office hour baju kerja. Lepas tu semi formal lah.


Pengisian:
Ada yang sama ada yang tak.



Apa lagi? Tu ja kot yang penting. Hasil dapatannya ialah, saya gembira bila dikelilingi orang-orang yang bijak pandai ni. Selain pandai, cantik-cantik juga. Memang network yang bagus.



Oh, saya suka kumpulan saya. Tengok ni, semua bijak pandai.





Kalau suka boleh LIKE. Terima kasih :)

Monday, October 10, 2011

Cinta Lokasi

Perkenalan kami bermula sejak dari matrik lagi. Eh, taklah..tipu. Bukan di matrik, tapi di bangku universiti. Tapi memang masa matrik kami dah kenal mengenal pun. Cuma tak berkawan ja. Sombong. Masa hari pertama masuk KTP (bangga rasa di hati ini) saya ingat lagi, time petang kena berkumpul kat volleyball court. Dia dari tingkat 3 jerit Hani!. Saya kat ground floor. I was like, eh budak ni la, tapi apa nama dia. Konfius. Haha..Last-last saya suruh Mar tanya nama sebab I malu ;-)


Then, we became friends. Close friends. Amai kata "korang ni asyik becinte jeee". We laugh and argue on so many things. Laugh more than argue lah! Dia garang tapi saya rasa macam saya lagi banyak marah dia dari sebaliknya. She laugh a lot. Still, there's some times she need to be alone. And I did left her alone. Hee...


Habis degree, kami berdua dengan jayanya melayakkan diri masuk peringkat post grad. Buat master la pulak. Saya memang melangkah penuh bergaya yakin ke alam ni. Tapi dia macam was-was. Acapkali (skema) dia menyatakan hasrat untuk menarik diri. Dari sem 1 sampai masuk sem 2 pun ada lagi fikiran macam tu. Haih..Dia rasa tak mampu... Saya cakap kat dia, teruskan ja sampai terminated. Kalau status dah terminated tu, maksudnya betul la kita tak mampu. Dan dia terus bertahan..cewahh


Mai time nak buat projek, saya pulak yang rasa nak berhenti T_T. Tak mampu sangat rasa..saya cakap tak boleh tak boleh...dia cakap boleh hani..Dia nampak steady ja buat. Rajin pulak tu..saya dah last minute baru tunggang terbalik buat simulation bagai. Esok nak submit hari ni baru terkulat-kulat guna LaTex. sampai dia pun kena berjaga sampai 3 pagi tolong buat. Time present pun, dia siap tolong iron baju sebab saya buat slide tak habis-habis T_T



We used to share our worries of not getting job. Once, both of us went for an interview in a famous bank. It's just a simple interview for a contract post. Both of us don't make it through..hehe..I went to another job interview after that and luckily I'm accepted. She went to several interviews around KL/Selangor but no rezeki. When we know Uitm Machang was searching for lecturers in our field, I insist her to try. Although she's worried about being too far from family, she did submit her resume, went for the interview and BINGO! she's a lecturer already :)



Dan....



Next week is our convocation! It's our second time graduating, together. I am so excited as all the hard works had been paid. Berbaloi-baloi. I'm happy both of us make it through. Dengan warna-warna berterbangan di angkasa. Nampak macam saya ja yang excited untuk konvo kali ni. Tak mengapalah. Saya memang excited pun ni..sebab memang ni yang saya nak sejak semester pertama degree.




Saya dah ambek dah jubah untuk dia. Tapi mungkin tak sempat nak jumpa sebelum konvo tu. Jumpa kat dewan nanti neh. Duduk sebelah saya tau. Senang nak gossip!



Dia jawa. Saya jawi.
Dia tinggi. Saya lagi tinggi.
Dia putih. Saya dark brown.


Saya marah. Dia gelak.
Saya tidoq. Dia study.
Saya jahit. Dia habiskan

Haha!





TAHNIAH FAFA!
Selamat bergraduat.



Saturday, October 1, 2011

Baru nak feeling aishiteru tak jadi




Jarang dapat dengaq lagu Aishiteru kat radio. Dah tak glemer ka lagu tu sekarang? Ka sebab naik kereta takdan 10minit dah sampai office..memang lah dan dengaq satu lagu ja..hehe. Tadi teringat nak download kat youtube untuk simpanan kalau nak buat sesi karaoke nanti. Baru nak feeling feeling terus tak jadi bila tengok/dengaq video nih!




Semangat dia nyanyi kan? (-_-)"

Friday, September 30, 2011

Laki takot kena kahwin

Takot betoi lelaki ni bila ada orang ajak dia kawen. Beriya-iya teriakk nih...Yang perempuan pulak cool dan bertenang ja menghadapi 'rejection'. haha...video ni dapat banyak feedback dari seluruh dunia. Ada yang setuju ia sangat lucu, ada pulak yang cakap child abuse sebab kesian tengok budak lelaki tu. For what ever reason, I still find this video amusing and quite sure both of them will enjoy this video too. Maybe 10 years from now :) :) Zaman kanak-kanak kan sepatutntya banyak memori untuk dikenang.




Kalau satu hari nanti depa ni kahwin jugak, patut mainkan video ni kat wedding ceremony tu! ;p

Wednesday, September 28, 2011

KESELAMATAN DI FITTING ROOM

Fitting room yang ada cermin besar dan jujur kat mall mungkin bahaya untuk kita. Saya terbaca notes ni di facebook, jadi saya rasa tak rugi kalau share di sini. Kesahihannya tak dapat dipastikan tapi memang tak rugi kalau kita berhati-hati.


How to Detect Hidden Camera in Trial Room?



In front of the trial room take your mobile and make sure that mobile can make calls
Then enter into the trail room, take your mobile and make a call
If u can't make a call......!!!
There is a hidden camera
This is due to the interference of fiber optic cable during the signal transfer





HOW TO DETECT A 2-WAY MIRROR?




When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms, changing rooms, etc., How many of you know for sure that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall is a real mirror, or actually a 2-way mirror I.e., they can see you, but you can't see them. There have been many cases of people installing 2-way mirrors in female changing rooms or bathroom or bedrooms.

It is very difficult to positively identify the surface by just looking at it. So, how do we determine with any amount of certainty what type of Mirror we are looking at?

CONDUCT THIS SIMPLE TEST:

Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is a GENUINE mirror.

However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE, IT IS A 2-WAY MIRROR! (There may be someone seeing you from the other side). So remember, every time you see a mirror, do the "fingernail test." It doesn't cost you anything. It is simple to do.

This is a really good thing to do. The reason there is a gap on a real mirror, is because the silver is on the back of the mirror UNDER the glass.

Whereas with a two-way mirror, the silver is on the surface. Keep it in mind! Make sure and check every time you enter in hotel rooms.





Simple kan experiment ni? Tak sabaq nak pi mall dan try ;p. Spread the words guys. Jangan menjadi mangsa pulak nanti. Kalau rasa dah jadi mangsa kamera2 tersembunyi ni sila laporkan kepada pihak berkuasa. 


Shopping online takleh try2. Selamat x_x